Tarikh Tayangan: 01Ā Jun 2017
Genre: Superhero
Pengarah: Patty Jenkins
Penulis Skrip: Allan Heinberg danĀ Geoff Johns
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Connie Nielsen, Robin Wright, Lucy Davis, Lisa Loven Kongsli, Danny Huston, Elena Anaya, Ewen Bremner, SaĆÆd TaghmaouiĀ dan David Thewlis
Syarikat Produksi:Ā DC Entertainment
Edaran: Warner Bros. Pictures
Wonder Woman adalah filem Superhero terbaru yang berdasarkan dari komik DC dibawah tajuk Wonder Women. Filem ini adalah filem keempat dari DC Extend Universe selepas filemĀ SuicideĀ Squad (2016).Ā Diarahakan oleh Patty Jenkins dan ditulis oleh Allan Heinberg dan Geoff Johns. Filem ini dibintangi oleh Gal Gadot, Chris Pine, Connie Neilsen dan ramai lagi.
Wonder Women membuat kemunculan pertama dalam filemĀ Superman V Batman: Dawn of JusticeĀ pada 2016.
Produksi filem ini bermula pada lewat November 2015 dan siap sepenuhnya pada May 2016.Ā Wonder Women dijangka akan ditayangkan pada 1 Jun 2017.
PLOT:
Pada awal kurun ke-20, Puteri Amazon, Princess Diana yang tinggal di kepulauanĀ ThemysciraĀ telahĀ menyelamatkan Juruterbang tentera Amerika, Steve Trevor setelah melihat kapal terbang yang dipandu oleh Steve terhempas berdekatan pantai dikepulaunya. Steve telah memberitahu kepada Princess Diana bahawa dunia sedang berlaku Peperangan. Princess Diana mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat tinggalnya dan cuba membantu dalam menamatkan Perang Dunia.