Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

The CW telah melancarkan trailer rasmi untuk musim kelapan siri DC yang akan datang, The Flash, menggoda acara khas crossover lima bahagian berjudul Armageddon. Siri ini dijadualkan untuk kembali pada 16 November. 

The Flash: Armageddon menyoroti kedatangan ancaman baru dari makhluk asing yang kuat dalam bentuk Despero, lakonan Tony Curran. Selain itu juga, trailer tersebut memberikan pandangan pertama beberapa watak Arrowverse yang dikenali peminat termasuklah The Atom lakonan Brandon Routh dan Black Lightning lakonan Cress Williams. Kehadiran mereka adalah membantu Barry Allen menyelamatkan dunia. 


Anda boleh lihat trailer tersebut dibawah:

Sinopsis musim lapan:

“Ancaman alien yang kuat tiba di Bumi dalam keadaan yang cukup misteri dan Barry, Iris, dan Team Flash yang lain telah didorong ke had mereka dalam pertempuran terdesak untuk menyelamatkan dunia. Tetapi seiring berjalannya waktu, dan nasib umat manusia dipertaruhkan, Flash dan rakan-rakannya juga perlu meminta pertolongan dari beberapa rakan lama. “

Siri The Flash dibintangi Grant Gustin sebagai Barry Allen / The Flash, Candice Patton sebagai Iris West, Danielle Panabaker sebagai Caitlin Snow, Danielle Nicolet sebagai Cecile Horton, dan Jesse L. Martin sebagai Detektif Joe West.

Brandon Routh, Cress Williams, Kat McNamara, dan Osric Chau secara rasmi kembali ke Arrowverse dan masing-masing akan mengulangi peranan mereka sebagai The Atom, Black Lightning, Mia Queen, dan Ryan Choi. Menyertai mereka adalah bintang Supergirl, Chyler Leigh sebagai Sentinel, dan pelakon Batwoman, Javicia Leslie sebagai Ryan Wilder. Ini merupakan hubungan pertama mereka dengan pahlawan Arrowverse lain sejak menyertai siri ini pada tahun 2021.

Selain itu juga, siri akan datang bakal menampilkan kepulangan penjahat Eobard Thawne / Reverse-Flash, dan Damien Darhk, masing-masing dilakonkan oleh Tom Cavanagh, dan Neal McDonough.

Related posts

“The Boys” Disambung Hingga Musim 4

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan “Dota: Dragon’s Blood” Musim 3, Dedah Pandangan Pertama

Kakimuvee

Ewan McGregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment