Filem antihero Venom dilaporkan telah menjalani pemotongan babak yang banyak sekali termasuklah babak yang digemari pelakon utamanya, Tom Hardy.
Menurut portal antarabangsa Movieweb.com, selama 30 hingga 40 minit babak filem Venom telah dipotong dan ia melibatkan beberapa bahagian filem seperti babak-babak yang berunsurkan ‘dark comedy’.
“They’re scenes that aren’t in this movie. There are like 30 to 40 minutes’ worth of scenes that aren’t in this movie… all of them. Mad puppeteering scenes, dark comedy scenes. You know what I mean? They just never made it in.”
Pemontongan babak itu telah memendekkan durasi filem Venom kepada 1 jam 52 minit dari versi yang didedahkan sebelum ini iaitu 2 jam 20 minit. Tidak dipastikan sama ada adegan yang dipotong ini akan dimasukkan dalam versi Blu-ray atau Digital akan datang.
Filem yang diarahkan oleh Ruben Fleischer ini turut dibintangi Michelle Williams, Riz Ahmed, Scott Haze dan Reid Scott. Venom diklasifikasi sebagai PG-13 dan akan memulakan tayangannya mulai hari ini (3 Oktober 2018)