Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Perkhidmatan streaming Viu membawa kembali Keluarga Baha Don untuk musim ketiga!

Musim 3 merupakan kesinambungan dua musim lepas siri Viu Original yang penuh dengan komedi unik tersendirinya dan watak-watak pan-Malaysia yang berkait rapat dengan situasi semasa. Keluarga Baha Don telah menjadi platform bagi memaparkan bakat komedi di Malaysia, dengan barisan pelakon yang mengagumkan sejak siri ini dimulakan pada Julai 2019.

Plotnya bersambung dengan  keluarga mafia Malaysia yang aneh dan dipimpin dengan berat hati oleh anaknya yang patuh kepada undang-undang, Jo Don (Remy Ishak), yang naluri sebenarnya mahu menjadi seorang chef. Musim 1 siri ini meraih anugerah di peringkat tempatan dan serantau.

Pada Anugerah Akademi Kreatif Asia 2019, Keluarga Baha Don membawa pulang anugerah Program Komedi Terbaik. Turut menang ialah bintang Keluarga Baha Don, Jihan Muse, yang menggondol Anugerah Akademi Kreatif Asia bagi Persembahan Komedi Terbaik atas watak yang dipegangnya, Kesuma di dalam siri tersebut. Sementara itu, musim kedua siri ini  ditayangkan pada Disember 2020. 

Diterbitkan oleh Anomalous Films, Musim 3 bersambung daripada babak tergantung pada musim kedua di mana Bobby Bachan, lakonan Fikry Ibrahim, mengeluarkan ancaman berat untuk memusnahkan Keluarga Baha Don. Pelakon tersebut mencetuskan gelak ketawa musim ini dengan menampilkan watak aneh orang jahat yang kejam yang kerjanya mencari gaduh sahaja dengan keluarga Baha Don.

Musim ketiga yang mengandungi 10 episod ini akan menyaksikan Jo Don (Remy Ishak) menzahirkan elemen mafia dalam dirinya untuk menewaskan musuh ketat keluarganya, bersama dengan barisan pelakon terkenal siri ini iaitu Khir Rahman, Jihan Muse, Susan Lankester, Othman Hafsham, Nam Ron, Tony Eusoff dan banyak lagi. Pelakon baharu yang diperkenalkan termasuk Tiara Jacquelina, Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Datuk Jalaluddin Hassan, yang menambah seri komedia ini dengan watak mereka yang unik dan tidak boleh dilupakan.

Viu Malaysia komited untuk menerbitkan lebih banyak siri berkelas dunia seperti Keluarga Baha Don. Pada Jun lalu, Viu Malaysia menayangkan Musim 2 thriller seram Black, sementara Pretty Little Liars juga bakal terbit untuk musim kedua. Musim-musim baharu ini adalah bukti kepada kejayaan dan penerimaan positif terhadap produksi asli Viu oleh para penonton di Malaysia dan seluruh rantau ini.

Episod pertama Keluarga Baha Don Musim 3 kini boleh ditonton di Viu, manakala dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu pada hari Khamis. Penonton yang belum menonton Keluarga Baha Don boleh menonton Musim 1 dan 2 di Viu. Muat turun app secara percuma di App Store dan Google Play dan TV pintar terpilih, selain web www.viu.com.

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment