Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

33 Orang Terkorban Dalam Kejadian Kebakaran Di Studio Kyoto Animation

Pihak berkuasa di Jepun telah mengesahkan 33 orang mati akibat kebakaran yang berlaku di studio Kyoto Animation Co. pada pagi tadi, lapor agensi berita The New York Times.

Menurut laporan itu lagi, 36 orang dilaporkan cedera termasuklah suspek yang berusia 41 tahun, yang disyaki mencurah cecair yang tidak diketahui disekitar studio terbabit sebelum memulakan kebakaran. Suspek itu turut membawa bag galas yang mengandungi pisau.


Akhbar tempatan, Asahi Shimbun juga melaporkan bahawa terdapat saksi mendengar suspek menjerit ‘Mati!’ sebelum memasuki bangunan.

Susulan kejadian kebakaran maut itu, CEO Kyoto Animation, Hideaki Hatta memberitahu wartawan bahawa studionya pernah menerima beberapa ancaman menerusi email, tetapi membalasnya secara baik.

Ketika kejadian, seramai 70 orang berada dalam studio tersebut. Pihak berkuasa masih melakukan operasi menyelamat mangsa-mangsa kebakaran.

Ini merupakan kejadian kebakaran terburuk pernah berlaku di Jepun sejak 2001 yang menyaksikan kelab perjudian yang terletak di Tokyo hangus dijilat api dan menyebabkan kematian 44 orang.

Ditubuhkan pada 1981, Kyoto Animation popular dengan rancangan televisyen seperti K-On! dan The Melancholy of Haruhi Suzumiya, kedua-dua program itu mensasarkan golongan remaja perempuan.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment