Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dian Sastrowardoyo Bakal Berlakon Dalam Filem Munafik 2?

dian-sastrowardoyo

Pengarah filem berbakat besar Syamsul Yusof telah mengumumkan bahawa filem terbarunya yang juga sekuel “Munafik 2” bakal menyaksikan kolaborasi antara Skop Production dan produksi dari Indonesia MD Picture.

Menurut Syamsul, skrip untuk filem kedua “Munafik” telah pun siap namun dia merombak semula keseluruhan skrip tersebut selepas pihak MD Pictures menyuarakan hasrat untuk bekerjasama.

Tambah pengarah berusia 32 tahun itu lagi, naskhah terbarunya itu nanti akan turut menampilkan pelakon dari negara jiran itu.

“Buat masa sekarang saya terfikirkan Dian Sastrowardoyo. Lokasi penggambaran pula sama ada di Indonesia atau Malaysia bergantung kepada keperluan skrip.

“Jika semuanya berjalan lancar, penggambaran akan dimulakan pada awal atau pertengahan tahun depan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Munafik 4

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu pihak MD Picture berminat untuk bekerjasama dengan Skop Production untuk filem seram sekuel selepas “Munafik” berjaya mengatasi jumlah penonton yang menonton filem baru Indonesia di sana.

MD Picture merupakan pihak yang bertanggungjawab membawa naskhah tersebut ke pasaran Indonesia dan Syamsul tidak menyangka filemnya yang ditayangkan di seluruh Indonesia sejak 5 Oktober lalu mendapat sambutan di luar jangkaan.

Malah ketika tayangan perdana filem itu berlangsung di Jakarta ia mendapat liputan meluas daripada media di sana dan panggung dipenuhi dengan jemputan lain.

Rata-rata media dan jemputan yang hadir memberi respons yang positif terhadap naskhahnya dan sekaligus membuktikan filem tempatan juga mampu diterima oleh penonton Indonesia sekiranya ia berkualiti.

Related posts

“THE BEATLES: GET BACK” To Debut Exclusively On Disney+ Hotstar

Isqandar

HBO MAX’S FEATURE FILM NO SUDDEN MOVE PREMIERES JULY 1 EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

Bintang ‘Mortal Kombat’, Hiroyuki Sanada Sertai ‘John Wick 4’

Kakimuvee

Snake Eyes: Paramount Lancar Video Teaser Setiap Karakter

Kakimuvee

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Durasi The Suicide Squad

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating