3 Gambar Eksklusif Batman vs Superman

0
254
views

Kehangatan filem aksi superhero, Batman vs Superman: Dawn of Justice semakin dirasai. Dengan tayangan terbaru trailer filem ini baru – baru ini menyebabkan ramai peminat – peminat legenda superhero tidak senang duduk untuk menonton filem terhangat akan datang ini.  Lakonan mantap para pelakonnya dan pengarah yang superbrilliant pasti menjanjikan filem epik ini penuh dengan aksi dan thriller. Baru – baru ini, sebuah majalah hiburan antarabangsa mempertontonkan 3 gambar eksklusif filem Batman vs Superman ini. Mari kita hadam satu persatu gambar yang mereka terbitkan. Lihat perlahan – lahan yer, baru rasa.

super-wayne-manor

Pertama sekali kita yang ini dulu, Man of Steel aka Superman. Rasanya Batman mampu tak untuk membelasah Superman ini? Serius, inilah karakter Superman paling berketak pernah kami lihat. Yang lain flat jer, memang betul – betul Man of Steal. Memang tepatlah pihak produksi ambil Henry Cavill sebagai Superman, watak ini memang kena dengan aktor tersebut.

batman

Kalau Henry Cavill penuh dengan otot, jangan risau, Ben Affleck aka Bruce Wayne ada cara untuk bertarung dengan Superman. Suit ala – ala Iron Man untuk counter balik superpower Superman, tak berat ke Bruce Wayne pakai suit tu? Oh ya!. Bat Signal – legasi sejak era Komisioner Gordon – akan digunakan untuk mencabar Superman nanti.

Lex

Dan yang terakhir sekali, Lex Luthor. Seriously Lex rambut panjang? ya dalam trailer pun panjang. Kami jangkakan Jesse Eisenberg akan botakkan rambut, tetapi jangaan kami meleset. Tapi tak, rambut tak penting, yang penting lakonan dia, mantap sekali.

Ok 3 gambar sahaja, kalau ada gambar atau berita terbaru, kami akan kongsikan. So, Kepada yang tidak sabar tu, tunggu tayangan filem ini yer. Bakal ditayangkan pada 25 Mac 2016

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here