Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

3 Cerita Dalam 1 Filem, Tonton Trailer Filem Seram Curses Yang Mampu Menakutkan Anda


Buat pengemar filem-filem seram dari Thailand, tetapikan temujanji anda dengan filem seram Curses yang akan mula ditayangkan dipawagam tempatan 25 Julai ini. Filem ini dibawakan khas oleh GSC Movies.

Curses dibahagikan kepada tiga bab. Bab pertama berjudul “Wicked”, berlatar belakangkan zaman pemerintahan Raja Rama VI dan mengisahkan sebuah kampung yang terletak jauh di dalam hutan. Ia telah diganggu dengan pelbagai kejadian aneh yang dipercayai angkara sumpahan.

Bab kedua, “Tattoo”, adalah tentang sumpahan kejam melalui dakwat yang dikenakan pada kulit mangsa menyebabkan mereka disumpah sehingga mati. Dalam bab ketiga dan terakhir, “Wife`s Curse” menceritakan seseorang yang terkena pelbagai sumpahan sehingga tiada perkara baik boleh memadamkannya. Takdir hidupnya bergantung pada sumpahan tersebut.

Filem seram ini diarahkan Jit Kamnoedrat dan dibintangi oleh David Asavanond, Sonthaya Chitmanee, Chinawut Indracusin, Wanpiya Omsinnoppakul, Thana Chatborirak, Autrud Kongrasree.

Anda boleh tonton trailer Curses dipemain video dibawah.



Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee