Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

3 Bintang Ternama Sertai Stallone Dalam Filem Escape Plan 2


Tiga bintang terkenal telah menyertai pelakon veteran, Sylvester Stallone dalam sekuel terbaru Escape Plan 2. Menurut laporan Deadline, bintang – bintang yang dimaksudkan adalah Dave Bautista (Guardians of the Galaxy), Jaime King (Sin City, Hart of Dixie) dan Curtis “50 Cent” Jackson (Get Rich or Die Tryin’). Ketiga-tiga mereka telah mengesahkan akan turut berlakon dalam filem berkenaan dengan pengarah filem Marauders dan Arsenal, Steven C. Miller tampil mengarah filem tersebut.

Filem pertama Escape Plan berkenaan seorang pakar penjara, Ray Breslin (Stallone) telah bersetuju untuk mengambil tugasan memecah sistem penjara yang dikatakan agak sukar untuk melepaskan diri. Namun dia telah diperdaya dah dipenjarakan. Ray kemudian telah merekrut Emil Rottmayer (Schwarzenegger) untuk membantunya merancang melarikan diri dari penjara yang begitu mustahil dan sukar untuk melarikan diri.

Filem Escape Plan telah diterbitkan oleh Summit Entertainment pada 2013 dan hanya mampu mengaut $25juta dalam pasaran negara US tetapi mengaut $137 juta antarabangsa dan kebanyakkannya dari negara China.

Penulis skrip Miles Chapman juga akan kembali untuk menulis filem Escape Plan 2 dan penerbitan akan dikongsi dengan syarikat dari China, Leomus Pictures.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee