Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

25 Filem Adaptasi Dari Permainan Video Kini Dalam Pembikinan

Walaupun tiada filem yang mendapat kritikan positif, dan terdapat pula filem yang gagal mengutip kutipan yang sepatutnya, produksi Hollywood tetap ingin menghasilkan filem-filem yang diadaptasikan dari permainan video.

Tahukah anda, beberapa produksi di Hollywood kini sedang dalam proses untuk menghasilkan filem-filem yang diadaptasikan dari permainan video. Menurut laman web Comingsoon.net, sebanyak 25 filem sedang dirancang dan terdapat filem yang sudah selesai pengambaran dan dalam proses post processing sebelum ditayangkan.

Nak tahun filem apakah yang bakal diterbitkan dimasa hadapan? jom kita tengok senarai 25 filem adaptasi permainan video yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

25. Tomb Raider

Filem reboot Tomb Raider yang pernah dibintangi oleh Angelina Jolie, Filem terbaru ini dibintangi oleh Alicia Vikander, sudah selesai pengambaran dan akan ditayangkan pada 16 Mac 2018

24. Rampage

Rampage yang dibintangi oleh Dwayne Johnson, Naomie Harris, Malin Åkerman, Joe Manganiello, and Jeffrey Dean Morgan akan menemui penonton pada 20 April 2018

23. Minecraft

Minecraft yang akan ditayangkan pada 24 Mei 2019 akan diarahkan oleh Rob McElhenney dan dibintangi oleh Gru Despicable Me, Steve Carrell

22. The Angry Bird Movie 2

Sekuel perang antara burung dan babi ini akan ditayangkan pada 20 September 2019

21. Detective Pikachu

Legendary Entertainment akan menghasilkan filem live-action pertama Pokemon berjudul Detective Pikachu dengan Rob Letterman akan mengarahkan filem ini.

20. Uncharted

Bintang filem Spider-Man: Homecoming, Tom Holland akan membintangi filem ini. Filem Uncharted akan bertindak sebagai prekuel kepada permainan video Uncharted dan pengarah Stranger Things, Shawn Levy akan mengarahkan filem ini.

19. Sonic The Hedgehog

Pengarah Deadpool, Tim Miller akan menerbitkan filem live-action Sonic dengan rakannya, Jeff Fowler akan menjadi pengarah.

18. Mortal Kombat

Walaupun dua filem terdahulu dianggap teruk, ia tidak menghalang James Wan untuk menerbitkan filem ini dengan pengarahnya ialah Simon McQuoid.

17. Five Night at Freddy’s

Permainan jump scare ini akhirnya akan diterbitkan selepas perancangannya tergendala begitu lama. Produksi Blumhouse akan memastikan filem ini dapat dihasilkan.

16. Monster Hunter

Pengarah dan penulis franchise Resident Evil, Paul W.S. Anderson akan mengarahkan franchise terbaru, Monster Hunters.

15. Resident Evil

Dengan tamatnya franchise Resident Evil menerusi filem The Final Chapter, ia tidak menghalang studio Constantine Film untuk menghasilkan semula filem adaptasi permainan zombi horror popular, Resident Evil. James Wan sekali lagi akan menerbitkan sebuah lagi filem adaptasi dari permainan video

14. Sleeping Dog

Donnie Yen akan menjadi polis dan menyusup masuk ke dalam organisasi penjenayah untuk menumpaskan mereka dari dalam. Bagaimanapun tiada details siapakah pengarah dan tayangan filem adaptasi dari permainan video ini.

13. Gear of War

Shane Salerno, pengarah Avatar akan menulis untuk filem keluaran Universal Pictures ini. Menurut pengeluar filem, Gear of War akan meneruskan kesinambungan dari permainan video, bukannya di ambil secara langsung dari permainan video.

12. The Last of Us

Pembangunan filem ini tergantung seketika, tetapi mereka sudah memiliki pengarah yang akan mengarahkan filem ini iaitu Neil Druckmann dan Maisie Williams akan membawakan watak Ellie.

11. Call of Duty

Mereka bukan sahaja merancang sebuah filem sahaja, tetapi mewujudkan sebuah universe Call of Duty. Namakan sahaja setiap permainan Call of Duty, Modern Warfare, Black Ops, ia akan dimasukkan dalam versi filem, manakala era Perang Dunia kedua dan perang Vietnam akan dijadikan TV Series.

10. Rabbids

filem Live action stop-motion ini dikatakan sedang dalam perancangan dengan Matthew Senreich, Tom Sheppard, dan Zeb Wells sedang merangka cerita filem untuk filem ini.

9. Portals / Half Life

Bad Robot dan syarikat permainan video, Valve bergabung untuk hasilkan filem berjudul Portals dan Half Life, tetapi tiada perkembangan lanjut untuk filem ini. Bagaimanapun J.J. Abrams memberitahu kepada peminat, perkembangan filem ini akan diberitahu kelak.

8. Shinobi

Penerbit Bridge of Spies, Marc Platt dilaporkan sedang merancang filem dari permainan video Ninja ini.

7. The Division

Pengarah filem Syriana Stephen Gaghan  akan mengarahkan filem dari permainan video “open world Shooter” dengan pelakon Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain disahkan akan membintangi filem ini.

6. Splinter Cell

Tom Hardy dan pengarah Doug Liman dikatakan terlibat dengan projek filem ini, tetapi tiada update mengenainya sehingga kini sama ia masih diteruskan atau tergendala.

5.Metal Gear Solid

Pembikin filem Skull Kong Island, Jordan Vogt-Roberts disahkan akan mengarah filem ini manakala Jay Basu akan menulis dengan bantuan pencipta permainan video ini Hideo Kojima

4. Just Cause

Bintang Aquaman, Jason Momoa akan membawakan watak Rico Rodriguez dari permainan video Just Cause 3, manakala pengarah filem Rampage, Brad Peyton akan mengarah.

3. Firewatch

Selain dari permainan aksi, perlumbaan dan horror, permainan video simulator juga diadaptasikan ke versi filem. Tiada maklumat lanjut mengenai filem ini, tetapi studio Good Universe sedang merancangnya.

2. Centipede dan Missile Command

Emmett/Furla/Oasis Films berkerjasama dengan pengeluar video Atari untuk masuk dua permainan arked klasik ini ke layar perak

1 Tetris

Penerbit Mortal Kombat, Larry Kasanoff akan membawa permainan Tetris ke layar perak. Bagaimana filem ini dihasilkan tidak diketahui.

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kakimuvee

Leave a Comment