Trivia

24 Filem Netflix Yang Bakal Menemui Anda Pada Tahun 2020

Views

Sempena tahun baru ini, Netflix menerusi laman Twitter rasmi telah mengumumkan senarai filem-filem 'original' dan dokumentari yang bakal menemui penonton sepanjang tahun 2020 ini. Kami di Kakimuvee hanya menyenaraikan sebahagian sahaja filem yang diumumkan, dan terpaksa meminggirkan beberapa filem kerana ia tidak sesuai dengan norma masyarakat tempatan, dan ada yang mungkin tidak menarik buat tontonan anda.

Berikut adalah 24 filem Netflix yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

1. THE OLD GUARD

Dari pengarah Gina Prince-Bythewood, Charlize Theron dan Kiki Layne mengetuai kumpulan rahsia tentera upahan yang tidak akan mati dimana mereka mesti bersama-sama berjuang untuk menjaga pasukannya apabila mengetahui kewujudan satu lagi 'immortal' yang baru dan keupayaan luar biasa mereka terdedah. Filem aksi ini diadaptasikan dari komik berjudul sama.

2. MISS AMERICANA

Filem dokumentari yang berkisarkan tentang perjalanan karier ikon hiburan Amerika Syarikat, Taylor Swift. Diarahkan oleh Lana Wilson, Miss Americana akan membawa penonton melihat perjalanan suka dan duka artis tersebut sebagai penulis lagi dan penghibur.

3. MANK:

Filem ini berkisarkan tentang Herman J. Mankiewicz yang menulis filem klasik Citizen Kane dan masalah yang timbul ketika itu. Filem ini diarahkan David Fincher, dan dibintangi Gary Oldman, Amanda Seyfried, Charles Dance, dan Lily Collins.

4. UNCORKED

Dibintangi Mamoudou Athie (UNICORN STORE), Courtney B. Vance, dan Niecy Nash, filem ini berkisarkan tentang Elijah (Athie) yang mesti mengimbangi impiannya untuk menjadi 'sommelier' (pelayan wine) dan menuruti permintaan ayahnya untuk menguruskan restoran BBQ milik keluarga. Ini merupakan filem debut pengarah Prentice Penny.

5. REBECCA

Adapatasi novel tulisan Daphne du Maurier berjudul sama. Berkisarkan tentang pengantin wanita muda (Lily James) yang berhadapan dengan bayangan isteri pertama suaminya (Armie Hammer) yang telah mati, iaitu Rebecca. Filem ini diarahkan oleh Ben Wheatley.

6. HILLBILLY ELEGY

Amy Adams, Glenn Close, dan Gabriel Basso membintangi filem arahan Ron Howard yang diadaptasikan dari memoir berjudul sama tulisan J.D. Vance. penerokaan moden Impian America mengenai tiga generasi keluarga Appalachian.

7. DA 5 BLOODS

 

Filem terbaru Spike Lee yang berkisarkan tentang 4 veteran tentera US berketurunan Afrika Amerika yang pergi semula ke Vietnam untuk mencari mayat bekas ketua skuad dan janji harta karun yang terkubur. Filem ini dibintangi Chadwick Boseman, Paul Walter Hauser, Norm Lewis, Delroy Lindo, dan Jonathan Majors.

8. TO ALL THE BOYS: P.S. I LOVE YOU

Berkisarkan tentang seorang gadis yang dalam dilema kerana mencintai dua lelaki. Filem romantik komedi remaja ini diarahkan Michael Fimognari dan dibintangi Lana Condor, Noah Centineo, Janel Parrish, Anna Cathcart. To All the Boys: p.s I Love You diadaptasikan dari novel berjudul sama tulisan Jenny Han.

9. EUROVISION

Apabila pemuzik yang bercita-cita tinggi, Lars (Will Ferrell) dan Sigrit (Rachel McAdams) diberi peluang seumur hidup untuk mewakili negara mereka di pertandingan lagu terbesar di dunia, mereka akhirnya mempunyai peluang untuk membuktikan bahawa mana-mana mimpi adalah mimpi yang berbaloi untuk diperjuangkan

10. I’M THINKING OF ENDING THINGS

Perjalanan jalan raya menjadi gabungan ketegangan, kelemahan psikologi, dan keganasan yang paling hebat dalam filem terbaru Charlie Kaufman. Dibintangi Jesse Plemons, Jessie Buckley, Toni Collette, dan David Thewlis.

11. ALL THE BRIGHT PLACES

Berdasarkan novel oleh Jennifer Niven, adaptasi arahan Brett Haley ini menceritakan kisah Violet Markey (Elle Fanning) dan Theodore Finch (Justice Smith), yang bertemu dan mengubah hidup masing-masing selama-lamanya.

12. THE LAST THING HE WANTED

Seorang wartawan berhenti kerja untuk menjadi broker penjual senjata di Amerika Tengah dalam filem thriller politik, berdasarkan novel tulisan Joan Didion. Filem ini dibintangi Anne Hathaway,Willem Dafoe, Ben Affleck, Toby Jones serta Rosie Perez, dan diarahkan Dee Rees.

13. A FALL FROM GRACE

Berkisarkan tentang Grace, seorang wanita yang kecewa telah dipulihkan dengan percintaan baru, namun dia mendapati hubungannya penuh dengan rahsia, dan sisi lemahnya berubah menjadi ganas. Filem thriller ini diarahkan Tyler Perry dan dibintangi Crystal Fox, Phylicia Rashad, Bresha Webb, dan Cicely Tyson.

14. TIGERTAIL

Filem ini dari penulis / pengarah Alan Yang (MASTER NONE), menceritakan kisah seorang pekerja kilang dari Taiwan yang meninggalkan tanah airnya untuk mencari peluang di Amerika, di mana dia berjuang untuk mencari hubungan sambil mengimbangi keluarga & tanggungjawab baru.

15. THE WILLOUGHBYS

Merasakan mereka akan lebih baik untuk membesar tanpa bantuan ibu bapa, adik beradik Willoughby telah membuat perancangan licik untuk menghantar ibu bapa mereka yang mementingkan diri sendiri bercuti. Mereka kemudian memulakan pengembaraan mereka sendiri untuk mencari makna sebenar keluarga.

16. THE KISSING BOOTH 2

Sekuel kepada The Kissing Booth (2018). Diarahkan Vince Marcello, dari skrip oleh Marcello dan Jay Arnold. Filem ini dibintang Joey King, Joel Courtney dan Jacob Elordi.

17. THE PLATFORM

Di zaman dystopia pada masa depan, tahanan yang ditempatkan di dalam sel-sel bertingkat terpaksa melihat makanan turun dari atas - memberi makan tingkat atas, tetapi meninggalkan saki baki kepada mereka yang di bawah sehingga menyebabkan kemusnahan dan sifat radikal. Filem sains fiksyen thriller ini diarahkan oleh pengarah Sepanyol, Galder Gaztelu-Urrutia.

18. SPENSER CONFIDENTIAL

Mark Wahlberg kembali bekerjasama dengan pengarah Peter Berg untuk dalam filem terbaru, Spenser Confidential. Spenser (Walberg), bekas polis yang terpaksa bekerjasama dengan Hawk (Winston Duke), petarung MMA, dalam menyelesaikan misteri dua kes pembunuhan.

19. SERGIO

Ditetapkan selepas pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq, filem biografi ini berkisarkan tentang diplomat PBB, Sergio Vieira de Mello dalam menjalankan misi paling bahaya dalam kariernya. Filem ini diarahkan oleh Greg Barker dan dibintangi Wagner Moura dan Ana de Armas.

20. OVER THE MOON

Ikon animasi Glen Keane membuat debut sebagai pengarah utama dalam pengembaraan muzikal tentang seorang gadis yang membina sebuah kapal roket untuk pergi ke bulan dalam usaha membuktikan kepada bapanya bahawa legenda Dewi Bulan benar-benar wujud.

21. COFFEE & KAREEM:

Seorang polis Detroit dengan berat hati terpaksa bekerjasama dengan anak lelaki teman wanitanya yang berusia 11 tahun dalam usaha untuk membersihkan namanya dan menangkat penjenayah yang paling dikehendaki. Filem ini dibintang Ed Helms dan Taraji P. Henson.

22. OUT OF THE FIRE

Tyler Rake (Chris Hemsworth), seorang tentera upahan yang perlu menyelamatkan anak lelakinya yang diculik oleh penjenayah antarabangsa. Filem aksi ini diarahkan oleh Sam Hargrave.

23. LOST GIRLS

Diilhamkan dari peristiwa yang benar, arahan Liz Garbus. Berkisarkan tentang anggota polis Mari Gilbert (Amy Ryan) yang menyiasat kehilangan anaknya. Pencarian Mari ke tempat terakhir Shanna dilihat membawa kepada pembongkaran lebih sedozen kes pembunuhan pekerja seks.

24. JINGLE JANGLE

Dari penulis / pengarah David E. Talbert, filem muzikal ini berkisarkan tentang seorang pembuat patung dan cucunya yang membina ciptaan ajaib, dimana jika mereka sempat menyiapkannya, ia akan mengubah kehidupan mereka selamannya. Filem ini dibintangi Forest Whitaker dan Madalen Mills

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks