Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

22 Filem Romantik Thailand Yang Boleh Anda Boleh Tonton Bersama Pasangan


Kakimuvee sering mencadangkan kepada anda semua pelbagai genre filem yang menarik untuk ditonton. Salah satunya bergenrekan romantik. Jika sebelum ini kami sering kongsikan filem romantik dari Hollywood dan Korea Selatan, kali ini filem-filem dari Thailand pula.

Berikut adalah 22 Filem Romantik Thailand yang menarik untuk ditonton bersama pasangan anda!

Heart Attack (2015)

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sibuk dengan perkerjaannya dan selalu mengabaikan kehidupan sosialnya. Dia kemudian jatuh cinta dengan seorang doktor cantik yang ditemui ketika pemeriksaan dirinya ke sebuah klinik ketika dia terkena penyakit kulit.

Suddenly Twenty (2016)

Remake dari filem Korea, Miss Granny (2014). Mengisahkan seorang wanita tua berusia 70 tahun yang degil yang mengetahui bahawa anaknya merancang untuk menghantarnya ke rumah penjagaan orang tua. Satu hari dia ditarik ke cahaya misteri dan berjalan ke studio foto. Selepas keluar dari stufio itu, dia kembali menjadi seorang wanita muda berumur 20 tahun yang mendapat peluang kedua untuk menikmati kehidupan.

One Day (2016)

Mengisahkan tentang seorang pekerja IT yang dipanggil Denchai. Dia jatuh cinta dengan rajan sekerjanya yang dipanggil Noui, Noui menjalinkan hubungan dengan bosnya yang sudah berkahwin. Kemudian pada satu hari, mereka semua pergi ke Jepun dan pada akhir perjalanan, Noui memutuskan untuk membunuh diri kerana mendapati bosnya tidak akan bercerai dengan isterinya tetapi Nuoi tidak mati dan kemalangan itu mengakibatkan dia kehilangan jangka pendeknya ingatan selama sehari. Denchai kemudian memutuskan untuk mengambil peluang ini dengan baik dengan memberitahu Noui bahawa mereka sedang bercinta.


I Fine Thank You Love You (2014)

Filem romantik komedi ini mengisahkan seorang guru tuisyen Bahasa Inggeris, Pleng dan anak muridnya Yim. Yim ingin mempelajari bahasa Inggeris untuk menyusul teman wanitanya yang berada di Amerika.

May Who? (2015)

Mengisahkan seorang gadis yang disisihkan di sekolahnya, gadis tersebut agak pelik kerana mampu mengeluarkan kuasa elektrik ketika teruja

Hello Stranger (2010)

Seorang lelaki yang patah hati akibat putus cinta dengan kekasihnya memilih untuk bercuti ke Korea demi tujuan melupakan kenangan pahitnya. Dia ke Korea bersama rombongan pelancong lain. Dan sangat menyedihkan, kerana setelah tiba di Korea, dia berpisah dengan rombongan itu sehingga tersesat di Korea. Di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang sedang bercuti di Korea. Gadis ini berasal dari Thailand juga.

Bangkok Traffic Love Story (2009)

Mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang berkerja di pejabat yang setiap hari menggunakan pengangkutan awam dengan menggunakan kereta api. Di atas kereta api inilah dia bertemy seorang lelaki dan kemudian jatuh cinta kepadanya

Suckseed (2011)

Mengisahkan tentang seorang lelaki pemalu bernama Ped yang menjaga hubungan cinta dengan kekasihnya yang bernama Ern sekaligus menjaga persahabatan dengan sahabatnya iaitu Koong yang juga jatuh cinta pada Ern.

ATM Er Rak Error (2012)

Filem komedi tentang kisah percintaan pegawai bank dan pegawai atasannya. Di dalam bank tersebut terdapat peraturan di mana perkerja-perkerjanya dilarang bercinta antara satu sama lain. Jika didapati di antara mereka bercinta, salah seorang harus meletak jawatan dari berkerja dalam bank tersebut.

First Love (2010)

Mengisahkan tentang seorang perempuan berwajah hodoh bernama Nam yang jatuh cinta pandang pertama dengan seorang lelaki tampan dan menarik.

Mr Hurt (2017)

Seorang juara tenis dunia yang sempurna Don Sri-Chang yang merupakan idola semua orang. Dia bertuah dalam permainan dan kekasihnya adalah superstar. Kemudian, teman wanitanya menolak lamarannya kerana ingin bercinta dengan bintang rock. Don patah hati. Setelah tenggelam dalam kesengsaraan selama berbulan-bulan, kawannya yang sudah lama hilang, “Dew” muncul entah dari mana dan menghidupkan kembali mindanya yang beku.

Back To The 90s (2015)

Mengisahkan seorang remaja, Kong, secara tidak sengaja melakukan penjelajahan waktu ketika masuk ke dalam sebuah pondok telefon. Kong yang mulanya tak menyedari hal itu, kemudian terkejut ketika melihat suasana di sekitarnya berubah secara drastik. Kong bertemu dengan ayahnya semasa muda di mana ayahnya itu sama sekali tidak mengenali Kong.

Seven Something (2012)

Filem antologi tiga bahagian ini mengisahkan pelbagai kisah cinta dari tiga generasi pada usia yang berbeza: 14, 21 dan 42. Pada bahagian pertama, hubungan pasangan remaja berubah disebabkan rangkaian sosial. Pada bahagian kedua, hubungan pasangan yang berpura diuji kerana kemasyhuran semakin meruncing. Dalam episod terakhir, seorang wartawan berusia 42 tahun mengalami kehilangan tragis dalam hidupnya; ketika dia bertemu dengan pelari maraton muda, hidupnya berubah selamanya.

The Teacher’s Diary (2014)

Mengisahkan tentang seorang guru yang dihantar mengajar ke sekolah terapung di desa terpencil yang kemudian jatuh cinta kepada guru yang sebelumnya mengajar di tempat tersebut, setelah membaca diarinya yang tertinggal di sekolah tersebut.

A Gift (2016)

A Gift merupakan filem antologi romantik yang terbahagi kepada tiga segmen, Setiap segmen filem ini berdasarkan salah satu gubahan King. Segmen pertama, berdasarkan lagu “Love at Sundown”, adalah komedi romantis yang diarahkan oleh Chayanop Boonprakob dan Kriangkrai Vachiratamporn. Ia dibintangi oleh Naphat Siangsomboon dan Violette Wautier. Yang kedua, “Still on My Mind”, adalah drama keluarga yang diarahkan oleh Nithiwat Tharathorn, dan dibintangi oleh Nittha Jirayungyurn dan Sunny Suwanmethanont. Segmen terakhir, “New Year Greeting” adalah komedi oleh Jira Maligool (yang juga menghasilkan filem bersama), yang dibintangi oleh Chantavit Dhanasevi dan Neungthida Sophon.

Patong Girl (2014)

Keluarga German Schroeder sedang menghabiskan cuti Krismas mereka di pulau di Thailand, Phuket. Anak lelaki bongsu keluarga German itu, Felix jatuh cinta dengan seorang gadis tempatan yang cantik, Fai yang turut sama seperti meminatinya.

Dear Dakanda (2005)

Filem ini tentang persahabatan yang berubah menjadi cinta. Dakanda dan Khaiyoi telah bersahabat sejak kecil. Ketika masuk ke maktab perguruan, kedua-duanya menyedari ada cinta yang tersimpan antara satu sama lain. Namun tak ada yang berani untuk mengungkapkannya.

My Name Is Love (2012)

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang tidak percaya pada cinta yang akhirnya jatuh cinta pada seorang jirannya yang selalu dia buli dan ejek semasa kecil.

Timeline (2013)

Filem ini mengisahkan tentang kisah cinta dua orang pelajar sekolah iaitu Tan dan June yang saling membantu dalam pelbagai masalah di kehidupan masing-masing.

Seasons Change (2006)

Filem ini menceritakan tentang kisah seorang pemain drum yang sangat menyukai muzik rock n roll yang membuat keputusan untuk mengikuti pujaan hatinya, seorang pemain biola klasik, ke sekolah muzik. Sampainya di sana, dia bergabung dengan orkestra untuk mendekati gadis tersebut.

First Kiss (2012)

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia 25 tahun yang secara tidak sengaja bercium dengan seorang pelajar sekolah menengah di atas bas ketika menuju ke tempat kerja. Kisah cinta yang rumit kemudian terjadi diantara mereka.

Fabulous 30 (2011)

Ja, seorang wanita cantik yang mempunyai segala-galanya. Pada hari ulang tahunnya ke-30, Ja mendapati kehidupannya yang sempurna berubah apabila teman lelakinya mahu menghentikan perhubungan mereka.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee