Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

20th Century Studios Bangunkan Filem Baharu “Alien”, Fede Alvarez Akan Jadi Pengarah

The Hollywood Reporter melaporkan bahawa 20th Century Studios dan Hulu sedang dalam peringkat awal untuk membangunkan filem terbaru francais Alien, dengan Fede Alvarez (Don’t Breathe, Evil Dead) bersedia untuk menulis dan mengarahkan filem tersebut.

Pembikin filem legenda dan pencipta francias Alien, Ridley Scott (The Last Duel, House of Gucci) akan menjadi penerbit menerusi syarikat penerbitannya, Scott Free.

Menurut THR, Alvarez adalah peminat besar francais seram sci-fi itu, dan pernah menyampaikan ideanya untuk filem terbaru ke Scott.

Idea dari pengarah berbakat itu berjaya menarik minat Scott selama beberapa tahun sehinggalah pada penghujung 2021 dimana dia menghubungi Alvarez untuk bertanyakan sama ada dia masih berminat untuk melakukan filem terbaru. Alvarez, sudah tentu, memanfaatkan peluang itu.

Ini merupakan projek kedua Alien yang dibangunkan di Hulu. Sebelum ini, siri aksi-langsung prekuel dilaporkan sedang dibangunkan oleh Noah Hawley (Fargo, Legion) dan dijangka menemui penonton pada 2023 atau 2024. 

Buat masa ini tidak dipastikan sama ada filem terbaru berfungsi sebagai kesinambungan Alien: Covenent ataupun tidak. Apapun, peminat nantikan perkembangannya di masa hadapan. 

Berdasarkan halatuju Disney, 20th Century Studios akan membangunkan lebih daripada sepuluh filem setahun untuk Hulu di masa hadapan, dan berkemungkinan beberapa IP besar dijangka akan dikembangkan untuk perkhidmatan penstriman itu tidak lama lagi. 

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment