Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

2 Pelakon Maut, 6 Cedera Dalam Nahas Melibatkan Krew Siri Netflix “The Chosen One”

Dua pelakon yang bekerja dalam siri Netflix The Chosen One maut dalam kemalangan kereta berhampiran bandar Mulegé di semenanjung Baja California Sur, menurut laporan daripada Variety.

Pelakon terbabit – Raymundo Garduño Cruz dan Juan Francisco González – sedang dalam perjalanan dengan menaiki van bersama enam krew produksi yang lain ketika nahas itu berlaku.


Menurut laporan itu, enam lagi krew produksi cedera tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kesemua mereka dipercayai sedang mengerjakan siri itu di kawasan Santa Rosalia. 

Buat masa ini tidak jelas bagaimana kemalangan itu berlaku. Media tempatan melaporkan, van terbabit terbabas sebelum terbalik di kasawan padang pasir. Tidak diketahui bagaimana kemalangan itu akan menjejaskan penggambaran The Chosen One.

The Chosen One mengisahkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun, yang mengetahui bahawa dia adalah Jesus Christ yang telah kembali dan memiliki kuasa-Nya serta takdir untuk menyelamatkan dunia. Siri ini berdasarkan buku komik American Jesus oleh penulis Mark Millar dan artis Peter Gross.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment