Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

2 Pelakon Berpengalaman Sertai Filem Aquaman

Yahya Abdul, bintang siri TV The Get Down akan membawa watak Villain dalam filem Aquaman

Filem adaptasi komik DC yang sedang dalam pembikinan, Aquaman dilaporkan akan menambah beberapa pelakon baru untuk membawa beberapa watak penting dalam filem solo watak Superhero DC itu.

Antara berita yang diterima ialah penglibatan Yahya Abdul-Mateen II dan Nicole Kidman yang akan menyertai barisan pelakon untuk filem Superhero Atlantis ini.

Yahya Abdul disahkan akan membawa watak villain Black Manta manakala Nicole Kidman sedang dalam pembincangan dengan pihak studio untuk membawa watak Atlanna, ibu kepada superhero Aquaman. Jika penglibatan mereka disahkan, bermakna mereka akan menyertai Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson dan Willem Dafoe.

Nicole Kidman sebagai Atlanna

Aquaman membuat kemunculan pertamanya dalam filem Batman V Superman: Dawn of Justice sebagai watak cameo dan akan menjadi watak penting dalam filem DCEU akan datang, Justice League yang bakal ditayangkan pada 17 November ini. Selain itu juga, filem Zack Snyder ini bakal menampilkan Amber Heard sebagai Hera, Queen of Atlantis.

Aquaman akan memulakan pengambaran pada April ini.

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment