Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

2 Anggota “The Defenders” Mungkin Sertai MCU

Awal minggu ini, terdapat laporan yang mengatakan Kevin Feige akan menjadi Ketua Pegawai Kreatif Marvel, dan Marvel Television berada dibawah seliaan Marvel Studios. Berita terbaru terbaru itu membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai halatuju karakter-karakter Marvel Television terutamanya status karakter Marvel Netflix seperti Daredevil.

Kempen #SaveDaredevil telahpun dimulakan oleh peminat yang tidak mahu karakter tersebut dibiarkan begitu sahaja, selepas Netflix membatalkan rancangannya berserta beberapa rancangan Marvel yang lain.

Bagaimanapun, kempen peminat itu mungkin tidak lagi diperlukan kerana dikhabarkan terdapat “seseorang yang sangat penting” di Marvel Studios yang sangat meminati Daredevil dan Jessica Jones, dan mungkin memutuskan untuk membawa Krysten Ritter dan Charlie Cox kembali untuk memainkan peranan mereka dalam filem Marvel atau rancangan TV dimasa akan datang.

Setakat ini, belum ada perkhabaran tentang Punisher (Jon Bernthal), Luke Cage (Mike Colter), Iron Fist (Finn Jones) atau karakter-karakter popular dari Agents of S.H.I.E.L.D.

Jadi kepada peminat-peminat Marvel, adakah ada mahu melihat Cox dan Ritter kembali sebagai Daredevil dan Jessica Jones dalam MCU? kongsikan pendapat anda.

Sumber: MCU Cosmic

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee