Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

IT 2 Akan Memulakan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Filem seram yang berjaya mencipta beberapa rekod tahun lepas, IT dijangka akan memulakan penggambaran filem kedua tidak lama lagi. Diadaptasikan dari novel popular berjudul sama karya Stephen King dan diarahkan Andres Muschietti, penggambaran filem kedua dijangka akan dimulakan pada bulan Jun ini.

Setakat ini, laporan dari laman web Movieweb.com menyebut, hanya pelakon asal kanak-kanak dan Bill Skarsgard disahkan kembali menjalani penggambaran filem kedua itu, manakala pelakon dewasa untuk karakter utama kanak-kanak masih belum diumumkan oleh pihak studio.

Penggambaran bakal dilakukan di Toronto/Port Hope dimana ia adalah lokasi filem pertama.

Filem kedua IT akan di ‘set’ selepas 27 tahun dari kejadian pertama yang dialami oleh kumpulan The Losers Club, mereka yang pada masa itu sudah dewasa akan kembali bersatu di Derry, Maine dan akan menghapuskan Pennywise buat selama-lamanya.

Filem pertama telah berjaya mengutip lebih $700 juta seluruh dunia, menjadikan filem seram kelas ‘R-rated’ paling laris sepanjang zaman. Sekuel IT dijangkan akan menemui penonton pada 6 September 2019

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment