18 Filem Menarik Yang Boleh Anda Tonton Pada Bullan Ogos Ini

4359
views

Bulan Ogos boleh dikatakan bulan yang penuh dengan filem-filem yang menarik, baik dari Hollywood, Korea dan juga filem tempatan. Antara yang menjadi pilihan sudah tentu filem aksi Hobbs and Shaw, filem arahan Quentin Tarantino, Once Upon a Time in Hollywood dan filem Korea, The Divine Fury.

Tetapi jangan dilupakan, bulan ini turut menyaksikan empat filem tempatan berentap sesama sendiri, dan kami senaraikan dua iaitu filem animasi Boboiboy Movie 2 dan filem aksi lakonan Zul Ariffin, Sangkar. Filem tempatan yang tidak disenaraikan adalah filem drama berjudul Warkah dan filem Kron. 

Jadi kepada kaki-kaki wayang, anda boleh lihat senarai filem pada bulan ini untuk anda masukkan dalam senarai filem yang bakal anda tonton.

1. Hobbs & Shaw

PG-13 | Aksi | 01 Ogos 2019

Hobbs & Shaw merupakan filem spin off dari francais Fast and Furious. Ia berkisarkan tentang watak Luke Hobbs yang merupakan ejen keselamatan diplomatik serta watak Deckard Shaw, iaitu seorang bekas tentera elit.

Brixton Lore, seorang anarki – telah berjaya memiliki senjata biologikal yang mampu untuk memberi ancaman kepada manusia sejagat. Dengan bantuan ejen M16, Hattie Shaw yang juga merupakan adik-beradik Shaw, Hobbs dan Shaw perlu mengenepikan perbezaan antara mereka untuk bergabung dan seterusnya menjatuhkan musuh yang sangat berbahaya

Anda boleh baca review kami disini

2. The Kitchen

18 | Jenayah | 08 Ogos 2019

Dibintangi Melissa McCarthy, Tiffany Haddish dan Elisabeth Moss, filem ini berlatarbelakangkan Hell`s Kitchen di New York pada tahun 1970an. Selepas kumpulan mafia Irish ditangkap oleh polis, isteri mereka meneruskan perniagaan dengan lebih kejam berbanding mereka.

Tonton trailer disini

3. Boboiboy Movie 2

U | Animasi | 08 Ogos 2019

Filem kali menyaksikan BoBoiBoy dan rakan-rakannya bersatu menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Mereka perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Tonton trailer disini

4. Dora and the Lost City of Gold

PG-13 | Penggembaraan | 08 Ogos 2019

Adaptasi dari siri televisyen kanak-kanak, Dora the Explorer, Ia mengisahkan tentang penggembaraan Dora, Boots (kawan baiknya, yang merupakan seekor monyet), Diego dan serta beberapa rakannya dalam misi menyelamatkan keluarganya dan dalam masa yang sama menyelesaikan misteri disebalik kehilangan ketamadunan kota Inca.

Tonton trailer disini

5. Line Walker 2: Invisible Spy

N/A | Aksi | 08 Ogos 2019

Filem ini adalah sekuel kepada filem “Line Walker” 2016. Ia berkisar mengenai sekumpulan anggota polis yang terperangkap dalam konspirasi tentang sebuah triad yang telah mengupah perisik rahsia dalam kalangan anggota polis tersebut.

6. The Divine Fury

N/A | Aksi | 15 Ogos 2019

Filem ini dibintangi Park Seo Joon sebagai Yong Hoo, seorang atlet MMA yang bekerjasama dengan Paderi Ahn, seorang exorcist dari Vatican (Ahn Sung Ki). Bersama-sama, kedua-dua lelaki itu memulakan perjuangan berbahaya terhadap kuasa jahat mistik yang menimbulkan kekacauan di dunia manusia.

Tonton trailer disini

7. Stuber

18 | Aksi / Komedi | 15 Ogos 2019

Stu (lakonan Kumail Nanjiani) aka Stuber merupakan pemandu Uber yang rajin dan berdedikasi. Suatu hari, dia mengambil penumpang bernama Vic (Dave Bautista) tanpa mengentahui yang penumpangnya ada anggota polis yang sedang memburu pembunuh kejam. Segalanya menjadi kucar kacir dan Stu mengalami pengalaman yang cukup pahit, terpaksa bergantung kepada kecerdasanya, kehidupannya dan tidak lupa, rating 5 bintang yang diimpikannya.

Tonton trailer disini

8. Makmum

N/A | Seram | 15 Ogos 2019

Filem terbitan Dee Company & MD Pictures ini diangkat dari filem pendek karya Riza Pahlevi. Ia berkisar mengenai entiti menakutkan yang mengganggu seorang wanita ketika sedang menunaikan solat.

Tonton trailer disini

9. Once Upon a Time in Hollywood

N/A | Drama / fantasi | 15 Ogos 2019

Once Upon a Time in Hollywood mengisahkan tentang  Rick Dalton (lakonan Leonardo DiCaprio) seorang bintang televisyen yang ingin menceburi perniagaan yang berkaitan dengan dunia perfileman. Pembantunya, Cliff Booth (lakonan Brad Pitt) yang juga merupakan pelakon lagak ngeri beliau juga ingin menceburi perniagaan yang sama. Bagaimanapun, jirannya iaitu seorang aktres, Sharon Tate telah dibunuh oleh pengikit Charles Manson bersama empat lagi individu yang turut berada dalam rumah aktres tersebut. – Kejadian pembunuhan Sharon Tate dan rakanya itu telah menjadi latarbelakang jalan cerita filem ini.

Tonton trailer disini

10. The Informer

N/A | Ngeri / Jenayah | 15 Ogos 2019

Pete seorang bekas banduan dan askar yang kini bekerja sebagai penyamar untuk pihak berkuasa. Untuk menjalankan misinya, dia membuatkan dirinya sekali lagi dipenjara demi memasuki kumpulan gengster di sebuah penjara keselamatan maksimum.

11. Ready or Not

18 | Ngeri / Seram | 22 Ogos 2019

Ready or Not mengisahkan seorang perempuan yang baru berkahwin dan menyertai keluarga kaya suaminya dalam aktiviti tradisi turun temurun yang dihormati, tetapi situasi berubah menjadi permainan menggerunkan di mana semua ahli keluarga suaminya ingin mencarinya dengan niat untuk membunuhnya selaku pengantin wanita.

Tonton trailer disini

12. Siccin 6

N/A | Seram | 22 Ogos 2019

Yaşar sukar untuk menerima kenyataan atas kematian bapanya. Pada masa yang sama, dia berdepan masalah dengan ibu tirinya setelah dia mewarisi harta bapanya. Dia juga mendapat tahu bahawa kakak iparnya Canan yang tinggal serumah jatuh hati kepadanya. Sementara cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi, kejadian aneh mula berlaku dalam rumah tersebut. Efsun, anaknya yang mengalami gangguan mental, berdepan kisah silam gelap yang menyebabkan keadaan keluarga itu menjadi lebih rumit.

Tonton trailer disini

13. Angel Has Fallen

N/A | Aksi | 22 Ogos 2019

Dalam filem terbaru ini nanti, ejen Mike Banning (lakonan Gerard Butler) dituduh cuba melakukan pembunuhan terhadap President US dan beliau perlu mengelakkan menjadi buru agensinya serta FBI dan dalam masa yang sama membongkarkan ancaman yang sebenar.

Tonton trailer disini

14. 47 Meters Down: Uncaged

N/A | Seram / Ngeri | 29 Ogos 2019

47 Meters Down: Uncaged mengisahkan tentang sekumpulan 5 remaja yang mengembara di hutan yang indah lagi nyaman yang terletak berhampiran dengan bandar pantai Recife, Brazil. Terpesona dengan kecantikan hutan serta airnya, mereka menemui jalan rahsia terletak dibawah air. Keinginan untuk mengembara dan melihat apa didalamnya, mereka melalui kawasan tersebut tanpa mengentahui bahaya yang bakal membuatkan mereka menyesal menyelam dibawah air buat selamanya.

Tonton trailer disini

15. The Art Of Racing In The Rain

N/A | Komedi / Drama | 29 Ogos 2019

Filem komedi drama yang diadaptasi dari buku Garth Stein dengan judul sama ini berkisarkan mengenai seekor anjing bernama Enzo. Dia menilai kehidupannya melalui pengajaran hidup yang dipelajarinya daripada pemiliknya, seorang pemandu kereta lumba bernama Denny Swift.

16. My Stupid Bos 2

N/A | Komedi / Drama | 29 Ogos 2019

Sebuah sekuel kepada filem “My Stupid Boss” 2016 yang berkisar mengenai pekerja yang tidak tahan dengan karenah majikan mereka, Bossman. Dalam sekuel ini, Bossman, Diana, Mr. Kho dan Adrian berangkat ke Vietnam demi mencari pereka fesyen baru. Namun masalah demi masalah mula timbul seperti Bossman melanggar perjanjian gaji pekerja Vietnam dan ditahan di balai polis. Sementara itu, Norahsikin dan Azahari di Kuala Lumpur perlu berdepan gangster yang mahu mengutip hutang Bossman.

17. Angry Birds Movie 2

PG-13 | Animasi | 29 Ogos 2019

The Angry Birds Movies diarahkan oleh Thurop Van Orman dan John Rice manakala skrip ditulis oleh Peter Ackerman. Filem ini mengisahkan tentang King Mudbeard, pemerintah Bad Piggies yang ingin membalas dendam setelah tewas dengan kumpulan The Angry Birds. Bagaimanapun seekor burung berwarna biru, Zeta telah mengancam mereka dengan rancangan jahatnya.

Tonton trailer disini

18. Sangkar

N/A | Aksi | 29 Ogos 2019

Sangkar mengisahkan tentang seorang atlet MMA, Adam, ingin menebus kesalahannya terhadap Johan yang cedera parah akibat perlawanan mereka di luar gelanggang. Adam perlu bertarung dan memenangi pertandingan MMA bagi mendapatkan habuannya untuk membantu Johan sekeluarga.

Tonton trailer disini

Sumber: Cinema Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here