Trivia

18 Filem Bertemakan “Escape” Yang Mampu Berikan Debaran Kepada Anda!

Views

“Melarikan diri”, “melepaskan diri dari kurungan” atau bahasa Inggerisnya “Escape” sering dijadikan tema dalam filem-filem bergenre aksi, thriller, seram ataupun sains fiksyen. Kebiasannya, tema seperti ini akan digabungkan dengan tema ‘penjara’ atau ‘bilik sesat’ agar dapat memberikan sebuah jalan cerita yang menarik dan mendebarkan.

Jadi disini, kami ingin kongsikan 18 filem bertemakan ‘Escape’ yang menarik dan mampu memberikan debaran kepada anda yang menontonnya.

1. Snowpiercer  (2013)

Selepas Bumi dilanda malapetaka akibat kesilapan sendiri, sekumpulan ‘survivor’ yang terselamat tinggal didalam keretapi yang mengelilingi dunia. Bagaimanapun berbezaan kasta mengasingkan mangsa-mangsa yang terselamat. Sudah tentu, yang berada di kedudukan paling bawah ‘piramid makanan’ menjadi mangsa diskriminasi golongan atasan. Diketuai Curtis Everett lakonan Chris Evans, golongan yang tertindas ini memulakan revolusi untuk keluar dari penjara yang sengaja dicipta untuk menindas mereka.

2. The Running Man (1987)

Filem aksi dystopian ini berlatarbelakang tahun 2019 dimana Amerika Syarikat bukan lagi negara bebas dan dikawal sepenuhnya oleh polis. Para penjenayah telah dipaksa untuk menyertai satu permainan maut dimana mereka perlu bertarung semasa sendiri, termasuk ala gladiator, melarikan diri buruan pembunuh dan melepasi halangan untuk mendapatkan hadiah utama, iaitu kebebasan. Richards lakonan Arnold Schwarzenegger merupakan bekas juruterbang polis yang dituduh secara salah menyebabkan kematian beramai-ramai semasa rusuhan di Bakersfield, California. Dia kemudiannya telah ‘dicampak’ ke zon permainan dimana dia perlu membunuh para pemburu demi ‘survivalnya’ dan dalam masa yang sama, menghentikan permaian realiti yang amat kejam itu.

3. Cube (1997)

Enam orang yang berbeza, masing-masing memiliki jalan hidup yang berlainan, tersedar dari pengsan dan mendapati mereka berada dalam kiub gergasi yang mempunyai ribuan bilik. Setiap dari mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri, dan perlu bekerjasama untuk keluar dari tempat tersebut: seorang polis, seorang ahli matematik, seorang pereka bangunan, seorang doktor, pakar melarikan diri, dan seorang lelaki yang kurang upaya. Setiap dari mereka perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha yang mendebarkan untuk mencari jawapan mengapa mereka telah dipenjarakan.

4. Buried (2010)

Tersedar dari tempat yang sempit dan gelap, Paul Conroy, pemandu trak yang bekerja di Iraq pada 2006 mula menyedari dia sebenarnya terperangkap dalam keranda kayu dan ditanam hidup-hidup. Dengan hanya berbekalkan pemetik api, dia dapat melihat keadaan sekelilingnya, dan merasakan dirinya tidak mampu hidup lama disebabkan kekurangan udara. Paul kemudian menemui telefon bimbit yang masih berfungsi, membolehkannya untuk berhubung dengan dunia luar. Tetapi, para penyelamat sukar untuk menjejakinya kerana perlu mencari lokasi dia ditanam dikawasan padang pasir yang sangat luas. Paul mesti bergantung pada sumber terbaiknya – dirinya sendiri.

5. Battle Royale (2000)

Empat puluh dua pelajar, tiga hari dan satu pulau terbiar, sekumpulan pelajar dari sekolah tinggi Jepun telah dipaksa untuk bertarung dalam permainan maut yang dikenali sebagai Battle Royale. Mereka perlu berbunuhan semasa sendiri sehinggalah hanya seorang yang terselamat – atau kesemua mereka akan mati. Sebahagian daripada mereka membuat keputusan untuk bermain, dan ada juga yang cuba melarikan diri dari pulau tersebut tanpa melibatkan sebarang keganasan.

BACA:  Itaewon Class Antara Drama Korea Menarik Bulan Februari Ini

6. Escape From Alcatraz (1979)

Kisah sebenar tiga banduan yang cuba melarikan diri dari penjara yang terkenal, Pulau Alcatraz. Walaupun tiada siapa yang berjaya melepaskan diri sebelum ini, perompak bank Frank Morris (Clint Eastwood), yang memiliki IQ yang tinggi mempunyai cara untuk melepaskan penjara yang amat sukar itu. Dengan dua lagi banduan, Morris cuba melakukan pekara yang mustahil, melarikan diri dari Alcatraz.

7. Face/Off (1997)

 

Dalam usaha untuk membongkar plot pengganas, Ejen FBI Sean Acher (John Travolta) telah membuat pembedahan wajah dan mengambil identiti dan fizikal ketua pengganas, Castro Troy (Nicholas Cage). Bagaimanapun, perancangannya menjadi tidak menjadi dan mula menjadi buruan pihak berkuasa, apabila Troy  turut membuat pembedahan yang sama dan mengambil identitinya sebagai Ejen FBI.

8. Escape Room (2019)

Rip-off filem Cube yang memaparkan 6 individu berbeza: Zoey, seorang pelajar fizik; Jason, penjual saham; Ben, pekerja stor; Mike, seorang pemandu trak; Amanda, seorang veteran Perang Iraq; dan Danny, peminat bilik melarikan diri – yang berada dalam satu bilik yang cukup asing bagi mereka. Keenam-enam individu itu perlu bekerjasama menyelesaikan masalah untuk pergi ke bilik seterusnya. Setiap bilik direka berdasarkan pengalaman hitam pernah dilalui setiap dari mereka.

9. Exam (2009)

Lapan calon, enam puluh minit, kedengaran seperti ‘Escape Room”, untuk kerja korporat yang sangat dikehendaki, mereka dikunci bersama di dalam sebuah bilik peperiksaan dan diberi ujian akhir dengan hanya satu soalan. Nampak seperti mudah tetapi sebenarnya mengelirukan, ketegangan mula terungkai. Dengan lebih banyak teka-teki, filem ini memaparkan kehebatan tentang watak, tindak balas manusia dan misteri disebalik bilik dan syarikat yang mempunyai lebih kerahsiaan daripada watak-watak itu sendiri. Ia akan membuatkan anda meneka sehingga akhir.

10. Infinity Chamber (2016)

Satu orang dalam satu bilik dan satu lagi melihat komputer. Mampukah sistem komputer yang direka untuk mengurung seseorang diatasi oleh lelaki yang dikurung itu? Infinity Chamber menceritakan kisah seorang lelaki yang terperangkap dalam penjara automatik dan mengatasi komputer yang menjaga penjara tersebut dalam usahanya untuk melarikan diri.

11. Phone Booth (2002)

Bukan setakat penjara atau bilik misteri, dengan hanya sekadar menggunakan latarbelakang pondok telefon masih boleh dijadikan sebagai plot dalam sebuah filem bertemakan thriller. Mengisahkan tentang Stuart Shepard lakonan Colin Farrell yang terperangkap dalam pondok telefon dan perlu menuruti arahan dari pemanggil misteri atau berisiko untuk dibunuh oleh penembak tepat.

12. House of 9 (2005)

Seperti tajuk filem, 9 orang asing yang tiada hubungan semasa mereka, telah menyedari yang mereka berada di dalam sebuah rumah yang tidak dapat keluar. Dikawal oleh suara yang tidak kelihatan, mereka mesti mematuhi arahan atau mereka semua akan mati. Dijanjikan dengan makanan, air dan wang jika mereka patuh, persaingan mula menjadi tinggi ketika orang akan melakukan apa saja untuk bertahan hidup.

BACA:  Simbol Terbaru Batman Cetuskan Teori Ia Diperbuat Dari Pistol Yang Membunuh IbuBapa Bruce Wayne

13. Breathing Room (2008)

Terjaga dalam bilik yang asing, ditandakan dengan nombor, semua orang harus bekerjasama untuk menyelesaikan misteri bagaimana mereka berada di sana dan bagaimana untuk melepaskan diri. Petunjuk tersembunyi mendedahkan sejarah silam setia mereka, bolehkah mereka mempercayai semasa sendiri dengan rancangan untuk melarikan diri. Suara mengawasi telah meningkatkan ketegangan, dengan hanya beberapa orang yang selamat; jika mereka tidak berbunuhan antara satu sama lain, mereka semua akan dibunuh bersama-sama.

14. Papillon (2017)

Berdasarkan buku autobiografi “Papillon” dan “Banco”, Papillon mengikuti kisah epik Henri “Papillon” Charrière (Charlie Hunnam), seorang safecracker dari bawah tanah Paris yang dituduh membunuh dan dihantar ke Pulau Devil untuk dipenjarakan. Bertekad untuk mendapatkan semula kebebasannya, Papillon berkerjasama dengan  Louis Dega (Rami Malek), sebagai ganti perlindungan, bersetuju membiayai Papillon melarikan diri.

15. Escape Plan (2013)

Berkisarkan tentang Ray Breslin (Sylvester Stallone), jurutera struktur yang sering memecahkan kawalan penjara paling selamat selamat dan paling rahsia diseluruh dunia. Walaupun niatnya untuk membantu mempertingkatkan kawalan penjara, dia telah diserang oleh organisasi rahsia dan dicampak ke penjara yang begitu sukar untuk dia melarikan diri. Dengan bantuan rakan banduan Emil Rottmayer lakonan Arnold Schwarzenegger, mereka merancang pelan melarikan diri yang tidak dilakukannya.

16. The Shawshank Redemption (1994)

Berkisarkan tentang pegawai bank yang berjaya, tetapi menjadi banduan di penjara Shawshank atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Filem ini menggambarkan cara unik Andy Dufresne untuk menangani kehidupan barunya yang teruk; sepanjang dia berteman dengan beberapa banduan yang lain, terutamanya banduan jangka panjang bernama Red.

17. No Escape (2015)

Di rumah mereka yang baru di luar negara, sebuah keluarga Amerika mendapati diri mereka terperangkap di tengah-tengah rampasan kuasa, dan mereka dengan penuh ketakutan perlu mencari jalan keluar yang selamat dari persekitaran di mana orang asing diburu dan dibunuh.

18. BONUS – ESCAPE (tayangan MAC 2020)

Filem thriller tempatan ini berkisarkan tentang Adam yang dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas. Satu-satunya cara untuk dia membebaskan diri adalah dengan memberikan kepada pihak berkuasa lokasi cip peranti senjata yang telah diseludupnya beberapa hari yang lalu.
Namun, Adam tidak mampu untuk mengingat apa-apa kerana mengalami Amnesia. Keadaan bertambah rumit apabila Adam mula menyedari bahawa pihak berkuasa yang mengurungnya sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mahukan lokasi cip senjata tersebut untuk melancarkan agenda jahat mereka.

Tinggalkan Balasan

shares