Slot Asia

18 Again & Zombie Detective Telah Memulakan Episod Pertama, Record Of Youth Terus Kukuh

Views

Dua drama terbaru telah memulakan episod pertamanya dengan rating yang memuaskan.

Episod pertama drama KBS, Zombie Detective telah mencatatkan purata rating sebanyak 2.9 peratus dan 3.6 peratus. Dibintangi Choi Jin Hyuk dan Park Ju Hyung, Zombie Detective berkisar tentang zombie pada tahun kebangkitannya yang kedua – yang menjadi detektif dalam mencari masa lampaunya, dan dalam masa yang sama, melakukan yang terbaik untuk hidup disamping dengan manusia.

Drama terbitan JTBC, 18 Again telah mencapai purata rating sebanyak 1.7 peratus untuk episod pertamanya. Berdasarkan filem hit Hollywood berjudul 17 Again, drama terbaru ini menceritakan kisah seorang lelaki yang berada di ambang penceraian yang secara tiba-tiba mendapati dirinya kembali ke badannya yang berusia 18 tahun. 

18 Again dibintangi pelakon seperti Kim Ha Neul, Yoon Sang Hyun, dan Lee Do Hyun.

Sementara itu, drama tvN, Record of Youth telah menguasai slot waktunya dengan purata rating sebanyak 7.8 peratus, manakala drama SBS, Do You Like Brahms telah mencatatkan rating sebanyak 4.4 peratus dan 5.8 peratus.

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks