Sebagai peminat filem, kita akan jangkakan, filem-filem yang kita tonton akan hasil sekuel untuk meneruskan kesinambungan cerita terutamanya dari filem-filem yang diadaptasikan dari siri Novel atau pun komik.
Namun tidak semua akan hasilkan sekuel filem malah terdapat filem yang akan tergantung ditengah jalan. Apa yang menyebabkan Studio produksi mengambil keputusan tidak meneruskan sekuel filem-filem berkenaan?
Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Tetapi dua benda ini yang menjadi punca utama kenapa pihak studio mengambil keputusan menghentikan produksi filem yang sepatutnya mendapat sekuel. Iaitu kutipan tiket dan penerimaan peminat.
Filem yang gagal mendapat kutipan seperti diharapkan pasti akan dihentikan oleh pihak studio kerana tidak mahu mengambil risiko kerugian untuk filem seterusnya.
begitu juga dengan penerimaan peminat, jika filem berkenaan mendapat reaksi negatif dari penonton atau pengkritik filem, mereka juga akan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sekuel kerana menjangkakan filem kedua juga pasti gagal atau lebih teruk menyebabkan kerugian kepada pihak studio.
Disini kami kongsikan 8Â filem yang sepatutnya mendapat sekuel tetapi tidak diteruskan oleh pihak Studio.
1. I Am Number 4 (2011)
Adaptasi dari salah satu 15 siri novel ini. Semasa pihak DreamWorks mengumumkan projek filem ini, berserta dengan nama-nama besar dalam industri perfileman Hollywood seperti D.J. Caruso, Steven Spielberg, Timothy Olyphant, dan Alex Pettyfer, ramai peminat menjangkakan bahawa pihak studio akan dapat melengkapkan kesemua 15 novel siri ini ke bentuk filem. Tetapi sebaliknya berlaku, baru sahaja 1 filem ditayangkan mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sekuel filem ini.
Ini gara-gara reaksi negatif dari pengkritik filem dan kutipan tiket yang begitu teruk. I Am Number 4 mendapat rating dari laman Rottentomatoes sebanyak 33% sahaja, manakala dari segi kutipan, hanya mampu meraih $150 juta dolar seluruh dunia, berbanding modal pembikinan sebanyak $50 juta dolar.
2. The Host (2013)
Filem adaptasi dari Novel The Host karya Stephenie Meyer ini hanya mendapat rating sebanyak 8% di laman Rottentomatoes & 5.6/10 di laman IMDb. Selain itu juga, filem ini hanya mencatatkan keuntungan kasar $20 juta sahaja. Perancangan sekuel filem ini bukan sahaja tergantung di peringkat pembikinan filem, malah penghasilan novelnya juga masih menjadi tanda-tanya.
3. Mystery Man (1999)
Walaupun menampilkan para bintang dalam filem ini seperti Ben Stiller, Greg Kinnear, Geoffrey Rush, serta William H. Macy dan mendapat rating yang boleh dikira bagus (66% di Rottentomatoes). Tetapi kegagalannya dipentas box office meranapkan impian para peminat yang ingin menyaksikan sekuel filem ala superhero komik ini dihasilkan.
Filem adapatasi komik Dark Horse ini mungkin dapat diselamatkan sekiranya terdapat studio yang sanggup untuk menghasilkan reboot atau sekuel filem ini.
4. Prince of Persia: The Sands of Time (2010)
Filem yang sepatutnya mampu memenuhkan kantung Disney, tetapi sebaliknya yang berlaku. Modal pembikinan filem adaptasi permainan video ini mencecah hampir $200 juta dolar, tetapi ia gagal di pentas box office domestik Amerika Syarikat apabila hanya meraih $90 juta sahaja. Dari segi kutipan seluruh dunia boleh dikatakan tidak mengecewakan, Prince of Persia: The Sands of Time mampu meraih $336.4 juta. Namun pihak Disney mungkin berkira-kira sama ada mahu meneruskan francais Prince of Persia ataupun tidak.
Sumpahan filem adaptasi permainan video?
5. John Carter (2012)
Satu lagi kegagalan besar Disney dan antara filem yang paling gagal dalam sejarah perfileman. Dengan modal pembikinan sebanyak $263 juta dolar, John Carter merupakan antara filem yang paling mahal dihasilkan, dan filem ini juga antara paling gagal dipentas box office apabila hanya mampu meraih hanya $73 juta dolar di pasaran domestik AS dan $211 dipasaran antarabangsa.
Selain dari strategi pemasaran yang teruk, ketiadaan aktor bintang dan krew produksi tidak ternama menyumbang kepada kegagalan filem ini. John Carter sepatutnya dihasilkan dalam bentuk trilogi dan sekuelnya berdasarkan novel The Gods of Mars telahpun dirancang, projek sekuel telah dibatalkan disebabkan prestasi buruk dipentas box office.
6. Master and Commander: The Far Side of the World (2003)
Ops, filem adaptasi dari Novel karya Patrick O’brian tidak gagal sebenarnya. Mendapat rating yang cukup tinggi di rottentomatoes dan IMDb. Selain itu juga, karya novel yang luas dan mempunyai pelbagai karakter membolehkan pihak studios untuk menghasilkan sekuel.
Bagaimanapun, sekuel filem ini tidak dapat diteruskan kerana terlampau sukar untuk diadaptasikan dari bentuk novel ke filem Malah semasa dalam pembikinan, mereka mengalami kesukaran untuk menyelesaikannya. Jadi keputusan telah dibuat, untuk tidak meneruskan kesinambungan filem ini..
7. Ender’s Game (2013)
Filem aksi sains fiksyen adaptasi dari novel karya Orson Scoot Card hanya mampu mengaut keuntungan sebanyak $20 juta sahaja. Sayang, filem yang cukup bagus dan menarik tetapi tidak mampu untuk menjana keuntungan kepada pihak studio.
Pada 2014, Lionsgate dikhabarkan berminat untuk meneruskan sekuel filem ini serta mempertimbangkan untuk menghasilkan siri televisyen, tetapi tiada perkembangan lanjut selepas itu. Mungkin kegagalan dipentas box office membuatkan pihak studio berdiam diri.
8. The Golden Compass (2007)
Adaptasi dari novel karya Phillip Pullman, novel ini mempunyai banyak trilogi dan memberikan banyak idea kepada studio New Line Cinema untuk menghasilkan filem adaptasi dari novel author berkenaan.
Pada 2008, aktor Sam Elliot beranggapan sekuel filem ini tidak diteruskan kerana New Line Cinema khuatir filem ini mendapat tentangan dari pihak gereja katolik kerana menyampaikan mesej anti-agama. Pada 2011, Philip Pullman menegaskan, kegagalan kutipan Box Office menyebabkan perancangan trilogi The Golden Compass dibatalkan pihak studio.
9. Jonah Hex (2010)
Jonah Hex mungkin gah dalam dunia komik terutamnya komik DC, tetapi filemnya agak layu sehinggakan pelakon utamanya, Josh Brolin sangat benci dengan filem ini. Jonah Hex boleh dijadikan contoh bagaimana karakter komik yang bagus boleh dirosakkan oleh pembikin dan penulis filem yang tidak pandai mengadaptasinya ke layar perak. Selain dikritik teruk, filem ini hanya mampu meraih $10 juta dolar sahaja berbanding modal sebanyak $47 juta dolar.
District 9 (2009)
District 9 antara contoh filem yang berjaya tetapi tiada sekuel dihasilkan (sehinggakini). Filem ini mendapat respond positif dari para pengkritik dengan rating Rottentomatoes mencecah 90%, manakala kutipannya dikira sukses dengan jumlah kutipan sebanyak $210.8 juta berbanding modal sebanyak $30 juta. Walaupun pada 2013, Neill Blomkamp mendedahkan tetap ingin hasilkan filem Distict 10, sehinggakini masih lagi tiada perkembangan lanjut mengenainya.
11. Se7en
Penamat filem ‘pecah otak’, Se7en mungkin bukanlah penamat yang mengembirakan, tetapi ia adalah kesimpulan yang pasti. Namun bagi studio New Line Cinema, filem Se7en layak untuk diteruskan sekuel dan mereka telahpun memberikan tajuk iaitu Ei8ht serta menyiapkan skrip. Namun pengarahnya, David Fincher bersama-sama pelakon Brad Pitt dan Morgan Freeman menyatakan tidak berminat untuk meneruskan sekuel.
12. E.T. the Extra Terrestrial (1982)
Beberapa bulan selepas filem E.T. meletup dipentas Box Office, Steven Spielberg dan penulis skrip Melissa Mathinson telah memulakan draf untuk menghasilkan filem sekuel E.T. II: Nocturnal Fear. Bagaimanapun, selepas diteliti segala idea dan melihat sekuel yang bakal dihasilkan itu tidak menarik seperti yang asal, Spielberg membuat keputusan untuk membatalkan perancangan sekuel.
Idea filem kedua dikatakan agak ‘dark’ dimana ia memaparkan makhluk asing jahat menculik serta mendera kanak-kanak sebelum E.T. datang menyelamatkan rakannya dari Bumi itu.
13. The Mortal Instruments: City of Bones (2013)
Pada mulanya, studio disebalik filem The Mortal Instruments: City of Bones, Constantin Film yakin bahawa The Mortal Instruments akan mengikut jejak langkah francais The Hunger Games dan The Divergent Series. Bagaimanapun, kritikan teruk dari para pengkritik, penonton serta peminat novel telah menyebabkan filem ini gagal mendapat kutipan memberangsangkan, sekaligus perancangan filem sekuel berjudul The Mortal Instruments: City of Ashes terpaksa dibatalkan oleh pihak studio dan menghasilkan dalam bentuk siri televisyen berjudul Shadowhunter (2016-2019)
14. Dredd (2012)
Selepas filem adaptasi komik Judge Dredd lakonan Slyvester Stallone gagal dipawagam, pihak studio IM Global Television and Rebellion cuba untuk menghidupkan kembali francais Dredd dengan menampilkan filem yang lebih ganas. Bagaimanapun filem reboot lakonan Karl Urban itu tidak bernasib baik walaupun mendapat kritikan positif dari penonton dan peminat. Dredd hanya mampu meraih $41 juta dolar sedangkan modal pembikinan mencecah $45 juta dolar.
15. Forrest Gump (1994)
Selepas sahaja filem Forrest Gump berjaya meraih 6 anugerah Oscar, penulis novel Winston Groom menerbitkan novel Gump & Co., sekuel novel pertama yang telah diangkat ke layar perak. Novel Gump & Co. telah beberapa kali ingin diadaptasikan ke bentuk filem, malah Eric Roth juga telah menyiapkan skrip filem. Namun pelakon utamanya, Tom Hank tidak bersemangat untuk meneruskan filem sekuel, manakala pengarah Robert Zemeckis merasakan ia tidak lagi relevan. Jadi sekuel Forrest Gump tidak akan dihasilkan sampai bila-bila.
16. Green Lantern (2011)
Setahun sebelum Green Lantern diterbitkan, pengarah Martin Campbell mengesahkan filem Green Lantern akan dihasilkan dalam bentuk trilogi dengan Ryan Reynolds akan memainkan perana utama sebagai Hal Jordan. Bagaimanapun, filem superhero DC ini dikritik teruk dan gagal mendapat kutipan yang diharapkan apabila hanya meraih $219 juta dolar berbanding modal pembikinan sebanyak $219 juta. Kegagalan itu menyebabkan Warner Bros. mengumumkan pembatalan filem sekuel.
Pada 2013, Warner Bros. mengumumkan filem reboot Green Lantern Corps akan dihasilkan dan menjadi sebahagian daripada DCEU. Walaupun pihak studio telah menetapkan tarikh tayangan filem reboot ini pada Jun 2020, perancangan filem ini masih samar-samar, lebih-lebih lagi selepas Warner Bros. mengambil beberapa tindakan kontroversi seperti pembatalan beberapa filem yang telah dirancangkan.