Review Filem Dumbo (2019)

118
views

Sebuah filem terbitan Disney yang mula ditayangkan March lalu mengisahkan tentang kehidupan sekelompok manusia yang bekerja sebagai penghibur di sebuah sarkas yang singgah dari negeri ke sebuah negeri yang lain. Pelbagai perkara yang mengagumkan dapat dijumpai di sarkas ini.

Pada suatu hari, seekor gajah bunting di sarkas tersebut telah melahirkan seekor anak gajah yang unik dimana dia mempunyai telinga yang besar berbanding gajah gajah normal yang lain. Oleh kerana penampilannya yang hodoh itu, gajah tersebut telah dimaki oleh hampir seluruh warga sarkas. Ibu kepada gajah itu pula telah di kembalikan kepada orang yang menjualnya terlebih dahulu.

Satu keistimewaan yang ada pada gajah ini adalah kebolehnya untuk terbang dengan menggunakan telinganya yang besar itu secara tidak langsung ia mengagumkan setiap mata yang melihatnya. Menyedari kelebihannya itu, ada satu pihak lain yang mula mengambil kesempatan ke atas gajah tersebut yang dikenali sebagai Dumbo.

Sebuah filem yang cukup ringan untuk ditonton. Terlampau ringan sehinggakan hampir tidak dapat dikesan dimanakah keistimewaan filem ini sendiri.┬áJalan ceritanya yang begitu “straight to the point” membuatkan para penonton hanya perlu menontonnya tanpa memikirkan apa apa.

Namun seperti produk Disney yang lain, filem Dumbo ini juga tidak terlepas daripada mainan emosi yang diselitkan walaupun ia hanyalah secara ringan sahaja.
Dari segi penggunaan kesan khas, tidak dapat disangkal lagi kerana Disney sentiasa memberikan yang terbaik.

Promosi untuk filem ini juga boleh dikatakan tidak prominent sepertimana filem filem terbitan Disney yang terdahulu.

Rating Kakimuvee : 6/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here