Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Supervillain Marvel Paling Merbahaya Buat Masa Ini

Supervillain Marvel adalah antara karakter-karakter komik yang sering menjadi tumpuan kepada para pembaca komik, terutamanya kepada mereka yang meminati siri komik Marvel. Walaupun bilangan penjahat-penjahat ini tidak seramai para adiwira Marvel, mereka masih mampu memberi ancaman kepada mereka dan juga galaksi.

Bagaimanapun, kedudukan dan ranking Supervillain Marvel sentiasa berubah-berubah, bergantung kepada tahap ancaman dan damage yang dilakukan oleh mereka terhadap universe. Disini kami kongsikan 15 Supervillain Marvel  Paling Merbahaya Buat Masa Ini

15. The Chitauri

The Chitauri pertama kali diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe adalah semasa dalam filem The Avengers. Jika dilihat pada kekuatan bala tentera dari galaksi itu, pasti pasukan superhero The Avengers tidak mampu untuk mengalahkan mereka. Mujur portal antara dimensi sempat ditutup sebelum bumi dihancurkan oleh mereka.

Tetapi dalam versi komik, The Chitauri dianggap sebagai antara ancaman paling merbahaya yang perlu dihadapi oleh team superhero bumi. Dalam siri Secret War, Captain America yang menjadi agen Hydra diangkat sebagai ketua sekuriti S.H.E.I.L.D, ini memberi peluang kepadanya untuk mengawal perisai yang melindungi bumi. Semasa angkatan Chitauri menuju ke bumi, hampir kesemua superhero Marvel telah bersedia di angkasa lepas, keadaan tersebut memberi peluang kepada Captain America untuk “mengunci bumi” dan memerangkap superhero bumi di luar kediaman mereka dan seterusnya Captain America mewujudkan empayar Hydra semasa ketiadaan superhero lain. Thanks kepada ancaman yang diberikan Chitauri terhadap planet Bumi, Empayar Hydra dapat diwujudkan dengan mudah.

14. Ultron

Dalam MCU, Ultron dicipta oleh Tony Stark, tetapi dalam versi komik, ianya dicipta oleh Hank Pym. Ultron sentiasa memberikan ancaman besar kepada The Avengers, walaupun sentiasa dikalahkan dan badannya dimusnahkan, ia tetap akan kembali kerana minda tetap wujud dan dapat melarikan diri, kemudian menciptakan badannya semula dan menyerang kembali.

13. The Marker / Ultimate Reed Richard

Reed Richard adalah salah seorang anggota Fantastic Four, seorang doktor yang sangat dedikasi dan suami yang baik. Tetapi dalam versi Ultimate Universe, dia seorang supervillain yang sangat merbahaya.

Selepas event Ultimatum, Reed Richard mengelarkan dirinya sebagai The Marker dan mencipta A.I paling merbahaya yang dikenali sebagai The City. A.I dan dirinya memberikan ancaman yang besar kepada team Avengers

12. The Shadow King

The Shadow King atau juga dikenali sebagai Amahl Farouk adalah mutant jahat pertama yang dihadapi oleh Profesor X. Tidak banyak diketahui oleh entiti ini, tetapi ia sentiasa datang untuk menganggu dan memberi ancaman kepada X-Men

11. Malekith The Accursed / The Dark Council

Antara musuh utama Thor. Malekith dan kuncu-kuncunya sering mewujudkan perang walaupun Thor sedaya upaya cuba menghalang dan menewaskannya. Jika anda menonton filem Thor: The Dark World, pasti anda tahu kehebatannya dan keinginannya untuk menakluk planet lain.

10. Emma Frost

Emma Frost atau digelar White Queen boleh dikategorikan sebagai Superhero dan Supervillain. Dia merupakan anggota penting X-Men dan menjalinkan hubungan dengan Cyclops sehingga semasa perang diantara X-Men dan Inhuman apabila dia menjadi dalang kepada pertarungan dua bangsa superhero terbabit.

Dia mempergunakan Cyclops untuk menyerang Inhuman semasa event Inhuman vs X-Men

9. Doc Ock / The Superior Octopus

Musuh utama Spider-man. Supervillain yang bersungguh-sungguh mahu menewaskan Spiderman sehingga berjaya menukar badannya dengan Peter Parker dan menewaskannya. Kejayaannya memasuki badan Peter Parker telah mewujudkan superhero yang digelar Superior Spider-Man. Superhero? Ya, dia menggunakan badan Peter Parker untuk menentang penjahat dan menjadi Superhero yang lebih baik dari Peter Parker.

Walaubagaimanapun, Peter datang kembali dan berjaya menewaskan Dr. OCtopus dan mendapatkan badannya kembali. Walaupun tewas dan dibunuh Peter Parker, minda Dr. Octopus masih wujud dan dengan bantuan pembantu robotnya, Living Brain, Dr. Octopus berjaya mencipta badan klonnya dan menetang Spider-Man kembali. Dr. Ocotopus merupakan salah seorang agen Hydra Avengers yang diketuai oleh Captain America

8. Thanos

Thanos antara supervillain yang kerap menghancurkan universe. Walaupun kerap kali ditewaskan, ia tetap akan kembali, dan semakin kuat. Dalam beberapa insiden, dia berjaya mendapat dan menggunakan Infinity Gauntlet untuk menakluk galaksi.

Thanos banyak kali ditewaskan dalam Infinity War dan Civil War 2. Bagaimanapun, dia kini sedang sakit. Dia sanggup membunuh bapanya, Mentor apabila ayahnya gagal untuk menyembuhkan dari diambang kematian.

Walaupun penyakitnya tidak dapat disembuh, dia tetap memberi ancaman kepada Avengers melalui orang-orang kanannya yang digelar Black Order dan juga sekutunya Hela.

7. Doctor Doom / The Invincible Iron Man

Well, jika Reed Richard bertukar menjadi Supervillain, musuh Reed Richard, Dr. Doom pula bertukar menjadi hero. Dalam siri terbaru komik Marvel berjudul Infamous Iron Man, Doctor Doom telah memakai armor terbaru dan mengelarkan dirinya Iron Man terbaru.

Ianya berlaku selepas event Civil War II dimana Tony Star telah dibunuh. Sebelum Stark terbunuh, Victor Von Doom dan Stark pernah bersama-sama berjuang menentang musuh dan ia menjadi titik permulaan kepada perubahan karakter pada Doctor Doom dari supervillain kepada superhero, malah Doom turut menyerta Avengers. Tapi mungkinkah ada “Udang disebalik mee” terhadap perubahan Doctor Doom, bagaimana di berubah kembali menjadi villain? pasti ia akan memberi masalah besar kepada hero-hero di Bumi

6. Itsy Bitsy

Spider-Man dan Deadpool adalah dua superhero yang sangat berkuasa dan sukar ditewaskan. Bagaimana jika kedua-duanya digabungkan? itulah yang ada pada Itsy Bitsy dimana genetik kedua-dua superhero berkenaan digabungkan. Itsy Bitsy dicipta oleh Patient Zero dengan tujuan untuk membunuh Spider-Man dan Deadpool, tetapi Itsy Bitsy enggan dan sebaliknya ingin menyertai Spider-Man dan Deadpool memerangi jenayah.

Itsy Bitsy muncul buat pertama kali di Wall Street dimana dia membunuh sekumpulan kelas C villain. Spider-Man dan Deadpool cuba untuk membunuh Itsy Bitsy tetapi wanita tersebut menegaskan dia bersama mereka. Spidey dan Deadpool menolak penjelasan Itsy Bitsy kerana cara dia menjadi hero yang agak kejam. Itsy Bitsy bagaimanapun ditewaskan oleh kedua-dua hero terbabit tetapi berjaya melarikan diri dan meneruskan cara dia menumpaskan penjenayah dengan cara kejamnya sendiri. Boleh dia digelar Supervillain Marvel walaupun dia memerangi jenayah?

5. Madame Hydra

Terdapat beberapa karakter pernah menggunakan gelaran Madame Hydra dalam sejarah Marvel, tetapi tiada karakter yang mampu menandingi Elisa Sinclair, Ahli sihir purba dan paling berkuasa serta dikatakan Immortal. Elisa bertanggungjawab untuk merekrut Captain America menyertai Hydra.

Elisa merupakan salah seorang ahli konsul Hydra dan menghimpunkan bantuan untuk Captain America supaya dapat mewujudkan empayar Hydra yang baru.

4. Kang The Conquerer

Kang sentiasa berada dimana-mana dan mampu untuk berada pada masa lalu, kini dan masa hadapan. Kang The Conquerer agak complicated sikit kerana dia berada disetiap timeline sebagai contoh Immortus, dirinya yang tua pada masa hadapan dan Iron lad, dirinya yang muda yang menyertai Young Avengers, dan setiap dirinya pada setiap event  dan masa adalah merupakan musuh-musuhnya.

Kemampuannya untuk merentasi masa menjadikan dia supervillain Marvel yang mempu ancaman besar kepada Fantastic Four dan The Avengers.

3. Molecule Man

Ibarat sumpahan disebabkan kehebatannya mengawal dan memanipulasi molekul, Owen Reece terpaksa meletakkan blok dan sekatan pada mindanya supaya dia dapat mengawal abilitinya itu, Reece dianggap sebagai kelas B villain, dan dia boleh menjadi rakan kepada superhero Marvel ataupun musuh bergantung kepada keupayaannya untuk mengawal tekanan terhadap kuasa luar yang dimiliki olehnya.

Apa yang membuatkan ia sangat merbahaya kerana kemampuannya untuk memanipulasi molekul dan mengubahsuai realiti dalam skala besar, senang cerita, level multiverse.

Buat masa sekarang Owen Reece tidak dianggap sebagai ancaman, cuma jika dia hilang kawalan terhadap dirinya, ia pasti memberi masalah besar kepada Marvel Universe.

2. Annihilus

Musuh ketat Fantastic Four, Annihilus adalah ancaman besar yang datang dari dunia kosmik. Annihilus bukan sahaja tidak gentar dengan musuh-musuhnya, tetapi dia juga ketua kepada Annihilation Wave, angkatan tentera serangga gergasi yang sangat ganas dan kejam.

Annihilus pernah menguasai hampir seluruh galaksi, dan apabila dia dan angkatan tenteranya menyerang Bumi, mereka dapat ditewaskan oleh Fantastic Four.

1 Captain America

Yes, Captain America kini menjadi ancaman paling merbahaya kepada superhero Bumi. Captain America bijak menyembunyikan identitinya sebagai agen Hydra sehinggalah dia mendapat masa yang sesuai untuk menyingkirkan dan memerangkap superhero Bumi dan mewujudkan empayar Hydra.

Kosmik kuib yang digelar Kobik merupakan salah satu punca kepada pengkhianatan Captain America dengan menyertai Hydra. Kisah lampaunya telah diubah dan berubah menjadi villain.

Kini sebahagian Superhero terperangkap di angkasa, dikurung dalam Darkforce Dimension di Manhattan dan terdapat beberapa superhero yang terpaksa bersembunyi dan menyertai freedom fighter untuk memerangi regim fasis Captain America

So kepada anda semua, Supervillain Marvel mana yang paling berkuasa dan menakutkan bagi anda.

Related posts

WHO ARE THE SHADYSIDE KILLERS?

Zulaikha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

8 FUNNIEST MOMENTS OF HOSPITAL PLAYLIST S2 SO FAR

Zulaikha

A LOOK AT HAN SO-HEE’S K-DRAMA CHARACTER FASHION EVOLUTION

Zulaikha

6 Shows Starring Our Very Own Michelle Yeoh You Should Watch on Netflix

Isqandar

Leave a Comment