Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Speedster Paling Laju Dalam Komik DC – Ranked


DC memiliki karakter-karakter superhero dan supervillain yang memiliki abiliti kelajuan paling ramai berbanding karakter-karakter dalam komik Marvel. Abiliti ini dijadikan satu kelebihan buat karakter-karakter tersebut dan terdapat juga karakter DC yang mana kelajuan adalah abiliti utama mereka.

Abiliti ini tidak terhad terhadap makhluk asing seperti superman sahaja, malah terdapat karakter yang dianggap dewa mahupun manusia yang memiliki abiliti tersebut.

Mari kita lihat 15 Speedster paling laju dalam komik DC

15. Superman

Selain memiliki kelebihan seperti super-strength, heat vision, x-ray vision, freeze breath dan invulnerability, Kal-El atau superman juga memiliki kelebihan untuk bergerak laju. Kryptonian ini kadang kala menggunakan kelebihan kelajuannya untuk menyelamatkan manusia ataupun bertempur. Superman dan The Flash pernah berlumba untuk melihat siapakah paling laju diantara mereka.

14. The Rival

Edward Clariss atau The Rival atau Rival Flash. Dia memiliki kelajuan dengan menggunakan formula Velocity 9, sumber untuk dia menjadi laju. Musuh kepada superhero Speedster seperti Barry Allen. The Rival muncul dalam musim ketiga The Flash sebagai musuh kepada Kid Flash


13. The Atom

Dr. Ray Palmer atau The Atom mampu bergerak laju melalui line telefon. The Atom akan bergerak masuk kedalam telefon dan menuju ke destinasi melalu line telefon tersebut dalam beberapa saat sahaja.

12. Zoom

Hunter Zolomon, musuh ketat The Flash. Hunter Zoom adalah Speedster dari Earth 2 yang travel ke Earth One untuk berkawan dan melatih The Flash menjadi lebih laju semata-mata mahu mencuri abiliti tersebut dari The Flash.

11. Johnny Quick

Jonathan Chambers, aka Johnny Quick, villain dari Earth-3, ahli kepada Crime Syndicate of America, Justice League versi Evil.

10. Shazam

Shazam aka Captain Marvel. Mempunyai kuasa 6 dewa diantaranya The wisdom of Solomon, the strength of Hercules, the stamina of Atlas, the power of Zeus, Mercury, the Roman messenger God dan the courage of Achiles. Ia mampu terbang selaju Superman, tapi lebih pantas jika dia berlari.

9. Jesse Quick

Jesse Quick, aka Jesse Chambers, muncul dalam musim kedua The Flash. Tidak seperti kebanyakkan speedster yang mendapat abiliti kelajuan secara tidak sengaja, Jesse hanya perlu menjerit dengan kuat formula matematik 3X2(9YZ)4A. Haa..cuba korang jerit kuat-kuat formula tu, mana tahu mampu bergerak laju.

8. Black Racer

Black Racer adalah Avatar of Death, Black Racer selalunya akan bergabung dengan speedster sebagai host nya. Entiti ini pernah bergabung dengan Barry Allen dan membunuh Darkseid dalam siri Darkseid War.

7. Supergirl

Sepupu Superman, Zor-El atau dikenali sebagi Supergirl ini merupakan salah satu superhero terhebat dalam komik DC dan dia sebenar lebih kuat dari Superman, cuma kurang berpengalaman. Jika dia lebih hebat dari Superman, bermakna dia lebih laju dari sepupunya itu.

6. Jay Garrick

Original Flash, dan mentor kepada Barry Allen. Pernah muncul dalam siri TV The Flash serta founder penubuhan Justice Society of America.

5. Godspeed

August Heart, kawan kepada Barry Allen, mendapat kuasa kelajuan selepas terkena ribut speed force yang melanda  Central City. Pada mulanya, dia adalah side kick kepada The Flash sebelum bertukar menjadi villain. Mencuri speed force pada individu yang terkena kesan ribut Speed Force untuk kepentinggan dirinya. Barry Allen terpaksa bergabung dengan Wally West serta penduduk bandar yang memiliki speed energy untuk menewaskannya.

4. Barry Allen

 

Barry Allen istiharkan dirinya manusia paling laju didunia, tetapi dia tidak tahu bahawa terdapat lagi speedster yang lebih pantas darinya. Barry Allen sangat dikenali kerana siri TV The Flash dan pernah menewaskan hampir kesemua speedster villain.

3. Savitar

Dalam siri komik, Savitar adalah juruterbang yang mendapat abiliti kelajuan semasa ribut speed force. Mengelarkan dirinya sebagai Savitar, Dewa Kelajuan Hindu, dia menjadi obses dengan kuasa kelajuan dan merupakan karakter paling laju dalam komik DC. Dalam siri TV The Flash, Identiti Savitar didedahkan dan dia dikataan Barry Allen dari masa hadapan, walaupun dalam komik nama sebenarnya tidak diketahui.

2. Wally West

Anak didik Barry Allen, tetapi lagi laju dari superhero terbabit. Pernah kehilangan kuasa speed, tetapi mendapatkannya kembali dan menjadi lebih laju. Mampu berada diseluruh dunia dalam masa beberapa saat sahaja.

1 Reverse – Flash

Eobard Thawne, musuh The Flash yang datang dari masa hadapan. Lebih laju dari Barry Allen dan melakukan time-travel lebih mudah dari Barry Allen. Villain yang bertanggungjawab membunuh ibu Barry Allen dan juga individu yang bertanggungjawab mewujudkan The Flash, kerana tanpa The Flash, tak akan ada Flash, dan jika tiada Flash tidak akan ada Reverse – Flash.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee