Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Pelakon Aksi Wanita Paling Hebat Dalam Sejarah Hollywood


Kebiasaannya, pelakon-pelakon lelaki akan mendominasi filem-filem aksi di Hollywood. Namun begitu, masih terdapat beberapa pelakon wanita yang telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dengan melakukan adegan -adegan aksi demi menjayakan watak mereka. 

Disini, kami ingin kongsikan senarai 15 Pelakon Aksi Wanita Paling Hebat dalam sejarah Hollywood. Maaf Gal Gadot tidak tersenarai.

1. Milla Jovovich

Pelakon dan model, Milla Jovovich memulakan karier lakonan aksi sejak tahun 90an apabila muncul dalam filem sains fiksyen, The Fifth Element. Namanya dalam genre aksi mula meningkat selepas muncul sebagai karakter utama, Alice dalam franchise Resident Evil. 

2. Maggie Q.

Siapa yang pernah menonton filem Live Free or Die Hard pasti kagum dengan aksinya terutamanya ketika dia bergasak dengan watak lelaki paling ‘badass’ dalam sejarah Hollywood, John Mclane. Maggie Q juga pernah muncul dalam filem aksi seperti Mission Impossible III serta Divergent, Insurgent, dan Allegiant sebagai Tori

3. Kate Beckinsale

Selain Milla Jovovich, Kate Beckinsale antara pelakon aksi wanita yang paling hebat pada zamannya. Dikala Jovovic bersama suaminya, Paul W.S. Anderson untuk membintangi francais Resident Evil, Beckinsale berkahwin dengan Len Wiseman yang merupakan pencipta francais Underworld, siri filem aksi yang dibintangi Beckinsale. Pelakon ini juga pernah muncul dalam filem aksi seperti Van Helsing, Whiteout dan remake Total Recall 


4. Michelle Rodriguez

Michelle Rodriguez kerap muncul dalam filem-filem aksi, antara seperti Resident Evil, Machete, franchise Fast & Furious serta S.W.A.T. Walaupun dianggap ‘badass’, dia tetap menunjukkan sisi wanita yang lemah lembut dengan menyumbangkan suaranya untuk filem filem animasi seperti Smurf dan Turbo.

5. Pam Grier

Aktres era 70an-80an ini dilabel sebagai The Queen of Blaxploitation, dan kerap membawa karakter-karakter merbahaya. Antara filem yang menampilkan prestasi luar biasanya adalah Foxy Brown, Coffy, dan filem arahan Quentin Tarantino, Jackie Brown.

6. Linda Hamilton

Lakonannya sebagaiĀ sebagai Sarah Connor filem Terminator danĀ Terminator 2: Judgement DayĀ telah dijadikan sebagai ā€œbenchmarkā€ untuk memilik pelakon wanita utama dalam filemTerminator GenisysĀ serta dalam siri televisyen Terminator. Tiada aktres yang mampu untuk membawakan watak Sarah Connor sehebat Linda Hamilton

7. Michelle Yeoh

Walaupun Michelle Yeoh bukanlah pengamal seni mempertahankan diri, dia tetap memberi komitmen yang tinggi semasaki melakonkan babak-babak yang memerlukan aksi seni mempertahankan diri. Sebagai contoh, anda boleh lihat lakonannya dalam filemĀ Crouching Tiger, Hidden Dragon.Ā 

8. Lucy Liu

Melihat aksi O-Ren Ishii dalam filem arahan Quentin Tarantino, Kill Bill: Volume 1 sudah cukup untuk melabel Lucy Liu antara pelakon wanita paling badass dalam sejarah Hollywood. Watak Alex dalam filem Charlie’s Angels turut membuatkan penonton terpukau.Ā 

9. Cynthia Rothrock

Mungkin ramai tidak mengenalinya. Cynthia Rothrock sangat popular pada era 80an-90an dan terkenal dengan aksi seni bela diri. Dia kerap muncul dalam filem berbudget rendah serta dalam filem-filem bergenre Kung Fu. Cuba cari dan tonton filem lakonannya seperti Undefeatable atau China O’Brien

Lihat aksi Cynthia Rothrock dibawah:

10. Sigourney Weaver

Sigourney Weaver membuktikan bahawa watak-watak aksi tidak terhad kepada pelakon lelaki sahaja. Dia memainkan watak ikonik Ellen Ripley dalam filem-filem Alien. ‘fun-fact’, watak utama dalam francais Alien pada asalnya adalah seorang lelaki, tetapi diubah kepada wanita, dan telah diberikan kepada Sigourney Weaver.

11. Angelina Jolie

Cantik dan … ‘badass’. Angelina Jolie bukan sahaja terkenal kerana kejelitaannya, tetapi turut dianggap sebagai salah satu ikon aksi wanita. Jolie sering menjalani latihan yang intensif untuk mempersiapkan peranan aksi di layar lebar. Kita mungkin pernah melihatnya melencongkan peluru dalam filem Wanted, tetapi lakonannya sebagai Evelyn Salt telah membawa istilah badass ke tahap yang lain.

12. Charlize Theron

Dari Mad Max, ke Atomic Blonde, hingga yang terbaru, Old Guard, tetapi filem yang gagal, Aeon Flux sebenarnya telah menaikkan nama Charlize Theron dalam dunia filem aksi. Walaupun umurnya semakin meningkat, ia tidak menghalangnya untuk terus muncul dalam filem-filem aksi.Ā 

13. Emily Blunt

Pelakon Britian Emily Blunt mungkin jarang muncul dalam filem-filem aksi, tetapi lakonannya dalam filem seperti Edge of Tomorrow dan Sicario sudah cukup membuktikan yang dia juga layak dianggap ‘badass’.Ā 

14. Scarlett Johansson

Scarlett Johansson merupakan antara pelakon wanita yang menerima bayaran paling mahal pada tahun 2018 dan 2019, semua hasil titik peluhnya dalam beberapa filem blockbuster terutamanya dari MCU. Johansson sememangnya terkenal dengan watak MCU Black Widow, tetapi jangan dilupa satu lagi filem yang turut mempamerkan aksi-aksinya, iaitu Lucy.Ā 

15. Zoe Saldana

Zoe Saldana membina kariernya dengan membintangi filem -filem aksi. Pelakon itu terkenal menerusi peranannya sebagai Gamora dalam MCU – salah satu watak Marvel yang dianggap ‘badass’. Kehebatannya dalam filem aksi telah terbukti menerusi filem Star Trek sebagai Uhura, filem hit Avatar, The Loser dan filem aksi thriller Colombiana.


Related posts

Emily Blunt Kongsikan Perkembangan Terbaru Sekuel Edge of Tomorrow

Kakimuvee

Poster karakter ‘Asteroid City’ Papar Barisan Pelakon Hebat Filem Terbaru Wes Anderson

Kakimuvee

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

GOTG Vol. 3 Akan Menjadi Filem Terakhir Zoe SaldaƱa Sebagai Gamora

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee