You are here Home » 15 Filem Terkenal Yang Hampir Memiliki Tajuk Yang berbeza

15 Filem Terkenal Yang Hampir Memiliki Tajuk Yang berbeza

Selain daripada penulisan skrip, pemilihan pelakon, kerja-kerja penggambaran dan sebagainya, pemilihan tajuk filem turut memainkan peranan penting dalam menentukan ‘survival’ sesebuah filem itu apabila ditayangkan di pawagam.

Kebiasaanya, sebelum proses produksi bermula, filem yang bakal dihasilkan itu akan diberi tajuk sementara atau digelar “Working Title”. Pemberian tajuk sementara itu adalah pekara biasa dalam industri hiburan seperti perfileman, rancangan televisyen dan pembikinan album muzik. Apabila sesebuah projek itu disiapkan, tajuk filem juga akan turut berubah supaya ia dapat bersaing di pasaran.

Idea untuk memberi tajuk berbeza ini biasanya datang dari sesiapa sahaja yang terlibat dalam produksi – seperti penerbit, pengarah, penulis, pelakon atau ketua studio. Ada yang memberi tajuk sesuai dan ada juga yang memberikan tajuk yang agak kelakar dan tidak masuk akal. Tetapi pemilihan tajuk bukan dilakukan secara ‘diktator’ dan kebiasaanya tajuk yang menarik dan sesuai akan terpilih untuk menjadi tajuk rasmi.

Jika tajuk beberapa filem kegemaran anda nampak jelas dan seperti tidak pernah berubah, fikirkan semula. Anda akan mengetahui beberapa perubahan tajuk yang paling pelik dalam sejarah pembikinan filem.

Jadi kami ingin kongsikan 15 Filem Terkenal Yang Hampir Memiliki Tajuk Yang Berbeza

15. Breakfast Club

Tajuk asal: Library Revolution, The Lunch Bunch

“The Breakfast Club” adalah gelaran kelas tahanan pagi yang diberikan oleh para pelajar sekolah New Trier High School. Anak pengarah John Hughes, iaitu John Hughes III mempunyai rakan yang menghadiri kelas tahanan tersebut. Pengarah John Hughes merasakan, gelaran The Breakfast Club sangat menarik, lalu dia menggunakan gelaran tersebut sebagai tajuk rasmi filem arahannya iaitu The Breakfast Club.

14. Pulp Fiction

Tajuk Asal: Black Mask

Tajuk asal filem arahan Quentin Tarantino ini diambil dari nama sebuah majalah “Pulp” bertajuk “Black Mask”. Black Mask merupakan salah satu majalah “pulp” “hardboiled” fiksyen jenayah yang terkenal pada era 1920an hingga 1950an. Bagaimanapun, Tarantino mengambil keputusan untuk menggunakan tajuk yang lebih umum, lebih konseptual dan kurang rujukan, iaitu Pulp Fiction.

13. Back To The Future

Tajuk Asal: Space Man From Pluto

Tajuk Space Man From Pluto dicadangkan oleh eksekutif Universal Studios Sid Sheinberg kerana dia tidak menyukai tajuk Back to the Future. Dia telah menghantar sekeping memo kepada pengarah Robert Zemeckis untuk menukar tajuk yang dicadangkannya. Sebagai tindakbalas, Steven Spielberg, penerbit eksekutif Back to the Future, membalas memo tersebut dengan menulis “terima kasih kerana menghantar memo jenaka yang agak indah”. Malu dengan jawapan balas Speilberg, Sheinberg membiarkan Zemeckis dan Spielberg menggunakan tajuk asal.

BACA:  5 Drama Korea Yang Anda Boleh Tonton Di Laman Streaming Viu

12. Pretty Women

Tajuk asal: $3000

Tajuk asal Pretty Woman adalah “$3000”, dimana ia adalah nilai yang dicaj oleh pekerja seks Vivian untuk menemani Edward. Bagaimanapun, studio Buena Vista Pictures membuat keputusan untuk menukar tajuk yang kurang tragik dan lebih kepada komedi, menjadikan ia filem rom com klasik yang kita kenali sebagai Pretty Woman. 

11. Alien

Tajuk asal: Star Beast

Penulis filem ini, Dan O’Bannon tidak menyukai tajuk “Star Beast” kerana ia berbunyi seperti tajuk parodi filem Star Wars. Jadi dia menukar tajuk kepada Alien selepas selesai merangka draf skrip filem ini. Tajuk Alien diberi selepas dia meneliti jumlah perkataan Alien yang tertulis pada skrip. Dia dan seorang lagi penulis, Ronald Shusett menyukai tajuk “Alien” kerana ia mempunyai makna berganda memandangkan perkataan “Alien” boleh digunakan sebagai kata nama dan adjektif.

10. Toy Story

Tajuk asal: Made In Taiwan, To Infinity And Beyond, The Cowboy & The Spaceman, The Favorite, Toyz In The Hood, dan The New Toy

Kesemua tajuk tersebut diberi semasa filem Toy Story masih dalam proses pembikinan. Tetapi melihatkan tajuk-tajuk tersebut sangat mengarut dan kelakar, Disney dan Pixar membuat pemilihan tajuk yang paling klasik dan jelas iaitu Toy Story. 

Selepas kejayaan Toy Story, Disney dan Pixar sangat suka dengan tajuk yang mudah seperti Toy Story dan mereka hampir meletakkan tajuk filem animasi A Bug’s Life kepada “A Bug Story”. Mujur tajuk “A Bug Story” tidak diteruskan.

9. Casablanca

Tajuk Asal: Everybody Comes To Rick’s

Tajuk Everybody Comes To Rick’s merupakan rujukan kepada kafe milik Rick, Café Américain, yang banyak memainkan peranan penting dalam perjalanan cerita filem ini. Bagaimanapun, nama tajuk ini ditukar ke Casablanca, sempena nama bandar Casablanca, Maghribi.  Sebabnya? mengambil inspirasi diatas kejayaan filem Algiers yang diterbitkan pada tahun 1938, dimana tajuk filem tersebut turut diambil dari nama sebuah bandar..

8. Hitch

Tajuk Asal: The Last First Kiss

Individu yang bertanggungjawab menukar tajuk filem The Last First Kiss ke Hitch adalah bintang filemnya iaitu Will Smith. Hitch merupakan “working title” filem ini, merujuk barisan dialog dimana Hitch menyuruh Albert meluahkan perasaanya kepada Allerga.

BACA:  Star Wars: The Rise of Skywalker: Pandangan Pertama Sith Trooper Didedahkan

Malah para eksekutif studio juga turut bersetuju untuk menukar tajuk dari The Last First Kiss ke Hitch kerana bimbang filem ini gagal menarik penonton lelaki ke pawagam.

7. 2001: A Space Odyssey

Tajuk Asal: How The Solar System Was WonJourney Beyond The Stars, Planetfall, Universe, dan Tunnel To The Stars.

Selepas berbulan menjalani penggambaran, Stanley Kubrick mendapat inspirasi dari puisi Odyssey yang ditulis oleh Homer – lalu dia membandingkan orang bersendirian di laut dan seorang lelaki di angkasa – dan dia terus membuat keputusan yang memberi tajuk filem arahanya ini sebagai 2001: A Space Odyssey.

6. Scream

Tajuk Asal: Scary Movie

Pada mulanya, tajuk asal filem seram arahan Wes Craven ini adalah Scary Movie, bagaimanapun, ketua syarikat produksi Miramax, Weinstein brothers yang menerbitkan Scary Movie membuat keputusan untuk menukarnya ke tajuk Scream. Idea untuk menukar tajuk ini datangnya dari Harvey Weinstein selepas dia mendengar lagu Michael Jackson berjudul “Scream”

5. Halloween

Tajuk Asal: The Babysitter Murders.

Walaupun The Babysitter Murders menceritakan plot filem Halloween, ia tidak menggambarkan ketakutan dan kegerunan. Pengarah John Carpenter yang turut menulis bersama-sama Debra Hill membuat keputusan untuk menulis cerita ini pada malam Halloween, dan mereka membuat keputusan untuk menukar tajuk ke Halloween.

4. Saturday Night Fever

Tajuk Asal: Tribal Rites of the New Saturday Night

Artikel “Tribal Rites of the New Saturday Night” yang diterbitkan oleh New York Magazine pada 1976 menjadi inspirasi kepada filem Saturday Night Fever. 

Kumpulan Bee Gees, yang bertanggungjawab menulis soundtrack filem ini merasakan agak sukar untuk menulis lagu yang diinspirasikan dari tajuk yang agak kekok seperti “Tribal Rites of the New Saturday Night”. Jadi pasukan produksi membuat keputusan untuk menukarkannya ke tajuk Saturday Night Fever, yang mana ia memberi gambaran lebih jelas tentang tema dan suasan cerita yang mereka ingin sampaikan.

BACA:  Avengers: Infinity War - Asal Usul Planet Vormir Berdasarkan Komik

3. Rocky

Tajuk Asal; The Contender

The Contender pada asalnya adalah “working title” untuk filem tinju lakonan Sylvester Stallon. Walaupun filem ini mengisahkan tentang peninju tempatan, Rocky Balboa yang terpilih sebagai pencabar juara dunia tinju, Apollo Creed, penerbit merasakan tajuk The Contender tidak menaikkan semangat, kesungguhan dan prestasi yang ditunjukan Rocky

2. The Emperor’s New Groove

Tajuk Asal: Kingdom of the Sun

Selepas melabur lebih $30 juta dolar dan hampir menyiapkan siri animasi muzikal, Disney membuat keputusan untuk ‘membuang’ animasi Kingdom of the Sun. Mereka kemudiannya mengambil pelakon baru dan memberi fokus kepada elemen komedi King of the Sun yang kemudiannya menjadi animasi The Emperor’s New Groove

Filem animasi asal dikatakan terlampau banyak plot, cerita romantik dan lagu, jadi pasukan produksi membuat keputusan untuk membuang plot yang ‘tidak menjadi’ dan memberi fokus kepada adegan komedi dari Kingdom of the Sun.

1 Hancock

Tajuk Asal: Tonight, He Comes

Skrip Tonight, He Comes ditulis oleh Vincent Ngo pada tahun 1996. Skrip tersebut mengisahkan tentang superhero yang bermasalah, kaki botol, dan memiliki sifat berlawanan dari Superman. Bagaimanapun, penulisan skrip Ngo terlampau banyak persamaan dengan Superman.

Apabila Will Smith, pengarah Jonathan Mostow dan penulis Vince Gilligan menyertai barisan produksi, filem tersebut berbeza sepenuhnya dan menjadi filem Hancock yang anda tonton sekarang. Dan Will Smith, sekali lagi memainkan peranannya dengan menukar tajuk dari Tonight, He Comes ke Hancock, sempena watak protagonis lakonannya.

Sumber: ScreenRant

Loading...