Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Filem Seram Terbaik Yang Dihasilkan Sejak Tahun 2000

Salah satu genre yang paling diminati oleh kaki-kaki wayang adalah genre “horror”, atau kita panggil dalam bahasa melayu filem seram. Filem seram pertama dihasilkan oleh Georges Méliès pada tahun 1896 yang bertajuk Le Manoir du Diable, dan sejak daripada itu, banyak filem-filem seperti itu mula diterbitkan.

Disini kami ingin kongsikan 15 Filem Seram Terbaik yang dihasilkan sejak tahun 2000.

15. 28 Days Later

Filem Zombi yang dihasilkan oleh produksi British. Berlatarbelakangkan zaman selepas malapetaka Zombi yang melanda negara Jack Union itu. Ya! filem ini agak menakutkan kerana Zombinya agak berbeza dengan zombi-zombi yang pernah dihasilkan oleh produksi barat. Kalau setakat Zombi Kampung Pisang, anda masih boleh “Willy” motorsikal untuk melarikan diri, tetapi Zombi 28 Days Later, kalau tidak pernah berlari, jangan harap anda hendak selamat.

14. Battle Royale

Filem ala Hunger Games, sebenarnya Hunger Games yang meniru filem ini. Dihasilkan pada tahun 2000 mengisahkan kerajaan Jepun yang korup telah memilih pelajar-pelajar untuk dihimpunkan dan dipaksa bermain dalam permainan yang agak kejam. Mereka dikehendaki membunuh sesama sendiri sehinggalah yang terakhir hidup dianggap pemenang. Diharam dikebanyakkan negara kerana mengekploitasi pelajar dan mempromosikan keganasan dikalangan kanak-kanak. Pelik, Hunger Game tidak diban pula.

13. American Psycho

American Psycho mengisahkan seorang banker bernama Patrick Bateman (Lakonan Christian Bale) yang mana kehidupan sehariannya sama seperti manusia biasa sehinggalah dia membuat keputusan untuk membunuh orang lain. Filem ini diadaptasikan dari novel karya Bret Easton Ellis dan dianggap antara filem adaptasi Novel terbaik pernah dihasilkan.

12. The Mist

Stephen King merupakan penulis novel seram terbaik dan banyak filem-filem seram diadaptasikan dari novel karya beliau. Salah satunya The Mist yang diterbitkan pada tahun 2007. Filem ini mengisahkan bencana kabus tiba-tiba melanda sebuah pekan, Kabus berkenaan telah menyebabkan David, Billy dan beberapa pelanggannya terperangkap didalam kedai mereka dimana dikawasan luar yang sedang dilanda kabus, entiti yang menakutkan sedang menganas dan membunuh mereka yang terperangkap didalam kabus berkenaan.

11. Inside

Filem Perancis yang diterbitkan pada tahun 2007 yang penuh dikejaman dan keganasan. Inside mengisakan individu yang tidak dikenali menceroboh kedalam rumah wanita mengandung dan mahukan bayi didalam perut wanita tersebut

10. Rec

Siapa pernah tengok filem found-footage Quarantine? ya, filem tersebut sebenarnya adalah filem remake dari filem dari Sepanyol yang bertajuk Rec yang diterbitkan pada tahun 2007. Sepasang wartawan dan ahli bomba terperangkap dalam sebuah bangunan yang dikuarantin oleh kerajaan kerana berlaku infeksi pada penghuni terbabit. Virus yang menyerang penghuni dalam bangunan terbabit akan menukar mereka menjadi zombi yang sangat menakutkan.

9. Lady Vengeance

Peminat filem Korea pasti tahu filem seram terbaik Korea ini. Filem bergenre crime-thriller-horror ini mengisahkan narative Lee Geum-ja yang dipenjarakan sebab menculik dan membunuh kanak-kanak lelaki. Filem terbaik pengarah  Park Chan-wook.

8. Saw

Antara filem gore terbaik yang pernah dihasilkan. Bayangkan anda diperangkap dalam sebuah bilik dan diberi pilihan samada membunuh ataupun dibunuh. Dari 6 sekuel filem Saw, filem pertama adalah filem terbaik franchise terbabit.

7. Dawn of the Dead

Remake dari filem Dawn of the Dead yang diterbitkan pada tahun 1978. Filem arahan Zack Snyder ini mengisahkan sekumpulan survivor yang bertahan disebuah pasaraya yang dikelilingi oleh zombi-zombi yang menakutkan.

6. The Ring

Filem adaptasi dari filem seram Jepun bertajuk Ringgu yang diterbitkan pada tahun 1998. Filem Ring ini membawa kisah yang lebih mendalam dari filem asal dan hasil kerja Gore Verbinski ini diangkat filem seram terbaik kerana mood, sound score dan muziknya yang sangat memberi kesan kepada penonton.

5. Let The Right One In

Filem romantik-seram ini dihasilkan oleh produksi Sweden pada tahun 2008. Ia bukan sahaja memaparkan element-element romantik, tetapi turut menunjukkan moment-moment menakukan kepada penonton. Ia mengisahkan seorang budak lelaki yang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang merupakan vampire. Filem ini turut diadaptasikan dalam versi Hollywood dan diarahkan oleh Matt Reeves

4. The Descent

Filem Seram British yang diterbitkan pada tahun 2005 ini mengisahkan 6 wanita yang terjumpa humanoids yang sangat menakutkan didalam sebuah gua yang tidak pernah dimasuki oleh manusia. Filem ini tidak sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan ruang yang sempit nak menyesakkan.

3. Insidious

Filem seram yang agak seram yang dihasilkan oleh James Wan. Walaupun filem ini perlahan, tetapi element surprise sangat mengejutkan. Bukan itu sahaja, mood, sound score filem ini menjadikan ia antara filem seram terbaik yang dihasilkan sejak tahun 2000.

2. Martyrs

Filem seram yang diterbitkan pada tahun 2008 ini mengundang pelbagai kontroversi kerana aksi ganasnya terutamanya penderaan terhadap kanak-kanak. Filem ini mengisahkan sebuah kumpulan rahsia yang menjadikan beberapa gadis dalam ujikaji mereka untuk menghasilkan individu yang mereka gelarkan sebagai “martyrs”. Cara yang mereka lakukan sangat kejam, iaitu dengan mendera dengan teruk sehinggakan subjek mereka mengalami halusinasi yang teruk sehingga mereka tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh subjek tersebut.

1 The House of the Evil

Menggunakan konsep “satanic panic” tahun 80an, filem yang menggabungkan genre Slasher dan rumah hantu ini mengisahkan Samantha yang merupakan babysitter yang diupah untuk menjaga bayi. Setibanya disana, dia mendapati bukan bayi yang dijaganya, sebaliknya seorang wanita tua. Dia terpaksa adegan-adegan menakutkan demi menyelamatkan dirinya. Filem ini dihasilkan seolah-olah anda sedang menonton filem yang dibuat pada tahun 70-80an.

Sumber: Screenrant.com

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment