Trivia

15 Filem Post-Apocalyptic Yang Tidak Harus Anda Lepaskan (Bahagian: #1)

Views

Post-apocalyptic merupakan genre filem dimana menceritakan kondisi peradaban manusia yang musnah dan di ambang kepupusan. Puncanya disebabkan bencana alam, perang nuklear, wabak virus yang membawa maut, wabak zombie atau serangan makhluk asing dan kanibal.

Post-apocalyptic, atau diterjemahkan sebagai pasca-kiamat, adalah suatu keadaan kehidupan kaum manusia setelah terjadinya bencana besar secara global atau kiamat. Istilah ini memang hanyalah fiksyen yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan, kerana pada hakikatnya, setelah kiamat tidak akan ada kehidupan kaum manusia lagi di muka bumi. Wallahualam.

1. Mad Max Fury Road (2015)

IMDB : 8.1/10

Francais Mad Max sebelum filem ini
Mad Max (1979) - IMDB : 7/10
Mad Max 2 (1981) - IMDB : 7.6/10
Mad Max Beyond Thunderdome - IMDB : 6.3/10

Filem yang merupakan sebahagian dari francais Mad Max ini, Tom Hardy berperanan sebagai Max yang sebelumnya dilakonkan oleh Mel Gibson. Mengambil lokasi di Australia, dimana saat itu minyak dan air adalah sesuatu yang sangat penting yang direbutkan oleh pelbagai kumpulan.

2. Snowpiercer (2013)

IMDB : 7/10

Snowpiercer merupakan filem produksi kerjasama Korea Selatan dan Czech Republic arahan pengarah Korea, Bong Joon-ho. Merupakan adaptasi dari komik berjudul Le Transperceneige karya Jaques Lob. Belatarkan saat pemanasan global dan dilitupi ais dan menewaskan hampir seluruh kaum manusia. Manusia yang tinggal diangkut oleh kereta api raksasa bernama Snowpiercer. Para penumpang dibahagi menjadi dua golongan, iaitu golongan elit berada di gerabak hadapan, sedangkan golongan bawahan menghuni gerabak belakang. Penghuni golongan bawah hidup sengsara ditindas oleh golongan elit yang dilengkapi oleh tentera bersenjata lengkap dipimpin oleh Minister Mason. Muak dengan perlakuan golongan elit, Curtis Everett, seorang anggota golongan bawaham memutuskan memimpin pemberontakan untuk merebut gerabak hadapan Snowpiercer

3. 12 Monkeys (1995)

IMDB : 8/10

Mengisahkan bahawa di masa hadapan populasi manusia yang berjumlah 1%, tidak hidup di atas permukaan bumi lagi. Manusia hidup di bawah tanah, kerana di permukaan bumi sudah dikuasai oleh virus maut yang memusnahkan 5 juta penduduk bumi. Yang menguasai permukaan bumi hanyalah binatang. Untuk mengembalikan kehidupan manusia ke daratan, maka pihak kerajaan menghantar James Cole (Bruce Willis) seorang banduan pergi ke masa lalu iaitu tahun 1996 untuk mencari informasi dan punca penyebaran (dan menghentikannya) virus tersebut.

Namun bukannya menuju ke tahun 1996 malah James tersasar ke tahun 1990. Disana James mengatakan bahawa pada tahun 1996 akan ada organisasi bernama Twelve Monkeys yang akan menyebarkan virus maut, namun James dianggap gila dan akhirnya dimasukkan kedalam sebuah hospital sakit jiwa. Disana dia bertemu dengan seorang psikiatri bernama Kathryn Railly (Madeleine Stowe) dan seorang pedakit lain bernama Jeffrey (Brad Pitt) yang akan membantunya dalam pencariannya.

4. Doomsday (2008)

IMDB : 6/10

Mengisahkan tentang virus berbahaya yang menyerang Scotland. Virus tersebut bernama reaper yang sama sekali tidak diketahui asal-usulnya. Karena penularan virus tersebut menyerang para penduduk yang tinggal di Scotland. Para penduduk yang terserang virus tersebut mengalami sakit yang teruk dan hampir mati kerana tidak ada penawar.

Beberapa tahun telah berlalu dan dianggap virus itu telah hilang. Namun adanya beberapa orang yang selamat di kawasan yang dikuarantin. Ini menandakan bahawa ada penawar, selain juga menganggap ada virus yang masih tersebar.

Untuk mencari penawar, sekumpulan orang ditugaskan dengan misi bahaya memasuki daerah kuarantin untuk mencari penawarnya. Tanpa disangka, terdapat 2 komuniti yang selamat didaerah kuarantin itu. Mereka adalah para cannibal dan orang-orang dibawah pimpinan seorang doktor. Yang menjadi masalah adalah bahawa kedua kumpulan ini sama-sama berbahaya.

5. Book Of Eli (2010)

IMDB : 6.9/10

Selepas terjadinya sebuah perang besar (post-apocalyptic war), dunia musnah hingga menghancurkan peradaban. Perompakan dan kejahatan terjadi di mana-mana. Tidak ada hukuman, dan sebahagian besar dunia menjadi tandus. Peradaban manusia kembali ke titik noktah, hingga proses jual-beli pun melalui cara barter.

Film yang berlatarkan tahun 2043 ini kemudian mengisahkan seorang pengembara bernama Eli (Denzel Washington), yang telah berjalan selama 30 tahun menuju kw arah barat. Eli “ditugaskan” untuk menjaga dan menghantarkan sebuah kitab penting yang dipercaya mampu menyelamatkan peradaban.

6. Waterworld (1995)

IMDB : 6.1/10

Ais di Kutub Utara dan Selatan mencair akibat pemanasan global. Filem ini memaparkan keadaan bumi setelah ais mencair dimana permukaan laut naik menjadi 25 ribu kaki membuatkan banyak daratan tenggelam sehingga majoriti kaum manusia yang ada hidup di bandar-bandar buatan yang dibangunkam dari kayu-kayu.

Karakter utamanya adalah manusia mutan yang memiliki insang di telinganya dan digelar The Mariner.

7. Children of Men (2006)

IMDB : 7.9/10

Di tahun 2027, manusia tidak boleh melahirkan anak lagi. Tahap kesuburan manusia telah hilang sejak 2 dekad yang lalu yang membuatkan kaum manusia berada di ambang kepupusan. Tiba-tiba seorang wanita disahkan hamil dan mengandung bayi yang sihat. Kemudian banyak pihak dengan kepentingan berbeza ingin memiliki bayi yang dikandung itu.

Seseorang ditugaskam melindungi ibu dan kandungannya itu supaya jatuh ke pihak yang memang memiliki niat baik untuk meneruskan kelangsungan kaum manusia.

8. World War Z (2013)

IMDB: 7/10

Dunia dilanda wabak yang dari penyakit rabies, Gerry Lane (Brad Pitt) seorang bekas perkerja PBB dan keluarganya dalam kesesakan lalu lintas ketika terdengar laporan dari radio bahawa terjadi wabak ini yang menular di seluruh dunia. Mangsa yang dijangkiti menjadi brutal, menyerang dan menggigit manusia sekitarnya dengan membabi buta. Gerry dan keluarganya berjaya lari dan berlindung di sebuah pangsapuri sambil menunggu diselamatkan oleh helikopter yang dihantar bekas rakan sekerja Gerry di PBB, Thierry. Keluarganya berjaya diangkut ke kapal milik Angkatan Laut Amerika Syarikat di pantai New York City. Di sana, penyelidik dan pihak kenteraan sedang menyelidik penyebaran wabak tersebut di seluruh dunia.

9. I Am Legend (2007)

IMDB : 7.2/10

Will Smith memegang watak sebagai Robert Neville yang kebal dan salah seorang dari manusia yang selamat dari virus yang berpunca dari ubat penyembuh kanser. Dalam perjalanannya yang hanya ditemani seekor anjing betina yang bernama Samantha, dia berusaha untuk membuat penawar untuk manusia yang berubah menjadi zombie yang sensitif terhadap sinaran matahari.

10. The Road (2009)

IMDB : 7.3/10

Filem berdasarkan dari novel karya Cormack McCarthy ini menceritakan pengembaraan ayah dan anak lelakinya untuk selamat di dunia yang telah hancur. Tidak dijelaskan apakah penyebabnya sama ada perperangan, wabak penyakit, atau apa, yang jelas situasi yang mereka hadapi benar-benar tidak memungkinkan mereka bertahan hidup. Menghadapi suhu yang semakin dingin, mereka melakukan perjalanan ke area selatan Amerika sambil berharap mendalat makanan dan suhu yang lebih hangat.

11. Turbo Kid (2015)

IMDB : 6.7/10

Berlatarkan pada tahun 1997, mengikuti seorang remaja yatim piatu yang meneruskan pengembaraan untuk menyelamatkan sahabatnya yang merupakan robot perempuan dari tangan seorang tentera jahat yang mengawal satu-satunya bekalan air.

12. Escape From New York (1981)

IMDB: 7.2/10

Berlatarkan tahun 1997, dan mengikuti kisah dari seorang bekas tentara, Snake Plissken (Kurt Russell) yang dipaksa untuk menyelamatkan Presiden Amerika Syarikat (Donald Pleasence), yang mana telah ditawan oleh para banduan setelah mengalami nahas pesawat Air Force One di New York.

13. The Colony (2013)

IMDB : 5.3/10

The Colony merupakan filem Canada. Berlatarkan tahun 2045 dimana manusia berusaha mengawal iklim dengan menciptakan sebuah mesin kawalan. Tetapi mesin tersebut mengalami kerosakan yang menciptakan hujan salji tanpa henti yang nyaris memusnahkan peradaban. Demi menghindari kedinginan yang melampau, para manusia yang hidup di bunker-bunker yang disebut koloni. Suatu hari koloni 7 menerima signal permintaan tolong dari koloni 5 sehingga dihantat Briggs, Sam dan Graydon untuk memeriksa. Ternyata koloni 5 telah hancur dan hanya tinggal penghuninya bernama Leland. Koloni 5 menerima signal pesan dari kumpulan lain tetapi singnal tersebut malah mengarah ke sebuah kumpulan manusia kanibal.

14. 28 Days Later

IMDB : 7.6/10

Filem ini menggambarkan suasana London yang porak-poranda akibat serangan zombie. Manusia berubah menjadi zombie akibat virus yang disebarkan melalui darah. Jim (Cillian Murphy), yang terbangun di hospital setelah koma beberapa hari, menemui keadaan hospital sepi tanpa ada penghuni lain, menyedari bahawa dia adalah salah seorang yang selamat. Jim bersama Selena (Naomie Harris) yang menyelamatkannya dari dikejar sekumpulan zombie kemudian menjelajahi bandar London untuk mencari bantuan bersama manusia-manusia yang terselamat lain.

15. Time Of The Wolf (2003)

IMDB : 6.6/10

Filem Perancis ini mengisahkan bencana jenis tertentu yang telah berlaku, di mana manusia hanya mengetahui bahawa air yang tidak tercemar tidak mencukupi, dan ternakan perlu dibakar. Setelah melarikan diri dari Paris, keluarga Laurent tiba di penempatannya, dengan harapan dapat mencari perlindungan dan keamanan, dan hanya mengetahui bahawa rumahnya telah diduduki oleh orang yang tidak dikenali.

Keluarga itu diserang oleh orang yang tidak dikenali dan dipaksa keluar, tanpa bekalan atau pengangkutan. Apabila mereka mencari bantuan daripada orang yang mereka kenali di penempatannya, mereka tidak mahu membantu. Keluarga itu pergi ke stesen kereta api di mana mereka menunggu dengan mangsa yang lain, dengan harapan kereta api akan berhenti untuk mereka dan membawa mereka kembali ke bandar.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks