Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Filem Korea 2019 Paling Laris Sehingga 31 Ogos


Sehingga penghujung Ogos 2019, sebanyak 38 buah filem Korea telah dihasilkan dan ditayangkan kepada umum, dan dijangkakan terdapat 4 buah filem lagi yang bakal menemui penonton bulan September nanti.

Mesti ramai peminat-peminat filem Korea tertanya-tanya, filem manakah yang menguasai carta kutipan filem paling laris tahun ini. Jadi kami di Kakimuvee ini berkongsikan kepada anda, senarai 15 buah filem terlaris Korea tahun 2019 setakat ini (jumlah kutipan di Korea sahaja).

Berikut adalah kedudukan dari nombor 15 ke tangga pertama.

15. Long Live The King

Kutipan : RM 32.9 juta

Jang Se-Chool (Kim Rae Won) adalah ketua gangster. Dia menyukai Kang So-Hyun (Won Jin Ah) selama 3 tahun yang lalu, walaupun Kang So-Hyun banyak kali menolaknya. Suatu hari, untuk membuat Jang Se-Chool putus asa, Kang So-Hyun memberitahunya bahawa dia mahu menjadi “First Lady”. Jang Se-Chool keliru dengan kenyataan tersebut.

Sementara itu, rakan Jang Se-Chool, Jung Choon-Taek adalah seorang banduan yang menunggu hukuman mati. Rakannya memberitahunya bahawa tarikh hukumannya telah ditetapkan. Tiada siapa yang dapat menyelamatkannya kecuali, Presiden Korea Selatan. Untuk berkahwin dengan Kang So-Hyun dan menyelamatkan rakannya, Jang Se-Chool memutuskan untuk menjadi presiden.


14. Birthday

Kutipan : RM 34.9 juta

Berdasarkan peristiwa sebenar di Korea, mengisahkan ibu bapa yang kehilangan anaknya dalam tragedi kemalangan feri Sewol pada tahun 2014 yang mengorbankan sejumlah 300 orang pelajar sekolah menengah.

13. My Special Brother/Inseparable Bros

Kutipan : RM 43.9 juta

Mengisahkan Se-Ha (Shin Ha-Kyun) dan Dong-Goo (Lee Kwang-Soo) yang tiada kaitan antara satu sama lain, tetapi hubungan mereka seperti adik beradik kandung selama 20 tahun. Se-Ha bijak, tetapi dia kecacatan fizikal. Dong-Goo tidak terlalu bijak, tetapi kondisi fizikalnya bagus

12. The Divine Fury

Kutipan : RM 44.8 juta

Filem ini dibintangi Park Seo Joon sebagai Yong Hoo, seorang atlet MMA yang bekerjasama dengan Paderi Ahn, seorang exorcist dari Vatican (Ahn Sung Ki). Bersama-sama, kedua-dua lelaki itu memulakan perjuangan berbahaya terhadap kuasa jahat mistik yang menimbulkan kekacauan di dunia manusia. Woo Do Hwan membawa watak Ji Shin, seorang karakter misteri dengan kebolehan luarbiasa dapat melihat kelemahan orang lain dan menggunakannya untuk mengambil kesempatan.

11. Miss & Mrs Cop

Kutipan : RM 50.3 juta

Filem ini mengisahkan dua pegawai polis yang merupakan ipar dan sering bertikam lidah antara satu sama lain. Mereka terlibat dalam kes yang berkaitan dengan spy cam lucah

10. Hit-and-Run Squad

Kutipan : RM 56.8 juta

Eun Shi Yeon adalah pegawai polis dan dia dihantar ke pasukan yang menyiasat kes langgar lari di sebuah balai polis dari unit penyiasatan serantau di Agensi Polis Negara dan akan bekerja bersama Seo Min Jae. Kedua-duanya akan bekerjasama untuk mengejar Jung Jae Chul, bekas pelumba Formula One yang kini melakukan jenayah dengan kegilaannya untuk kelajuan dan kereta

9. The Dude In Me

Kutipan : RM 61.4 juta

Dong-Hyun (Jin Young) adalah pelajar sekolah menengah. Pada suatu hari, dia jatuh dari atas bumbung dan jatuh ke atas Pan-Soo (Park Sung-Woong) yang lalu di situ. Pan-Soo adalah ahli kongsi gelap. Apabila kedua-dua lelaki itu tersedar di hospital, mereka mendapati bahawa mereka telah tertukar badan.

8. Innocent Witness

Kutipan : RM 72.5 juta

Peguam bela, Soon Ho (Jung Woo Sung) sedang dipersiapkan untuk kenaikan pangkat sebagai rakan kongsi di firma guaman tempat dia bekerja dan diminta untuk mengambil kes ketuanya tentang kes seorang pembantu rumah, Mi Ran (Yum Hye Ran), yang dituduh membunuh majikannya yang tua, yang mana pembantu rumah itu memberi kenyataan bahawa majikannya membunuh diri sendiri kerana kemurungan.

Satu-satunya saksi kes tersebut adalah Ji Woo (Kim Hyang Gi), seorang pelajar perempuan yang menghidapi autisma. Walau bagaimanapun, tugas Soon Ho mendekati Ji Woo, agak sukar kerana Ji Woo tidak mahu bekerjasama. Tetapi Soon Ho tidak menyerah kalah, dia terus berusaha, sedikit demi sedikit, dan lama kelamaan Ji Woo akhirnya memberi ruang kepada Soon Ho.

Walaupun kedua-duanya sudah menjadi rapat, mereka harus berhadapan di antara satu sama lain di mahkamah, sebagai peguam dan saksi. Dapatkah Ji Woo membela anak guamnya dengan kenyataan-kenyataan yang solid dan konkrit sama ada anak guamnya di jalan yang benar atau sebaliknya? Manakala Ji Woo sebagai saksi yang mana kondisinya sebagai golongan kelainan upaya dapatkah memberi kenyataan yang dapat mempengaruhi keputusan untuk jatuhkan hukuman/kebebasan kepada anak guam Soon Ho?

7. Svaha The Sixth Finger

Kutipan : RM 74.2 juta

Pastor Park (Lee Jung-Jae) bekerja untuk mendedahkan kumpulan ajaran sesat yang mencurigakan. Dia diupah untuk menyiasat kumpulan Deer Mount. Sementara itu, Kapten Polis Hwang (Jung Jin-Young) menyiasat satu kes pembunuhan dan pembunuhan itu berkaitan dengan salah seorang ahli kumpulan ajaran sesat Deer Mount.

6. Mal-Mo-E The Secret Mission

Kutipan : RM 88.9 juta

Berlatarkan pada tahun 1940 ketika Korea berada di bawah pemerintahan Jepun. Orang Korea dilarang bercakap bahasa mereka sendiri pada masa itu.

Pan-Soo (Yu Hae-Jin) telah dipenjarakan beberapa kali. Dia tidak tahu bagaimana membaca atau menulis bahasa Korea. Pada suatu hari, dia mencuri beg Jung-Hwan (Yoon Kye-Sang) untuk membantu membayar yuran tuisyen anaknya. Jung-Hwan adalah anak kepada keluarga Korea yang pro-Jepun. Namun, Jung-Hwan adalah wakil Persatuan Bahasa Korea. Dengan bertemu Jung-Hwan, kehidupan Pan-Soo kemudian berubah. Mereka bekerjasama untuk menerbitkan kamus bahasa Korea.

5. The Gangster, The Cop, The Devil

Kutipan : RM 104.6 juta

Jang Dong Soo (Ma Dong Seok) adalah ketua geng kongsi gelap. Pada suatu malam ketika hujan, Jang Dong Soo tiba-tiba menjadi sasaran pembunuh bersiri Kang Kyung Ho/K (Kim Sung Kyu). Selepas melawan semula pembunuh bersiri tersebut, Jang Dong Soo mengalami kecederaan yang agak parah tetapi kecederaan itu tidak membuatnya mati dan dia satu-satunya mangsa pembunuh bersiri itu yang terselamat. Tetapi reputasinya sebagai ketua kongsi gelap tercemar dan dia ingin mengembalikan imejnya semula dengan menjejaki pembunuh bersiri tersebut dan membalas dendam.

Detektif Jung Tae Seok (Kim Moo Yul) membenci ahli kongsi gelap, tetapi dia bekerjasama dengan Jang Dong Soo untuk menangkap pembunuh bersiri Kang Kyung Ho/K.

4. The Battle : Roar To Victory

Kutipan : RM 133.8 juta

Sepanjang tempoh 4 hari, pertempuran sengit berlaku antara tentera kemerdekaan Korea dan tentera Jepun di Manchuria, China. Pihak tentera Korea termasuk Hwang Hae-Cheol (Yu Hae-Jin), iaitu pakar menggunakan senjata tajam, dan Lee Jang-Ha (Ryoo Joon-Yeol), yang merupakan pakar menembak tepat.

3. EXIT

Kutipan : RM 245.4 juta

Walaupun dirinya merupakan seorang jaguh sukan rock climbing semasa zaman kolejnya, nasib tidak menyebelahi Yong Nam. Dengan tiada harapan untuk masa depan, dan menjadi seorang penganggur dia terpaksa bergantung kepada kedua ibu bapanya kerana sering gagal mendapat kerja dan pasangan selepas tamat belajar.

Suatu hari, dia bertemu dengan Eui Joo, gadis yang pernah disukainya, ketika mengadakan majlis sambutan hari lahir ibunya yang ke-70. Tiba-tiba sebuah malapetaka berlaku, bandar Seoul diliputi oleh gas putih misteri yang mengandungi toksik. Menggunakan kepakarannya dalam rock climbing, Yong-nam perlu menyelamatkan dirinya dan Eui Joo.

2. Parasite

Kutipan : RM 299.1 juta

Bertemakan dark-comedy, Parasite mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak berkerja (lakonan Song Kang Ho) yang terlibat dengan kehidupan keluarga kaya selepas anak sulungnya (lakonan Choi Woo Shik) mula menjadi pengajar kepada anak perempuan keluarga kaya tersebut.

1. Extreme Job

Kutipan : RM 499.8 juta

Filem ini mengisahkan Skuad jenayah narkotik terdiri daripada 5 orang detektif: Ketua detektif Go (Ryoo Seung-Ryong), Detektif Jang (Lee Ha-Nee), Detektif Ma (Jin Seon-Kyu), Detektif Young- Ho (Lee Dong-Hwi) dan Detektif Jae-Hoon (Gong Myung). Pasukan ini cuba untuk menumpaskan organisasi jenayah dan mereka harus menyamar untuk melakukannya.

Para Detektif ini kemudian membuat penyamaran bekerja sebagai pekerja di restoran ayam goreng, tetapi tidak semena-mena restoran ayam goreng itu menjadi terkenal dengan ayam yang lazat. Disebabkan populariti restoran yang tidak dijangka, detektif-detektif ini mendapati diri mereka dalam keadaan yang tidak pernah mereka impikan.


Related posts

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee