Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Filem Berbudget Kecil Tetapi Berjaya Mengaut Jutaan Dollar

Di Hollywood, kebiasannya kita dengar sesebuah filem yang dihasilkan akan memakan belanja puluhan sehinggalah jutaan Dollar. Ia bukan sahaja melibatkan kos membayar gaji-gaji krew dan juga bayaran kepada pelakon. Ia turut meluputi bayaran kos penggunaan peralatan, kesan khas, promosi dan lain-lain lagi.

Semakin tinggi nilai modal filem berkenaan, semakin hebatlah sesebuah filem tersebut. Tetapi modal berjuta belum tentu memberikan pulangan yang setimpal mahupun keuntungan berlipat kali ganda.Ā Terdapat juga filem yang mengeluarkan modal yang kecil, tetapi disebabkan kehebatan filem itu, ia mampu mengaut jutaan Dollar, malah lagi untung dari filem-filem yang bermodal besar.

Disini kami kongsikan 15 filem berbudget kecil tetapi berjaya mengutip jutaan dollar.

15. The Evil Dead 1981

Modal – USD350,000

Filem seram terkenal ini hanya menggunakan modal sebanyak USD350 ribu sahaja, tetapi ia mampu menampilkan elemen seram, suspens dan darah yang cukup menakutkan. Filem ini menjadi terkenal diseluruh dunia dan ianya tetap masih diminati. Berjaya mengutip USD2.6 juta dan filem ini turut dihasilkan semula pada tahun 2013

14. El Mariachi (1992)

Modal – USD7000

Filem El Mariachi ini mengisahkan sekumpulan pembunuh upahan yang tersilap identiti memburu sasaran mereka apa seorang pemuzik yang tidak bersalah telah menjadi buruan kumpulan terbabit. Tahukah anda, pengarah filem iniĀ Robert Rodriguez sanggup menjadi bahan experiment untuk perubatan dan juga meminta bantuan kewangan dari rakannya dan juga aktor filem iniĀ Carlos Gallardo untuk mengumpul dana sebanyak USD 7000 bagi menghasilkan filem ini. Filem ini juga dirakam secara senyap sebelum mereka melakukan dubbing pada post processing bagi mengelakkan kos audio dan juga menggunakan kondom yang berisi cat merah bagi memperlihatkan kes tembakan dan darah.

Filem ini sukses dengan mendapat kutipan sebanyak USD 2 juta dan mendorong Robert Rodriguez untuk menghasilkan dua filem yang mungkin anda kenal, iaituĀ Desperado (1995) danĀ Once Upon a Time in Mexico (2003)

13. Clerks (1994)

Modal – USD27, 575

Pengarah filem ini sanggup mengambil risiko dengan mengambil pinjaman kredit kad dan menjual koleksi komik eksklusif beliau semata-mata mahu menghasilkan filem ini, dan pertaruhannya berjaya apabila filem Clerks berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD3.2 juta.

Ianya bukanlah filem aksi, sebaliknya sebuah filem komedi, filem ini sukses kerana skripnya dan karakter filem ini yang sangat menarik.

12. Monty Python and The Holy Grail (1975)

Modal – USD400,000

Filem komedi British ini adalah Filem Berbudget kecil yang telah menjadi hit di US dan juga negara mereka sendiri, Britain apabila telah mendapat kutipan sebanyak USD 5 juta. Tahukah anda Monty Python memberi pengaruh yang sangat besar dalam genre sketch comedy antarabangsa.

11. Eraserhead (1977)

Modal – USD 10,000

Salah satu contoh filem dimana pengarah amatur bersusah payah mengumpul modal untuk menghasilkan filem mereka. David Lynch, pengarah filem ini mengambil masa 5 tahun untuk menghasilkan filemnya disebabkan kekangan budget dan penantiannyan berbaloi apabila filemnya sukses apabila berjaya mengutip sebanyak USD 7juta. PengarahĀ Stanley Kubrick akui, filem ini banyak memberi inspirasi kepadanya.

10. Enter The Dragon (1973)

Modal – USD 850,000

Siapa yang tidak pernah menonton filem ini dia peminat Fattah (Isikan tempat kosong). Bruce Lee dilabelkan antara aktor martial art paling popular, tetapi sebelum filemnya memasuki pasaran Amerika, ramai penonton tidak tahu siapakah dia Bruce Lee walaupun di terkenal di Hong Kong sehinggalah filemĀ Enter The DragonĀ memasukki pasaran US dan bom! disana. Filem ini berjaya mengaut USD22juta, tetapi sayangnya, Bruce Lee Meninggal dunia disebabkan allergic terhadap painkiller sebelum filemĀ Enter The DragonĀ ditayangkan di US.

9. Super Size Me (2004)

Modal – USD65,000

Filem dokumentari ini sangat simple, ia menceritakan apa yang akan terjadi pada diri anda sekiranya anda makan di McDonalds setiap hari selama sebulan. Dari bermodalkan USD 65,000, filem ini mendapat kutipan besar iaitu sebanyak USD22.2 juta. Hmm.. terus terpikir nak buat filem dokumentari pasal pakai produk Qu Puteh setiap hari selama sebulan.

8. Open Water (2003)

Modal – USD500,000

Hanya satu lokasi pengambaran, dua pelakon dan juga menggunakan jerung sebenar sebagai co-star dari menggunakan teknik CGI, mereka berjaya mengutip kutipan bersih sebanyak USD55 juta dan jerung berkenaan hidup mewah sehingga kini.

7. Napoleon Dynamite (2004)

Modal – USD400,000

Asalnya filem Napoleon Dynamite ini asalnya adalah sebuah filem Indie, tetapi filem ini tiba-tiba dipilih oleh pihak distributor untuk diedarkan secara meluas serta faktor sebaran dari mulut ke mulut mengenai filem ini telah berjaya membuatkan filem ini mengutip USD46.1 juta.

6. Halloween (1978)

Modal – USD300,000

sebelum filem slasher terkenalĀ Friday the 13th danĀ Nightmare on Elm St. terdapat sebuah filem slasher yang patut anda tahu, iaitu filemĀ HalloweenĀ  yang diterbitkan pada 1978. Salah satu cara mereka menjimatkan kos produksi mereka adalah dengan membeli topeng Captain Kirt yang berharga $1.98 dollar dan mengecatnya dengan warna putih dari mengupah kreatif team untuk hasilkan topeng penjahat. Filem ini berjaya mengaut USD70 juta dollar dan menjadi filem slasher pertama yang berjaya mengutip kutipan besar dalam pasaran mainstream filem.

5. American Graffiti (1973)

Modal – USD 777,000

Filem American Gaffiti adalah filem arahan George Lucas. Filem ini berjaya mengaut USD140 juta dan keuntungan tersebut dijadikan modal oleh George Lucas untuk hasilkan filem impiannya,Ā Star Wars.Ā Filem ini juga dibintangi oleh Harrison Ford sebelum Lucas mengambilnya berlakon dalam flemĀ Star WarsĀ sebagai Han Solo. Hmm.. tanpa American Graffiti mungkin kita tidak berpeluang menonton filem Star Wars.

4. Rocky (1976)

Modal – USD1.1 Juta

Pada asalnya, United Artists yang membiayai filem ini mahukan pelakon lain yang membintangi filemĀ Rocky – Marlon BrandoĀ antara yang tercalon. Stallone menyakinkan United Artists yanng dia mahukan watak utama dan yakin filem ini sukses, sebaliknya studio berkenaan meyakini Stallone, walaupun membenarkan Stallone berlakon sebagai Rocky, mereka memotong budget filem ini. United Artist pada masa itu turut mempunyai sebuah filem berbudget besar pada masa itu, iaitu filem New York. Filem berkenaan digunakan sebagai kantung untuk “cover up” kerugian yang mungkin berlaku terhadap filem Rocky, tetapi sebaliknya terjadi, Rocky berjaya mengaut USD 225 juta tetapi filem New York telah flop.

3. Mad Max (1979)

Modal – USD 350000

Filem Mad Max arahan George Miller telah diangkat antara filem terbaik pada tahun 2015 dan turut memenangi beberapa anugerah Academy. Ā Tetapi kejayaan harini bermula pada tahun 1979 dari filem Mad Max pertama dihasilkan oleh pengarah berkenaan di Australia. Bagi menjimatkan kos, Miller bukan sahaja menghasilkan filem ditempat tinggalnya di Australia, malah turut mengambil pelakon baru yang tidak siapa pun mengenalinya sebagai watak utama. Pelakon yang dimaksudkan ialah Mel Gibson dan Gibson membawa watak Mad Max.

2. The Blair Witch Project (1999)

Modal – USD60,000

Filem found footage ini menjalankan promosi yang agak radikal supaya filem mereka laku. Caranya dengan memberitahu insiden yang berlaku pada para pelakon dalam filem ini adalah benar belaka. Mereka mewujudkan laporan akhbar, poster kehilangan mereka dan juga laman web bagi memberitahu kehilangan mereka benar-benar tejadi.

Hasilnya, hampir keseluruhan yang menonton filem ini yakin ianya benar dan hasilnya, mereka berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD 248.6 juta

1 Paranormal Activity (2007)

Modal – USD11000

Filem paling mudah, paling sikit kos pembikinan berbanding filem diatas. Hanya menggunakan kamera CCTV dan aktiviti yang sama berulangkali untuk menjadikan sebuah cerita berdurasi 90 minit. Bagaimana ianya popular? melalui marketing, bermula dari tayangan di institut pengajian tinggi dan kawasan-kawasan bandar kecil ia mulanya tersebar dengan meluas apabila mereka yang telah menonton filem ini menyebarkan kepada rakan-rakan mereka. Hasilnya Filem berbudget kecil ini berjaya mengaut sebanyak USD193.4 juta dan 5 sekuel filem ini berjaya dihasilkan.

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

1 comment

Ohsem21 June 4, 2017 at 6:54 am

Baekk..tengok pengarah jugak la kan.sbb tu movie meletop2

Reply

Leave a Comment