Trivia

15 Filem Adaptasi Karya Stephen King Yang Menarik Untuk Ditonton

Views

Stephen King atau juga dikenali sebagai Stephen Edward King adalah novelist terkenal yang sering hasilkan novel-novel berunsur seram, fiksyen supernatural, suspen, sains fiksyen, dan juga fantasi. kebanyakkan karyanya sering kali seringkali diangkat ke layar perak dan skrin kecil.

Antara adaptasi karyanya yang terkenal adalah seperti The Shawshank Redemption, IT, The Green Mile, The Mist dan lain-lain lagi. Jadi kepada yang gemarkan filem-filem yang bertemakan seram, fantasi, sains fiksyen atau supernatural, kami disini kongsikan 15 filem adaptasi karya Stephen King yang menarik dan harus anda tonton.

15. 1408 (2007)

Filem lakonan John Cusack dan Samuel L. Jackson ini diadaptasikan dari cerita pendek berjudul sama. Ia mengisahkan tentang seorang penulis buku yang berkeras mahu tinggal disebuah bilik hotel yang berhantu walaupun dilarang berkali-kali oleh pengurus hotel. Sebagai sebuah filem psikologi seram, 1408 memaparkan jalan cerita yang penuh ‘psiko’ dan menakutkan.

14. Salem’s Lot (1979)

Salem’s Lot merupakan minisiri yang mengandungi dua episod. Dihasilkan pada tahun 1979, ia mengisahkan tentang seorang penulis yang pulang ke kampung halamannya dan mendapati penduduk ditempatnya itu telah berubah menjadi ‘vampires’. Siri seram ini akan dihasilkan ‘remake’ dan penerbit serta pengarah filem terkenal James Wan dilaporkan terlibat dalam projek filem ‘remake’ Salem’s Lot. 

13. Firestarter (1984)

Filem sains fiksyen seram ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki abiliti pyrokinesis (mengeluarkan api) dan menjadi buruan agensi rahsia kerajaan yang digelar The Shop. Agensi tersebut mempunyai niat jahat untuk mengawalnya. Seperti Salem’s Lot, sebuah filem ‘remake’ Firestarter juga sedang dirancang oleh Universal Studios dan Blumhouse.

12. 1922 (2017)

1922 merupakan filem seram drama yang telah ditayangkan di Netflix pada tahun lalu. Berlatarbelakangkan zaman 1922, ia mengisahkan seorang peladang yang berkonspirasi dengan anak lelakinya berusia 14 tahun untuk membunuh isterinya demi duit. Namun, selepas kejadian tersebut, mereka dihantui dengan kekesalan membunuh wanita tersebut.

BACA:  Tonton Video Suntingan Kesan Khas Semasa Pertarungan Epik Avengers: Endgame

11. Apt Pupil (1998)

Filem psikologikal thriller ini diadaptasikan dari novel berjudul sama. Ia mengisahkan seorang remaja yang mengentahui identiti sebenar seorang warga tua dikawasan kejirannnya. Warga tua tersebut merupakan seorang penjenayah perang Nazi yang melarikan diri dan bersembunyi. Obses dengan Nazi dan Holocaust, hubungan remaja dan orang tua tersebut menjadi semakin rapat dan membangkitkan kebencian.

10. The Dark Tower (2017)

Walaupun filem sains fantasi ini kurang mendapat sambutan dikalangan penonton, The Dark Tower antara filem yang menarik untuk disaksikan kerana filem ini akan mewujudkan dunianya sendiri dimasa akan datang. The Dark Tower mengisahkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Gun Slinger memburu ahli sihir demi mengelakkan dunia dimusnahkan oleh penjahat terbabit.

9. The Mist (2007)

Filem sains fiksyen horror ini diadaptasikan dari novel The Mist yang diterbitkan pada tahun 1980. Ia mengisahkan sekumpulan ‘survivor’ yang cuba menyelamatkan diri dari kabus misteri yang akan membunuh sesiapa sahaja yang terperangkap dalam kabus tersebut. Anda boleh saksikan bagaimana mereka cukup terdesak dalam usaha menyelamatkan diri dari kabus tersebut.

8. Carrie (2013)

Carrie diterbitkan pada tahun 2013 mengisahkan seorang remaja yang bernama Carrie dan mempunyai kuasa telekinetik. Beliau merupakan remaja yang sangat sensitif, suka mengasingkan diri serta hidup bersama ibunya yang merupakan fanatik agama. Carrie diadaptasikan dari novel berjudul sama yang diterbitkan pada tahun 1974. Filem supernatural horror ini boleh dikatakan sangat menarik dari segi plot dan karakter. Ianya dibintangi oleh Chloë Grace Moretz, Julianne Moore dan beberapa pelakon lain.

BACA:  Joker Cipta Rekod Kutipan Oktober, Catat $234 Juta Seluruh Dunia.

7. Pet Sematary (1989)

Apabila seekor kucing kembali hidup selepas ditanam disebuah kuburan, seorang doktor cuba menghidupkan kembali anaknya yang telah mati akibat kemalangan di kubur tersebut, walaupun anaknya kembali hidup, kehidupan dan personaliti anaknya cukup berbeza berbanding sebelum ini. Filem seram ini pasti memberikan elemen seram kepada pengemar filem-filem seperti ini. Filem ‘remake’ Pet Sematary telahpun ditayangkan pada April yang lalu.

6. Secret Window (2004)

Filem psikologikal horror thriller yang dibintangi oleh Johnny Deep ini mengisahkan Morton “Mort” Rainey, seorang penulis yang merasakan dirinya sedang diintip oleh seorang lelaki yang menuduhnya meniru salah satu penulisan lelaki tersebut. Beliau beberapa kali cuba melarikan diri dari menjadi buruan lelaki misteri tersebut, namun dipenghujung filem ini ia memberi kejutan kepada penonton akan kisah sebenar lelaki bernama Morton Rainey itu.

5. Misery (1990)

Filem psikologikal thriller ini telah mendapat pujian disebabkan kualiti lakonan Kathy Bates yang membawakan watak Anne Wilkes, seorang jururawat yang cukup psikotik. Ia mengisahkan seorang novelist, Paul Sheldon yang telah diseksa oleh Anne Wilkers gara-gara Sheldon telah membunuh salah satu watak kegemaran jururawat terbabit dalam novel tulisan beliau.

4. The Shining (1980)

Filem arahan Stanley Kubrick diadaptasikan dari novel The Shining yang diterbitkan pada tahun 1977. The Shining dianggap antara filem horror terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman. Malah filem ini telah dijadikan bahan rujukan dan perbincangan dikalangan pengkritik serta pembikin filem. The Shining mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal di hotel Overlook ketika musim sejuk. Namun sesuatu terjadi apabila Jack Torrance cuba untuk membunuh keluarganya terutama anak lelakinya. 

BACA:  Filem-Filem Marvel Fasa 4, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

3. The Green Mile (1999)

Kombinasi sebuah novel yang menarik serta para pelakon yang mantap telah membawa filem The Green Miles ke anugerah Academy dan telah tercalon dalam 4 kategori anugerah tersebut. Walaupun filem ini dibintangi oleh Tom Hanks, tetapi lakonan Michael Clarke Duncan sebagai banduan kulit hitam berbadan besar dan mempunyai abiliti supernatural benar-benar mencuri perhatian penonton filem ini. The Green Mile ini mengisahkan seorang banduan kulit hitam, John Coffey yang sedang menunggu hukuman mati disebabkan kesalahan membunuh.

2. It (2017)

Filem IT telah mencetuskan fenomena filem seram pada 2017. Ia bukan sahaja berjaya menarik ramai penonton ke panggung wayang, malah menjadi filem seram R-rated paling laku sepanjang zaman, mengalahkan rekod filem The Exorcist. Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang mengelarkan diri mereka sebagai ‘The Losers’ Club’ cuba menewaskan entiti Pennywise yang telah mengganas di pekan Derry setiap 27 tahun. Sekuel IT: Chapter Two akan menemui penonton pada September 2019.

1 The Shawshank Redemption (1994)

Filem bergenre drama yang diadaptasikan dari novel Rita Hayworth and Shawshank Redemption. The Shawshank Redemption dianggap filem terbaik sepanjang zaman sehinggakan Kongres Perpustakaan Amerika mengangkat filem ini sebagai khazanah negara. Filem ini boleh dikatakan sangat sempurna dari pelbagai aspek. The Shawshank Redemption mengisahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh isteri dan kekasih isterinya dan menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Shawshank. Penghujung filem ini memberi akan satu elemen “wow!” kepada penonton yang belum pernah menonton filem terbaik ini.

Tinggalkan Balasan

shares