Trivia

15 Aktor Yang Hampir Menjadi Ahli Avengers

Views

Jika dulu Marvel Cinematic Universe (MCU) sekadar tempat untuk pelakon-pelakon biasa mengembangkan karier lakonan mereka. Kini MCU telah mengubah segala-galanya dan menjadi tumpuan para bintang terkenal Hollywood untuk muncul dalam mana-mana filem Marvel sama ada sebagai hero ataupun villain.

Tahukah anda, terdapat beberapa pelakon yang hampir memainkan peranan sebagai ahli kumpulan adiwira Avengers. Namun mereka ini gagal dalam persaingan merebut tawaran berlakon dan ada juga yang terpaksa menolak tawaran yang diberikan kepada mereka atas sebab-sebab tertentu.

Disini kami kongsikan 15 Aktor yang hampir membawakan watak adiwira Avengers.

Tom Cruise (Iron Man)

Diawal perancangan filem Iron Man, pelakon aksi terkenal, Tom Cruise telah disebut-sebut akan membawakan watak Tony Stark. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengesahkan terdapat perbincangan diantara pelakon tersebut dengan pihak studio, namun perbincangan tersebut tidak berjaya, dan watak tersebut diberikan kepada Robert Downey Jr.

2. Sam Rockwell (Iron Man)

Selain Tom Cruise, Sam Rockwell juga menjadi pencabar untuk watak Tony Stark. Rockwell menjadi pilihan pertama pengarah Jon Favreau untuk membawakan watak tersebut, namun disaat-saat akhir Favreau merasakan Robert Downey Jr. lebih sesuai untuk watak Iron Man. Bagaimanapun, Favreau tidak mahu mensia-siakan bakat Rockwell, dan pelakon tersebut diberikan peranana villain, Justin Hammer dalam filem Iron Man 2. 

3. David Duchovny (Hulk)

Bintang siri X-Files ini menjadi pencabar Edward Norton untuk membawakan watak Bruce Banner a.k.a Hulk dalam filem Incredible Hulk. Malah terdapat beberapa laporan yang mengatakan Duchovny telah menandatangani kontrak sebelum watak tersebut diberikan kepada Norton. Norton bagaimanapun sekadar bertahan dalam satu filem sahaja sebelum tempatnya diganti Mark Ruffalo.

4. Liam Hemsworth (Thor)

Sebelum Chris Hemsworth dipilih untuk watak Thor, abangnya Liam Hemsworth berada dalam senarai pendek pengarah Kenneth Branagh untuk bawakan peranan utama dalam filem Thor. Bagaimanapun, pada sesi ujibakat kedua dan dibantu pengarah Joss Whedon, Chris berjaya memikat hati Branagh. Liam kemudiannya beralih ke francais blockbuster lain iaitu The Hunger Games. 

5. Glenn Howerton (Star-Lord)

Glem Howerton dan Chris Pratt berada dalam senarai pendek pengarah Guardians of the Galaxy, James Gunn untuk watak Star-Lord. Bezanya, Howerton menjadi pilihan kedua  pengarah sekiranya Pratt tidak dapat menerima tawaran melakonkan watak tersebut.

6. Jason Momoa (Drax)

Sebelum membawakan watak Aquaman dalam DCEU, Momoa telah menerima tawaran untuk membawakan watak Drax the Destroyer dalam filem Guardians of the Galaxy, bagaimanapun Momoa menolak watak tersebut kerana peranannya sama dengan watak-watak yang pernah dilakonkan sepanjang kariernya.

7. Olivia Wilde (Gamora)

Bekas pelakon Tron ini hampir membawakan watak Gamora dalam filem Guardians of the Galaxy, bagaimanapun dia menolak tawaran tersebut tanpa memberi sebarang sebab.

8. Saoirse Ronan (Scarlet Witch)

Semasa menulis skrip filem Avengers: Age of Ultron, Joss Whedon mahu bekas pelakon filem Hanna, Saoirse Ronan membawakan watak Scarlet Witch. Ronan pada mulanya bersetuju untuk membawakan watak tersebut pada 2013. Tetapi apabila tawaran rasmi diberikan kepadanya, dia memilih untuk berlakon dalam filem Brooklyn berbanding filem Marvel. Keputusan tersebut membuatkan Whedon beralih ke Elizabeth Olsen.

9. Emily Blunt (Black Widow dan Agent Carter)

Aktres Emily Blunt dua kali terlepas peluang untuk muncul dalam MCU. Watak pertama yang ditawarkan adalah Black Widow dalam filem Iron Man 2, bagaimanapun dia terpaksa menolak kerana percanggahan jadual penggambaran filem Gulliver’s Travels yang dibintanginya. Masalah sama berulang semasa dia menerima tawaran untuk bawakan watak Peggy Carter dalam filem Captain America: The First Avengers. Diharap pelakon ini diberikan peluang sekali lagi untuk muncul dalam MCU, mungkin sebagai Susan Storm?

10. Joseph Gordon-Levitt (Ant-Man)

Bintang filem Looper ini menjadi pencabar Paul Rudd untuk bawakan watak Scott Lang a.k.a Ant-Man dalam Ant-Man semasa masih dibawah arahan Edgar Wright pada 2013, bagaimanapun Rudd berjaya menambat hati Wright sebelum pengarah tersebut meninggalkan projek Ant-Man pada 2014.

11. John Krasinski (Captain America)

John Krasinski telah diujibakat sehingga ke tahap mencuba kostum Captain America. Bagaimanapun, bintang filem Quiet Place ini meninggalkan watak tersebut setelah mendapati dirinya tidak sesuai untuk memainkan peranan sebagai Captain America. Pilihan yang tepat..

12. Jim Carrey (Rocket Raccoon)

Jim Carrey memang tidak asing dalam filem adaptasi komik seperti The Mask & Kick-Ass 2. Pada 2013, terdapat laporan mengatakan Carrey akan menjadi pelakon suara untuk watak Rocket Raccoon. Bagaimanapun, watak tersebut diberikan kepada Bradley Cooper.

13. Timothee Chalamet (Spider-Man)

Sebelum Tom Holland dipilih menjadi generasi Spider-Man seterusnya, beberapa aktor remaja telah disenarai pendek untuk membawakan watak Peter Parker a.k.a Spider-Man, antaranya bekas calon Anugerah Academy, Timothee Chalamet. Selepas membuat beberapa sesi ujibakat, akhirnya Tom Holland dipilih untuk membawa watak Spider-Man.

14. Tom Hiddleston (Thor)

Anda mungkin kenali Tom Hiddleston sebagai Loki, tetapi pelakon British tersebut sebenarnya menjalani ujibakat untuk watak Thor. Dia bagaimanapun tewas ditangan Chris Hermsworth dalam ujibakat tersebut. Namun pengarah pada masa itu merasakan Hiddleston adalah pelakon yang sesuai untuk watak penjahat Loki, dan dia akhirnya dipilih untuk memainkan peranan villain Loki dalam filem Thor dan seterusnya.

15. Joaquin Phoenix (Doctor Strange)

Sebelum Benedict Cumberbatch dipilih untuk membawakan watak Sorcerer Supreme, Joaquin Phoenix menjadi pilihan pertama yang memainkan peranan utama dalam filem Doctor Strange. Bagaimanapun, dia menolak tawaran tersebut kerana tidak mengiktiraf filem bertemakan superhero.

Sumber: IGN / Time

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares