Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

15 Ahli Justice League Yang Paling Bijak – Mengikut Ranking

Kadang kala, kebijaksanaan mampu menjadi senjata yang paling ampuh untuk menewaskan musuh. Sekuat mana seseorang itu, tetapi jika tiada IQ dan kecerdasan minda yang tinggi, superhero tersebut mampu ditewaskan oleh musuhnya yang bijak walaupun musuh jauh ketinggalan dari segi kekuatan.

Karakter superhero DC juga bukan sahaja sangat berkuasa dari segi kekuatan dan abiliti, tetapi terdapat dari mereka juga sangat bijak dan memiliki IQ yang tinggi. Kelebihan ini sering kali digunakan oleh mereka dalam menentang musuh-musuh yang jauh lebih kuat dari mereka. Jadi kami di Kakimuvee ingin kongsikan 15 ahli Justice League yang sangat bijak – disusun mengikut ranking.

15. Flash

Allen sememangnya semulajadi seorang yang bijak. Sebagai manusia biasa, beliau adalah seorang penyiasat jenayah yang sangat berjaya yang menggunakan kemahiran detektif, sains, dan intelek beliau untuk menangkap penjenayah.

Sebagai The Flash, kepintaran beliau telah meningkatkan keupayaan baru otaknya untuk beroperasi pada “Supercharged Level”.

14. Blue Beetle (Ted Kord)

Kadang-kadang, manusia biasa dalam komik mendapat kekuatan luar biasa hanya disebabkan satu peristiwa. Contoh seperti Peter Parker (Spiderman Marvel), hanya seorang lelaki muda yang agak lembap telah bertukar menjadi salah satu adiwira yang terbesar di dunia komik. Terima kasihlah kepada gigitan labah-labah radioaktif yang telah menggigitnya.

Berbalik kepada Ted Kord, sebelum menjadi Blue Beetle, Ted Kord adalah seorang perekacipta yang genius dan seorang atlet yang luar biasa. Walaupun Kord tidak pernah digigit dengan gigitan labah-labah radioaktif atau sebarang “kejadian luar biasa” lain yang serupa, keupayaannya untuk mencipta alat-alat yang luar biasa – yang kebanyakannya adalah bertemakan kumbang – adalah sangat power. Beliau menyertai kumpulan yang paling berkuasa DC iaitu Justice League.

13. Elongated Man

Beliau mempunyai keupayaan untuk berfikir tentang perkara-perkara dalam cara yang sangat logik, yang sering membolehkan beliau untuk mencapai penyelesaian secara kompleks yang lebih cepat daripada The Flash.

Beliau juga seorang ahli kimia cukup dihormati. Dan mempunyai tahap IQ yang tidak boleh dipertikaikan.

12. Green Lantern / Ion (Kyle Rayner)

Kyle Rayner sentiasa dipuji untuk di atas kreativiti beliau, dan keupayaannya untuk berfikir di luar kotak.. Imaginasi yang luar biasa Rayner membenarkan beliau untuk dasarnya mewujudkan yang bukan realiti kepada realiti mengikut kehendaknya.

11. Superman (Clark Kent)

Beliau ni memang nampak macam “good at everything”. Tapi kadang-kadang tak sebijak seperti yang kita harapkan dan bayangkan. Kalau pasal Lois Lane je dia ni boleh jadi serupa bangang.

Tapi tak dinafikanlah beliau ni antara yang terpintar dalam Justice League, walaupun beliau ni sebenarnya sangat kuat. Kemahiran intelek beliau seperti kelajuan membaca dalam masa beberapa saat, beliau jugak bijak berfikir cuma kadang-kadang terbawak masuk ke dalam emosi yang tak stabil.

The Fortress of Solitude mengandungi semua pengetahuan pasal alam semesta yang diketahui, dan menawarkan ke Superman, tetapi beliau menghabiskan masa-masanya untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.

BTW, walaupun Superman ni kadang kadang bangang, lurus bendul dan obses benar dengan Lois Lane. 

10. Red Tornado


Kebolehan yang paling menonjol Red Tornado biasanya melibatkan cara dia mampu untuk memanipulasi corak cuaca dan menumpaskan ramai penjahat yang paling berbahaya.

Beliau merupakan gabungan manusia dan android, sering mencapai kemenangan terbesar beliau melalui kecerdasan yang luar biasa itu. Sama ada dia mengakses pangkalan data minda musuhnya atau menggodam pemikiran musuhnya untuk mengalahkan mereka.

Keupayaan luar biasa Red Tornado menggabungkan kuasa-kuasa luar biasa dan akal genius menjadikan beliau salah satu pemikir yang terbaik di Justice League.

9. Cyborg


Anak kepada dua saintis yang merawat anak mereka seperti tikus makmal, Victor Stone adalah seorang atlet sebelum menjadi Cyborg. Terjadinya satu kemalangan yang memaksa ibu-bapa beliau menjadikan beliau “tikus makmal” untuk menyelamatkan nyawa beliau.

Apabila menjadi Cyborg, Stone mencapai tahap kecerdasan . Bersama-sama dengan kebolehan yang wujud untuk melaksanakan tugas-tugas yang rumit dan luar biasa. Keupayaan Stone memanfaatkan mana-mana pangkalan data yang diketahui dan menyerap maklumat yang terkandung di dalamnya. Kebolehan intelektual beliau tanpa had.

8. Mister Miracle (Scott Free)


Bangsa New God. Beliau mempunyai pengetahuan yang hampir lengkap tentang alam semesta, dan menjadikan beliau ensiklopedia bergerak bagi subjek yang berkaitan dengan kehidupan dan segala-galanya.

Gabungan kuasa paranormal dan kepintaran menjadikan Miracle makhluk hampir paling berkuasa.

7. Captain Comet (Adam Blake)


Kisah bagaimana Adam Blake menjadi Captain Comet adalah satu peristiwa aneh yang luar biasa. Blake lahir sebagai manusia biasa dalam keluarga pertanian yang tinggal di suatu tempat di American Midwest.
Suatu petang, tahi bintang yang melewati rumah luar beliau dan memberikan Blake kuasa yang luar biasa yang beliau tak menyedarinya, sehinggalah beliau meningkat dewasa baru beliau sedar beliau ada kuasa luar biasa.

Gabungan kuasa yang baru disedari menjadikan Blake terevolusi dari manusia biasa ke mutant.

Daripada semua kuasa Captain Comet, yang paling jadi tumpuan ialah kepintaran beliau. Dengan tahap I.Q. yang genius dan boleh melakukan telekinesis, beliau dapat membaca dan dapat melihat perkara-perkara yang berlaku di luar julat penglihatan beliau.

6. Barbara Gordon


Sejak beliau masih muda lagi, Barbara menunjukkan minat luar biasa dalam perkara seperti ciptaan teknologi dan sains. Kemahiran menggodam beliau mengatasi Batman. Sama ada dia Batgirl, Oracle, atau hanya Barbara yang biasa, kecerdasan yang luar biasa beliau telah membuat beliau menjadi seorang yang mempunyai “brainpower” yang paling pintar dan yang terbaik daripada semua yang ada dalam Justice League.

Beliau menjadi pusat pengetahuan pelbagai maklumat untuk Justice League.

5. Ray Palmer (Atom)


Secara teknikal, Ray Palmer adalah seorang adiwira kerana dia mempunyai keupayaan untuk mengecutkan dirinya saiz sangat kecil sementara masih mengekalkan kekuatan yang luar biasa.
Palmer mendapat kebolehan ini secara tidak sengaja apabila dia mendapati bahawa kanta yang beliau buat daripada jisim bintang kerdil putih membolehkan beliau untuk mengecilkan objek ke saiz molekul.

Palmer terjumpa beberapa penyelesaian yang membolehkan beliau untuk menggunakannya dengan selamat atas dirinya dan menjadi superhero yang dikenali sebagai Atom.

Palmer biasanya bergantung kepada kepintarannya sendiri untuk mencari jalan untuk menggunakan kuasa luar biasa beliau untuk menyelamatkan diri.

4. Martian Manhunter


Keupayaan intelek Manhunter ini dikukuhkan lagi dengan pengetahuan beliau melangkaui alam semesta. Beliau sentiasa dapat menyelesaikan segalanya dari aspek sudut yang diketahui atau tidak diketahui kewujudannya.
Yang paling penting, kemahiran menyiasat luarbiasa beliau membenarkan beliau untuk menyumbang pendapat yang professional dan bernas. Oleh kerana itu, Justice League sering bertanya kepada Manhunter untuk apa yang perlu mereka lakukan seterusnya.

3. Mister Terrific


Beliau asalnya ahli anggota Justice Society of America. Sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjadi superhero, beliau seorang lelaki yang dikenali sebagai Michael Holt, mempunyai intelek yang luar biasa yang membawa beliau memperoleh 14 Ph.D dalam pelbagai bidang,

2. Lex Luthor


Luthor biasanya dilihat sebagai musuh terbesar Superman. Walaupun beliau tidak pernah bertarung secara fizikal dengan Man of Steel, tetapi kepintarannya yang genius membolehkan beberapa kali Superman masuk perangkapnya.

1. Batman (Bruce Wayne)


Bruce Wayne tidak pernah menjadi yang paling terkuat dalam Justice League. Tak seinci pun kekuatannya yang hampir sama dengan Superman. Superman dapat mengangkat beliau dan melemparkan beliau ke dalam matahari ikut suka hati. Beliau tidak pernah menjadi adiwira yang paling pantas. The Flash boleh berlari ke seluruh dunia tiga kali sebelum Wayne menyedari bahawa mereka sebenarnya berlumba. Beliau juga bukan pencipta dan penyiasat terbaik.

Walau bagaimanapun, sukar untuk menafikan bahawa Batman adalah adiwira yang paling bijak daripada mereka semua, sama ada di dalam Justice League atau tidak.

Wayne mungkin tidak mempunyai asas pengetahuan yang sedia ada. Wayne menggunakan tahap kebijaksanaan luarbiasa beliau dalam Batcave di mana beliau menggunakan kemahiran beliau sebagai seorang saintis, pencipta, dan penyiasat untuk merangka plan serangan, dan dia menggunakan keupayaannya untuk berfikir pada tahap genius yang membolehkan beliau untuk mengubahsuai rancangan serangan dengan cara yang kompleks seperti yang diperlukan.

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kakimuvee

Leave a Comment