Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Takut Dikecam, Zahirah MacWilson Tolak Tawaran Bawa Watak Antagonis

Sumber: Twitter Zahirah MacWilson

Pelakon Zahirah MacWilson mendedahkan, buat masa ini dia belum bersedia untuk menerima tawaran berlakon watak antagonis dalam sesebuah drama. Sebabnya adalah kerana takut dikecam dan dibenci penonton.

Menurutnya lagi, dia simpati terhadap pelakon Niena yang dikecam dan dibenci penonton gara-garak watak Husna lakonan pelakon tersebut dalam drama Jangan Benci Cintaku.

“Terus terang, saya simpati dengan Niena kerana dia dibenci penonton kerana watak Husna dilakonkan. Saya ada menghubungi Niena dan memberi sokongan padanya kerana dirinya yang hamil ketika ini.

“Mujur Niena beritahu dia okey saja kerana sedar watak Husna sekadar lakonan semata-mata,”

Dia yang juga berlakon dalam drama itu sebagai watak Fika gembira apabila lakonannya mendapat maklum balas positif daripada penonton. Malah dia juga tiada masalah untuk mendapatkan keserasian dengan Saharul Ridzwan sebagai gandingannya.

Tambahnya lagi walaupun Saharul menolak untuk tidak melakukan babak bersentuhan namun mereka tiada masalah menjiwai watak sebagai suami isteri kerana mereka bersikap profesional ketika bekerja.

Sumber: Cinema Online

Related posts

‘AKU YANG KAU GELAR ISTERI’ EKSKLUSIF DI iQIYI

Zulaikha

DISKUSI BERANI DAN SENSASI ISU TABU DALAM ‘BORAK KELAMIN’

Isqandar

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod: 21-25

Ahmad Fariszuan

Aku Yang Kau Gelar Isteri eksklusif di iQiyi

Zulaikha

MAFE Gesa Kerajaan Benarkan Sektor Pawagam Kembali Beroperasi

Isqandar

Lebih RM3 Bilion Setahun dicuri daripada Kegiatan Cetak Rompak

Isqandar

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman