Sebenar watak – watak DC dan Marvel anda tengok di kaca television dan wayang adalah sedikit jika hendak dibandingkan dalam komik. Terdapat beratus – ratus karakter Superhero dan Supervillian yang dicipta oleh kedua – dua pengeluar komik terbesar Amerika itu. Selain itu juga, kedua – dua syarikat itu juga mempunyai watak – watak icon dan terkenal seperti Batman, Superman dan Wonderwomen bagi komik DC manakala Marvel mempunyai Iron Man, Captain America, Spiderman dan lain – lain lagi.
Dan setiap karakter yang dicipta oleh kedua – dua pengeluar komik tersebut adalah berbeza dari segi kostum, abilities dan juga kuasa. Tetapi terdapat 14 karakter yang dikatakan hampir sama bagi kedua – dua pengeluar komik tersebut. Antaranya ialah:
1. Green Arrow dan Hawkeye
Kedua – duanya handal dalam memanah. Hanya berbeza warna kostum sahaja, yang mana Green Arrow berwarna Hijau manakala Hawkeye berwarna ungu. Tapi dari segi popularity, sudah tentu Hawkeye, watak utama dalam filem – filem Marvel. Tapi Green Arrow juga bakal muncul dalam filem DC iaitu Justice League tidak lama lagi.
2. Catwomen dan Blackcat
Hampir sama dan hampir serupa, kedua – duanya merupakan anti hero dan pencuri. Kekasih? kedua – duanya juga Superhero yang mana Catwomen kekasihnya Batman manakala Black Cat adalah Spiderman. Kostum mereka juga hampir sama iaitu berwarna hitam
Catwomen telah pun berada di pawagam, dan Black Cat akan muncul tidak lama lagi apabila Sony Entertainment akan menghasilkan filem solo watak tersebut.
3. Plastic Man dan Mr. Fantastic
Kadang – kala apa yang membezakan watak DC dan Marvel ini adalah warna kostum dan personalities. Seperti  karakter Plastic Man dan Mr. Fantastic yang mana Plastic Man adalah penjenayah manakala Mr. Fantastic adalah Saintis dan kedua – duanya mempunyai kuasa yang sama, badan yang elastik!
4. The Red Hood dan The Winter Soldier
Jason Todd dan Bucky Barnes adalah bekas ‘sidekicks’ hero, yang dihidupkan kembali dan menjadi karater anti-hero untuk berdepan dengan bekas mentor mereka.
Jason Todd adalah sidekick Batman yang sepatutnya mati ditangan Joker tetapi muncul semula sebagai Red Hood manakala Bucky Barnes yang berjuang bersama Captain America dan dianggap KIA (Kill in Action) sebenarnya hidup dan dipasang tangan robotik dan di ‘brainwashed’ oleh tentera Russia dan dilatih menjadi pembunuh upahan yang dikenali sebagai The Winter Soldier.
5. Thanos, Darkseid dan Apocalypse
Thanos dan Apocalypse adalah karakter Marvel manakala Darkseid adalah karakter DC. Persamaan ketiga – tiga karakter tersebut adalah mereka sangat berkuasa dan merupaka supervillian yang paling kuat sekali
6. Aquaman dan Namor
Dalam banyak – banyak karakter yang sama, Aquaman dan Namor adalah yang paling sama sekali. Kedua – duanya mempunyai tongkat trident, ahli kepada team Superhero dan mempunya kekuatan yang luar biasa. Aquaman bakal muncul dalam layar perak tetapi Marvel tidak mempunyai plan untuk membawa karakter Namor ke panggung wayang.
7. The Atom dan Ant-Man
Ray Palmer dan Hank Pym adalah dua karakter DC and Marvel yang mempunyai kuasa untuk mengubah saiz badan. Ant-Man telah pun muncul di panggung wayang, dan karakter The Atom juga akan menyusul. Persoalannya, adakah filem mereka juga terdapat persamaan?
8. Green Latern Corps dan Nova Corps
Nova Corps telah pun muncul di pawagam dalam filem Guardians of Galaxy manakala Green Latern Corps juga akan muncul dalam filem reboot akan datang. Walaupun kedua – duanya merupakan Polis antaragalaksi tetapi planet, dan kuasa mereka tidak mempunyai persamaan yang ketara.
9. Red Tornado dan The Vision
Persamaan antara kedua – dua android ini ialah mereka mempunyai daya kebijaksaan yang tinggi dan kedua – duanya dicipta oleh Supervillian yang objektif mereka untuk membunuh Superhero tetapi berpaling tadah dan bersama – sama Superhero memusnahkan tuan mereka.
The Vision telah pun muncl dalam filem Avengers: Age of Ultron, nasib Red Tornado tidak diketahui.
10. The Flash dan Quicksilver
Kedua – duanya laju dan kedua – duanya telah pun popular di industri perfileman. The Flash terkenal dalam siri televisyen manakala Quicksilver telah pun muncul dalam filem Fox dan Marvel iaitu X-Men: Days of Future Past dan The Avengers: Age of Ultron
11. Bumblebee And Wasp
Persamaan yang ketara antara kedua – dua karakter heroin ini ialah mereka memakai kostume seakan lebah dan mempunyai kuasa manipulasi saiz. Cuma Wasp ada kelebihan sedikit iaitu mempunyai kuasa telepati yang boleh mengawal serangga. Wasp akan menjadi watak utama dalam filem – filem Marvel akan datang.
12. Doom Patrol And X-Men
Ya, X-Men mungkin popular, tetapi karakter kumpulan superhero ini sebenarnya diwujudkan dulu oleh DC, 3 bulan sebelum tertubuhnya kumpulan X-Men. Kedua – duanya diketuai oleh lelaki berkerusi roda. Bagi X-Men musuh mereka ialah Brotherhood of Evil Mutant manakala Doom Patrol menentang Brotherhood of Evil. Jadi siapa tiru siapa?
13. Batman And Moon Knight
Moon Knight telah dikritik kerana meniru karakter Batman dan ramai mengelarkan Moon Knight sebagai “Marvel’s Batman’. Ini Marc Spector aka Moon Knight adalah seorang yang kaya, mempunyai butlers, ada 2 personaliti dan mempunyai banyak gadjet seperti Batman. Jadi tidak hairanlah karakter Moon Knight dikritik peminat Batman.
14. Man-Thing And Swamp Thing
Selain karakter Superhero, terdapat juga karakter Supervillian yang mempunyai persamaan. Man-Thing dan Swamp Thing bukan saja mempunyai bentuk yang lebih kurang sama, tetapi asal – usul supervillian ini juga dikatakan lebih kurang sama. Tidak dapat dipastikan samada Marvel meniru karakter DC atau sebaliknya.