
Anda menghadapi masalah rambut? rambut gugur dengan teruk sehingga bahagian belakang kepala anda menjadi botak? Ini bukan artikel promosi ubat rambut, tetapi penyelesaian masalah rambut anda. Apa kata anda botakkan terus kepala anda, seperti pelakon-pelakon dibawah, yang mana satu ketika dahulu mereka memiliki rambut, tetapi kini sudah botak dan masih kelihatan tampan.
1. Mark Strong
Dalam Zero Dark Thirty, Mark Strong masih memiliki rambut, tetapi dia membuat keputusan untuk mencukur terus kepalanya – kelihatan lagi kacak!
2. Terry Crews
Nampak pelik pula bila tengok Terry Crews ada rambut..
3. Howie Mandel
Pelakon, pelawak, penulis skrip, pengarah, dan macam-macam lagi, yang penting, mesti ramai dikalangan anda melihat dia dalam America’s Got Talent. Zaman muda mudi rambut retro, zaman sekarang lebih elok botakkan kepala.
4. Laurence Fishburne
Ada rambut, takde rambut masih nampak ‘badass’, tetapi ‘otai’ The Matrix ini lagi nampak ‘cool’ jika tiada rambut.
5. Stanley Tucci
Stanley Tucci kelihatan lebih elok dan lebih bijak apabila dia membotakkan kepalanya.
6. John Travolta
Gaya rambut belah tengah John Travolta telah menjadi ikutan para remaja / pemuda era 90an.
7. Patrick Stewart
Patrick Stewart pernah mengakui bahawa dia kehilangan sebahagian besar rambutnya pada usia yang sangat muda. Semasa memulakan karier lakonan, dia terpaksa memakai rambut palsu, tetapi kini, dia berbangga dengan kepalanya yang botak.
8. Woody Harrelson
Antara pelakon botak yang sangat terkenal, dan secara jujurnya, kebanyakkan watak-watak lakonannya sangat bersesuaian dengan penampilannya yang botak. Kecuali semasa dia bawa watak kembar dalam Now You See Me 2, nampak kelakar.
9. Vin Diesel
Semasa membintangi filem Saving Private Ryan, Vin Diesel masih memiliki secebis rambut. Tetapi kini, Diesel lebih selesa dengan kepala yang dicukur rapi. Mungkin memudahkan pengerakan angin semasa dia memandu laju dalam filem-filem Fast & Furious.
10. Bruce Willis
Sewaktu diawal kariernya, Bruce Willis masih memilik rambut, sehinggalah dia secara perlahan-lahan mengalami keguguran rambut. Bagaimanapun, itu bukan masalah, Bruce Willis bukan sahaja terkenal menerusi filem-filem aksinya, malah penampilannya yang botak.
11. Jason Statham
Jason Statham juga mengalami masalah rambut, tetapi adakah masalah itu mengusarkan dia? tidak.. Penampilan botak sangat sesuainya dengannya, kelihatan lebih ‘badass’ dan sangat bertepatan dengan kemahiran bertarungnya. Anda pilih satu; Statham yang ada rambut atau Statham berkepala botak?
12. Dwayne “The Rock” Johnson
Ada rambut atau tidak, The Rock sememangnya sangat bergaya. Dari sukan gusti hinggalah ke dunia lakonan, dia sememangnya berjaya menambat hati peminatnya. The Rock yang botak memang nampak ‘cool’, dan The Rock yang ada rambut menjadi meme yang sangat popular.
13. Samuel L. Jackson
Seperti orang lain, Samuel L. Jackson turut memiliki rambut sewaktu muda. Sebagai contoh, lihat filem Die Hard 3, dia dan Bruce Willis masing-masing mempunyai rambut. Tetapi seiring dengan usianya, penampilan botak mungkin lebih sesuai.
Sumber: eonline, thebaldbrothers