Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

13 Filem Seram Thai Yang Pernah Menakutkan Kita Suatu Ketika Dahulu


Selain Jepun dan Korea Selatan, terdapat satu lagi negara Asia yang telah membuatkan penonton ketakutan menerusi filem-filem seramnya. Negara yang dimaksudkan adalah jiran kita, iaitu Thailand.

Thailand kaya dengan budaya dan cerita rakyat dengan konsep-konsep seperti roh, penjelmaan semula, karma dan ilmu hitam. Tidak hairan, pada awal tahun 2000, negara itu telah menghasilkan beberapa seram yang menakutkan dan mengerikan. Oleh itu, bagi mengimbau kembali ketakutan anda, kami kongsikan 13 Filem Seram Thailand Yang Telah membuatkan Anda Takut Suatu Ketika Dahulu.

Nang Nak (1999)

Mesti ramai dikalangan anda pernah menonton Nang Nak bukan?

Berdsarkan dari “Mae Nak Phra Khanong”, sebuah kisah rakyat yang diceritakan pada era Raja Rama V tentang seorang wanita yang mati kerana kelahiran yang sukar semasa kekasihnya pergi berperang. Legenda Nak telah diadaptasi ke dalam filem dan rancangan TV berkali-kali. Nang Nak, bagaimanapun, filem ini boleh dikatakan adaptasi terbaik.

Nang Nak mengimbangi kisah romantis dan tragis pasangan ini dengan elemen menakutkan, sambil mempamerkan reka bentuk set dan sinematografi yang sangat baik yang menghidupkan kembali era keemasan Siam.


Filem ini mengisahkan tentang veteran perang, Mak yang pulang ke pangkuan isterinya, Nak dan anak lelakinya yang baru lahir. Sebaik sahaja dia kembali, jiran-jirannya cuba memberi amaran kepadanya tentang sesuatu yang tidak menyenangkan yang berlaku di bawah bumbungnya.

Bangkok Haunted (2001)

Sebelum 4bia (2008) menjadi popular dan mencipta trend antologi seram di pawagam Thai, Bangkok Haunted terlebih dahulu memulakannya. Filem ini meneroka dunia tahyul Thailand dengan menghasilkan cerita yang menakutkan penonton sehingga terasa ke tulang.

Ketika ditayangkan Bangkok Haunted memperoleh kutipan kedua tertinggi, untuk filem seram, dibelakang Nang Nak (1999).

Filem ini mengabungkan tiga kisah keganasan diceritakan oleh tiga rakan gadis di sebuah bar Bangkok yang gelap. Cerita-cerita ini berkisar pada barang antik berhantu, ramuan cinta dan kes misteri seorang gadis yang membunuh diri. Cerita mana yang paling menakutkan anda?

Rahtree: Flower of the Night (2003)

Filem seram komedi yang membuatkan anda ketawa dan dalam masa yang sama, membuatkan anda ketakutan. Dengan The Exorcist dan Audition menjadi rujukan komik, filem ini berjaya membina pengikutkan sendiri selepas tayangan di Toronto International Film Festival 2004 dan Fantasia Festival. Beberapa sekuel telah dihasilkan, tetapi filem pertama tetap menjadi pilihan peminat.

Filem ini mengisahkan pelajar Buppah Ratree yang telah mati ketika cuba menggugurkan kandungannya, selepas dia ditinggalkan oleh seorang pemuda dari keluarga kaya. Rohnya kemudian mengambil alih apartmentnya dan pemilik rumah melakukan pelbagai cara untuk menyikirkan roh yang berdendam itu.

Shutter (2004)

Antara filem seram Thailand yang sangat sukses dan dikenali di serata dunia sehingga mewujudkan beberapa remake seperti filem hollywood berjudul sama tahun 2008, remake Tamil berjudul Sivi dan Hindi berjudul Click.  

Filem ini dibuat ketika dunia sedang dilanda fenomena J-Horror. Seperti Jepun, Shutter mengejutkan penonton dengan siri ‘jump scare’ yang kreatif dan mengejutkan, ditingkatkan dengan plot yang tegang serta twist. 

Selepas Jane dan Tun melanggar seorang gadis dalam kemalangan kereta, mereka segera melarikan diri dari tempat kejadian. Namun, Tun, seorang jurugambar, segera menemui bayangan aneh dalam fotonya, yang mengganggu mereka.

House of Ghosts aka Pisaj (2004)

Hoise of Ghost atau Khon, Phee, Pisaj bermaksud “manusia”, “hantu” dan “syaitan”. Filem ini membawa anda dalam perjalanan psikologi dan falsafah untuk mencuba dan memahami penderitaan mental yang dilalui setiap watak utama. Anda akan tertarik dengan dunia klaustrofobia dan kekacauan, dan terpaksa mencari yang mana betul ataupun tidak.

Setelah kehilangan kedua ibu bapanya dalam tragedi mengerikan, seorang gadis muda tinggal dengan ibu saudaranya, pemilik rumah percetakan dan seorang pengamal “spirit mediums”, iaitu pengantara roh.

Walaupun gagal dari segi komersial, ia tetap berjaya mencipta pengikutnya sendiri.

The Sisters (2004)

Filem berbajet rendah yang berjaya mencipta suasana yang realisitik dan menakutkan penonton.

The Sisters mungkin adalah filem seram paling stereotaip dalam senarai, tetapi yang membuatnya istimewa dan patut ditonton adalah bagaimana keseluruhan plot berdasarkan kes pembunuhan sebenar dan tidak dapat diselesaikan di selatan Thailand pada tahun 1991.

Filem ini mengisahkan sekumpulan pemuzik remaja dari Bangkok yang perlu menyelesaikan kes pembunuhan seorang pelacur untuk menyelamatkan nyawa mereka sendiri.

Art of the Devil 2 (aka Long Kong) (2005)

Sekuel kepada siri Art of the Devil, tetapi tiada kaitan dengan filem pertama. Memaparkan adegan ‘gore’ yang gila dan jalan cerita yang dibuat dengan bijak, memperlihatkan kejahatan dunia ilmu hitam.

Filem ini menjanjikan adegan ‘disturbing’ menghiburkan. Sekiranya anda meminati filem slasher yang memberi gambaran mengenai kepercayaan tahyul, dikongsi dengan budaya Asia Tenggara, filem ini mungkin untuk anda.

Art of the Devil 2 mengisahkan seorang guru yang menggunakan ilmu hitam untuk kembali kepada pelajar yang menyebabkan penderitaannya pada masa lalu.

The Victim (2006)

Sangat telitli, menakutkan dan yang penting sekali, kekemasan struktur plot dan ‘twist’ dipenghujung filem yang ‘mindblowing’. Dengan konsep filem dalam filem ini, The Victim berdasarkan teknik siasatan jenayah yang digunakan pasukan Polis Diraja Thai, yang mana kejadian jenayah dilakonkan semula oleh pesalah untuk media Thailand.

The Victim mengisahkan seorang aktes muda yang bekerja dengan polis untuk melakonkan adegan jenayah. Dia kemudiannya mendapati dirinya diikuti roh seorang ratu cantik, yang memaksa pelakon itu untuk mencari pembunuhnya.

Ghost Game (2006)

Hanya seorang dari peserta rancangan realiti TV dapat memenangi hadiah besar, tetapi mereka terlebih dahulu mesti tinggal dalam bekas penjara tentera yang mana, kekejaman telah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Ketika dilancarkan, filem ini dikecam Kemboja kerana latar belakang penjara dalam filem ini mirip dengan Tuol Sleng, tempat sebenar dimana berlaku pembunuhan beramai-ramai di Kemboja pada tahun 1970an.

Suasana menakutkan dalam Ghost Game menjadikan filem ini tidak selesa untuk ditonton dan hanya berfungsi untuk meningkatkan trauma ketika kita menyaksikan setiap watak disiksa oleh roh jahat.

The Unseeable (2007)

 

Diterbitkan oleh pasukan yang menghasilkan filem seram Art of the Devil. Filem ini tidak bergantung pada dendam dan ketakutan semata-mata. Sebaliknya, keseluruhan filem berkembang kepada unsur-unsur yang bertentangan dari spektrum seram, seperti adegan yang ‘slow burn’, persembahan pelakon yang cukup hebat, reka bentuk produksi yang luar biasa, menggambarkan Siam lama dan yang penting sekali plot yang berkualiti. 

The Unseeable mendapat pengiktirafan dalam festival dan anugerah antarabangsa, dan harus mendapat perhatian peminat filem seram. 

Ditetapkan pada tahun 1934, filem ini berkisar pada seorang wanita mengandung dari luar bandar bernama Nualjan yang mencari suaminya yang hilang. Apabila tinggal sebentar di sebuah rumah besar yang penuh misteri, dia menemui roh yang belum lahir dan kebenaran yang mengejutkan.

Coming Soon (2008)

Debut Sophon Sakdapisit sebagai pengarah selepas dia terlibat dalam penulisan skrip filem Shutter (2004) dan Alone (2007)

Coming Soon memperoleh populariti yang tinggi disebabkan ‘jump scare’ dan skrip yang kemas. Bukan itu sahaja, ia mengangkat isu cetak rompak dengan mengutuk penyokong cetak rompak yang akan menyebabkan kejatuhan industri filem.

Filem ini mengisahkan projectionist yang merakam filem “Evil Spirit” secara haram untuk tujuan cetak rompak. Mereka kemudiannya diburu hantu yang menakutkan, yang juga merupakan karakter dalam filem tersebut.

4bia (2008)

Filem antologi seram empat bahagian yang mendapat kritik positif dan sukses dari segi komersial. Kesemua bahagian berjaya mendedahkan sensasi baru seram sambil menggabungkan elemen dari genre lain seperti aksi dan komedi.

Kejayaaan 4bia telah mewujudkan sekuelnya pada 2009 berjudul Phobia 2. Sekiranya anda tidak tahan dengan ketakutan selama dua jam, cuba tonton cerita satu persatu untuk membina imuniti seram anda.

Bermesej dengan orang asing yang misteri, tindakan dendam seorang ulat buku dengan menggunakan ilmu hitam, ketakutan berkhemah jauh di dalam hutan, dan melakukan penerbangan dengan mayat – ini adalah situasi menakutkan yang akan menganggu minda anda dalam filem 4bia.

Laddaland (2011)

Filem yang mendapat kritik positif dari pengkritik dan peminat. Bukan sahaja memaparkan jump scare yang menjadi, tetapi turut bermain dengan emosi – sediakan tisu sebanyak mungkin! 

Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berada di ambang kehancuran berpindah ke luar Bangkok dengan harapan dapat memperbaiki kehidupan mereka dan berhubung kembali antara satu sama lain. Namun, kes pembunuhan yang mengerikan hanya menambah api dan mengancam hubungan mereka yang sudah rapuh.

Walaupun memaparkan oleh adegan-adegan keganasan dan penampakan entiti, Laddaland, pada dasarnya, adalah sebuah filem drama yang mengupas kesan krisis ekonomi yang melumpuhkan di Thailand pada tahun 1990-an. Ini juga secara halus memperlihatkan masalah pantang larang mengenai kelas, peranan gender dan pendatang, menandakan filem sebagai komentari sosial yang hanya memanfaatkan hantu sebagai alat hiburan.

Sumber: Timeout.com, Wikipedia, Rottentomatoes, IMdb


Related posts

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Aksi Komedi Korea “Han River Police” Akan Debut Pada 13 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea “The Worst of Evil” Akan Tiba Pada 27 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee