Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

13 Filem Seram Bukan Hantu Yang Sangat Menakutkan

Setiap kali berbicara tentang filem seram, pasti ramai yang sangka, filem seram ‘wajib’ ada hantu. Sebenarnya, filem seram memiliki pelbagai cara, plot dan villain untuk membuatkan penonton merasa takut, bukan hanya menggunakan elemen paranormal semata-mata. 

Terdapat filem yang hanya menggunakan orang sebenar sebagai ‘villain’, tetapi mampu memberi ketakutan yang setanding dengan filem yang menggunakan elemen paranomal. Malah, ada juga watak orang sebenar yang lebih ‘hantu’ dari hantu, yang lebih seram dan sangat menakutkan.

Oleh itu, kami ingin kongsikan 13 filem seram bukan hantu yang mampu membuatkan anda merasa takut.

1. The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Antara filem seram terbaik dan paling berpengaruh. Filem arahan Tobe Hooper ini juga menjadi pelopor kepada beberapa elemen dalam genre ‘slasher’. 

Pengarahnya bijak dalam mewujudkan paranoia kepada penonton dengan mengatakan bahawa peristiwa dalam filem ini berdasarkan dari kisah sebenar, tetapi yang sebetulnya, hanya watak Leatherface dan perincian kecil cerita diilhamkan dari kejahatan pembunuh bersiri Ed Gein, manakala selebihnya adalah fiksyen. 

Apapun, filem ini sangat menyeramkan dan berjaya menakutkan penonton dengan darah dan keganasan.

2. The Cell (2000)

Banyak mimpi ngeri dan ketakutan dalam The Cell sehingga membuatkan penonton menyangkakan filem ini adalah klon Nightmare On Elm Street. 

The Cell menceritakan tentang Catherine Deane, ahli psikoterapi wanita, yang menyelami minda pembunuh bersiri yang sedang koma dengan menggunakan teknologi eksperimen untuk mencari dan menyelamatkan mangsa seterusnya.

3. Saw (2004)

Francais Saw jelas sekali tersasar dari landasan disebabkan studio yang mahu mendapatkan keuntungan segera. Namun, filem pertamanya sangat berbaloi untuk ditonton.

Saw berpusat pada seorang pembunuh bersiri yang menghantar mangsa-mangsanya yang mempunyai dosa, ke pelbagai perangkap yang perlu diselesaikan jika ingin menyelamatkan nyawa mereka sendiri. 

4. Jacob’s Ladder (1990)

Filem seram klasik lakonan Tim Robbins ini sangat ikonik sehingga ia menjadi inspirasi kepada siri permainan video Silent Hil. Penggunaan gambar dan halusinasi yang sangat mengganggu berjaya menjual semua aspek seram tanpa perlu melibatkan paranormal. 

Kisahnya berpusat pada seorang veteran perang Vietnam yang sering mengalami halusinasi dan gambaran yang menakutkan. Ketika dia cuba mencari jawapan disebalik traumanya itu, dia akhirnya mengetahui konspirasi pemerintah. Filem yang sangat sukar untuk dilihat, tetapi menarik untuk ditonton. 

5. I Saw The Devil (2010)

Antara filem Korea yang mendapat perhatian penonton antarabangsa dek kerana tema pembalasan dendam yang sangat mengerikan.

Dalam filem thriller ini, Lee Byung-hun memainkan peranan Kim Soo-hyun, seorang ejen NIS yang baru kehilangan tunangnya selepas diserang oleh pembunuh upahan. Memandangkan serangan itu bersifat peribadi, dia memutuskan untuk melakukan apa sahaja untuk membalas dendam terhadap pembunuh tunangnya. 

6. Scream (1996)

Scream merupakan filem pertama dalam francais Scream. Diterbitkan pada 1996, filem ini menjadi ikonik dalam dunia filem seram, telah diparodikan dan menjadi inspirasi kepada beberapa filem seram lain selepas itu. 

Filem ini juga merupakan kombinasi tipikal slasher dan genre ‘dark comedy parody’. Ia mengisahkan pembunuh bertopeng bernama Ghostface, yang mengganas di bandar fiksyen Woodsboro, California. Ghostface mula membunuh selepas setahun pembunuhan ibu kepada Sidney Prescott, dan kaitannya dengan pembunuh itu menjadi jelas sepanjang perjalanan filem ini. 

7. Don’t Breathe (2016)

Tanpa dialog yang banyak, dan hampir keseluruhan filem berlaku dalam sebuah rumah, Don’t Breathe membuatkan penonton merasa ketakutan sehingga sesak nafas.

Ditayangkan pada 2016, filem lakonan Jane Levy, Dylan Minnette dan Daniel Zovatto ini mengisahkan tiga rakan yang memecah masuk ke sebuah rumah untuk mencuri barang berharga dan wang. Namun, segalanya menjadi rumit apabila mereka tidak mampu keluar dari rumah tersebut, dan diburu oleh pemilik rumah yang buta tetap memiliki pendengaran yang cukup tajam. 

8. Searching (2018)

Searching dilancarkan pada 2018 dan dibintangi John Cho sebagai David Kim, seorang bapa yang kehilangan punca selepas anaknya hilang secara tiba-tiba. Memburukan lagi keadaan si ayah yang sedang bingung, siasatan kehilangan anaknya menemui jalan buntu disebabkan ketiadaan petunjuk, dan memaksa dia melakukan siasatannya sendiri. 

9. Audition (1999)

 

Filem seram Jepun ini telah ditayangkan pada 1999, dan segera menjadi terkenal dikalangan peminat filem seram. 

Berdasarkan dari novel tahun 1997 karya Ryu MurakamiAudition mengikuti kisah seorang lelaki bernama Shigeharu Aoyama. Selepas kehilangan isterinya, anaknya meminta dia untuk teruskan kehidupan dan mencari pengganti. 

Dia menuruti rancangan anaknya, dan membuat ‘ujibakat’ agar wanita dapat mengenalinya. Seorang wanita bernama Asami Yamazaki berjaya menarik perhatiannya, namun dia tidak tahu bahawa wanita itu menyembunyikan beberapa rahsia yang sangat menakutkan.

10. You’re Next (2011)

You’re Next membuktikan bahawa antagonis filem seram tidak semestinya hantu untuk menjadi menakutkan.

Filem ini mengikuti kisah keluarga kaya yang bermasalah. Dalam usaha untuk mengumpulkan kembali keluarga, ibubapa memutuskan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan mengajak anak-anak meluangkan masa bersama dirumah mereka.

Namun, pertemuan mereka menjadi menakutkan apabila diburu pembunuh bertopeng, dan mereka perlu bersatu demi kelangsungan hidup mereka. 

11. The Visit (2015)

Anda boleh jangkakan ketakutan dan ‘twist’ yang serius di penghujung filem jika sesebuah filem seram itu diarahkan oleh M. Night Shyamalan.

Berkonsepkan ‘found-footage’, filem ini mengisahkan sepasang adik-beradik bernama Becca dan Tyler, yang dihantar ke rumah datuk dan neneknya selepas ibu mereka pergi bercuti. Ini merupakan pertemuan pertama adik beradik itu dengan datuk dan nenek mereka. Dan, kunjungan mereka bertukar menjadi mimpi ngeri. 

12. The Strangers (2008)

The Strangers dilancarkan pada 2008, dan berjaya membuatkan penonton merasa takut untuk tinggal sendirian di rumah pada waktu malam. Sekuelnya dihasilkan 10 tahun kemudian iaitu pada 2018. 

Filem ini dibintangi Liv Tyler dan Scott Speedman sebagai Kristen dan James. Selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka, pasangan itu singgah di rumah James sewaktu dia kanak-kanak.

Perjalanan yang sepatunya indah bertukar menjadi tegang diantara mereka berdua. Keadaan menjadi lebih buruk apabila sekumpulan penyerang bertopeng muncul di rumah, dan mula memburu mereka. 

13. Se7en (1995)

Filem seram klasik ini mengikuti kisah dua detektif yang memburu pembunuh bersiri yang membunuh mangsanya berdasarkan tujuh dosa besar mengikut kitab Bible. Setiap pembunuhan akan menjadi lebih ngeri , dan menguji ketabahan penggemar filem seram. 

‘Ending’ yang mengejutkan dan ‘twist’ membuatkan filem ini menjadi salah satu filem seram paling terkenal dalam sejarah. 

Sumber: IMDb, Wikipedia, Screenrant, Bloody Disgusting

Related posts

5 REASONS WHY NEW SERIES LAW SCHOOL WILL MEET YOUR EXPECTATIONS

Zulaikha

New on Netflix: 12 – 18 April 2021

Zulaikha

5 REASONS TO WATCH KOREAN NOIR FILM NIGHT IN PARADISE

Zulaikha

7 QUESTIONS THE FINALE OF SISYPHUS WILL ANSWER

Zulaikha

8 Seram Jepun Yang Pernah Cetuskan Fenomena Suatu Ketika Dahulu

Zulaikha

5 of Our Favourite Anime Shows That Are Perfect Getaways From Reality!

Zulaikha