Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia Trivia

13 Filem Jepun Yang Mampu Menyentuh Hati Anda

Negara Jepun juga memiliki kemampuan unutk menghasilkan sebuah filem yang menyentuh perasaan. Dari adaptasi kisah sebenar sehinggalah ke genre drama romantis, ada beberapa filem telah membuatkan para penonton tersentuh hati, dan adakalanya mengalir air mata.

Jika anda seorang yang gemarkan genre drama, atau terasa mahu ber’feeling-feeling’ sedih, anda boleh lihat senarai dibawah, filem-filem Jepun yang diyakini sedih dan mampu membuatkan anda bertakung air mata.

1. The 8-Year Engagement (2017)

Filem arahanya Takahisa Zeze ini diadaptasikan dari buku biografi Hisashi Nakahara dan Mai Nakahara. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang koma disebabkan penyakitnya, sebelum melangsungkan perkahwinannya.

Walaupun telah pulih, wanita tidak seperti dahulu, perlu belajar kembali cara bercakap dan bergerak dan lebih menyayatkan hati, wanita tersebut tidak mengingati tunangnya. Bagaimanapun, tunang setia menunggunya selama lapan tahun sepanjang pemulihan wanita itu.

2. Hachikō Monogatari (1987)

Diadaptasikan dari peristiwa yang pernah berlaku sekitar tahun 1930an di Shibuya, Tokyo. Hachikō, anjing baka Akita ini menjadi legenda dan simbol kesetiaan dikalangan rakyat Jepun kerana kisahnya yang sangat setia kepada tuannya, Profesor Ueno, walaupun selepas kematian Ueno. Hachikō telah menunggu tuannya yang telah meninggal dunia di sebuah stesen keretapi yang terletak di Shibuya selama 9 tahun sebelum kematianya.

Hollywood juga turut menghasilkan filem mengenai Hachiko berjudul Hachi: A Dog’s Tale lakonan Richard Gere, Joan Allen, dan Sarah Roemer

3. Sunk Into The Womb (2013)

 

Berdasarkan peristiwa sebenar pada tahun 2010, seorang ibu berusia 25 tahun, yang 2 orang anaknya mati kelaparan dikelilingi oleh sampah selepas dia mengurung dan meninggalkan mereka di apartmennya, telah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun.

Ibu tersebut, Sanae Nakamura yang ditinggalkan suami, kerap meninggalkan anak perempuannya berusia 3 tahun dan anak lelaki berusia satu tahun, di apartmen yang terletak di Osaka semasa dia bermalam di rumah teman lelakinya.

Dia mula meninggalkan mereka sendirian pada bulan Mac 2010, pada awal bulan Jun tahun itu dia mula tak balik ke rumah. Tetapi apabila dia akhirnya kembali pada hujung bulan Juna, kedua-dua anaknya itu ditemuai telah mati. Anda boleh kisah selanjutnya disini

4. Nobody Knows (2004)

Filem drama ini berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku di Jepun, iaitu kes “Sugamo child abandonment case”. Kes tersebut mendapat liputan meluas media Jepun dan antarabangsa pada tahun 1988. Kes tersebut merupakan kes penderaan si ibu yang sengaja meninggalkan 5 orang anaknya yang berumur dari 2 sehingga 15 tahun selama 9 bulan .

Walaupun berdasarkan peristiwa sebenar, kisahnya banyak difiksyenkan. Mengisahkan Akira Fukushima (Yûya Yagira) dan adik-adiknya telah ditinggalkan oleh ibu mereka, Keiko (You). Keiko, yang telah pindah dengan kekasih baru, telah meninggalkan Akira yang menjaga adik-adiknya, dengan sedikit wang dan makanan. Akira dan adik-adiknya, yang tidak pernah bersekolah, berjuang untuk bertahan tanpa kemudahan asas kerana mereka hidup sendirian sebuah bangunan pangsapuri di Tokyo.

5. I Just Wanna Hug You (2014)

Filem arahan Akihiko Shiota ini merupakan filem biografi mengenai sepasang kekasih yang mana kisah mereka telah didokumentarikan oleh stesen TBS pada 3 Julai 2011.

I Just Wanna Hugh You menceritakan tentang kisah tragik seorang gadis yang terlibat dalam kemalangan kereta dan menyebabkannya separa lumpuh dan kerosakan otak. Walaupun separa lumpuh, ia tidak menghalang kisah cinta antara gadis tersebut dengan seorang pemuda.

6. A Song to the Sun (2006)

Juga dikenali sebagai Midnight Sun, filem ini mengisahkan pertemuan Fujishuro Koji dan Kaoru Amane, seorang pemuzik jalanan. Semasa bekerja di penginapan tepi pantai dengan rakan sekolah menengahnya, Fujishiro Koji bertemu Kaoru Amane, seorang pemuzik jalanan. Kaoru menderita penyakit yang tidak dapat disembuhkan yang disebut X P (xeroderma pigmentosum), dan tidak boleh terdedah dengan sinaran matahari.

Di bawah cahaya matahari, kedua-duanya tidak akan pernah bertemu. Namun, takdir menyatukan keduanya. Sejak hari dia tiba-tiba kehilangan pekerjaan, Koji sudah kehilangan impiannya. Tetapi ketika dia bertemu dengan Kaoru, yang membuat usaha positif untuk menjadi penyanyi, Koji mendapat kembali minatnya terhadap muzik.

Filem Hollywood berjudul Midnight Sun (2018) diadaptasikan dari filem ini, dan dibintangi Bella Thorne serta Patrick Schwarzenegger.

7. Calling You (2007)

Diarahkan oleh Hagishima Tatsuya, Kimi ni Shika Kikoenai (sebutan Calling You) berdasarkan siri novel ringan berjudul sama oleh penulis popular Otsuichi

Malu, pendiam, dan tidak yakin dengan dirinya sendiri, Ryo Aihara (Riko Narumi) tidak begitu selesa di mana-mana. Walaupun dia ingin berteman, dia menghadapi masalah untuk berbicara dan melakukan perbualan biasa seperti orang lain. Setiap kali dia bercakap, kata-kata itu tidak keluar dengan betul. Secara beransur-ansur, Ryo terbiasa menjalani kehidupan dalam diam sebagai pelajar yang kesepian dan introvert.

Tanpa ada yang boleh bercakap, Ryo juga tidak memerlukan telefon bimbit. Rindu dengan rakan-rakan untuk bercakap, dia membuat telefon bimbit di dalam fikirannya untuk perbualan telefon khayalan, dan yang sangat mengejutkannya, suatu hari Shinya (Keisuke Koide) muncul di seberang. Buat pertama kalinya dalam hidupnya, Ryo telah menemui seseorang yang boleh dia ajak bicara.

8. My Rainy Days (2009)

Berdasarkan novel telefon bimbit popular berjudul sama, My Rainy Days mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun, Rio. Dia selalu menjadi perhatian kerana kecantikannya. Namun, Rio tidak pernah peduli kepada siapa pun kecuali dirinya sendiri kerana mengalami trauma pada masa lalu. Dia hanya menggunakan rakan dan teman lelakinya untuk keuntungannya. Rio hanya berminat dengan wang.

Kemudian pada suatu hari dia bertemu dengan profesor kolej yang berusia 35 tahun, Kouki dan jatuh cinta buat pertama kalinya. Rio merasa bingung dengan perubahan emosinya dan menyatakan cintanya kepada Kouki dengan jujur. Walaupun Kouki tertarik dengan Rio ada alasan dia tidak dapat menjalin hubungan.

9. Crying Out Love in the Center of the World (2004)

Filem arahan Isao Yukisada ini berdasarkan novel Socrates in Love karya Kyoichi Katayama. Pada tahun 1980-an di pulau Kyushu, dua remaja telah jatuh cinta, dan bertukar rahsia dan pemikiran mereka dengan cara menghantar rakaman pita antara satu sama lain. Lebih dari satu dekad kemudian, budak lelaki itu (sekarang dewasa) menemui semula rakaman terakhir suara kekasihnya yang sudah lama mati. Kata-katanya memicu serangkaian kisah lampau yang menggambarkan permulaan yang menggembirakan dan berakhirnya tragis hubungan mereka.

10. I Give My First Love to You (2009)

Takuma dan Mayu berkawan sejak kecil. Takuma pernah menjadi pesakit kepada ayah Mayu yang merupakan seorang doktor. Dia dilahirkan dengan lubang di jantungnya, dan doktor telah menyatakan bahawa dia tidak akan hidup lebih dari usia 20 tahun, jika dia tidak menjalani pemindahan jantung.

Takuma (Okada Masaki) dan Mayu (Inou Mao) membesar bersama dan secara perlahan-lahan mengembangkan perasaan romantis antara satu sama lain sehingga menjadi pasangan. Namun, ketika mereka melangkah ke Sekolah Menengah, Takuma memutuskan untuk berpisah dengan Mayu, kerana dia menganggap bersamanya hanya membuat Mayu bersedih kerana keadaannya.

11. Koizora (2007)

Juga berdasarkan dari novel telefon bimbit berjudul sama, dan sukses dari segi komersial serta kritik. Koizora menceritakan kisah cinta antara Tahara Mika dan Sakurai Hiro yang menyentuh perasaan. Mika berada di tahun pertama sekolah menengah ketika dia bertemu Hiro, seorang pelajar senior. Apabila Mika kehilangan telefonnya, dia menjumpainya semula di perpustakaan sekolah.

Dia mula menerima panggilan telefon misteri dari seorang budak lelaki yang tidak mahu mendedahkan identitinya, tetapi mereka mula saling mengenali. Akhirnya, mereka mengatur untuk bertemu sehari selepas ulang tahun Mika. Budak lelaki itu tidak lain tidak bukan adalah Hiro, dan dia berdiri di hadapan Mika sambil memegang sejambak bunga, mengucapkan selamat ulang tahun. Dari situ, percintaan mereka berkembang

12. Be With You (2004)

Adaptasi novel berjudul sama karya Takuji Ichikawa. Dalam sebuah buku bergambar, ibu Yuji (Mimura) menulis sebuah kisah kepada anaknya, di mana dia menjelaskan kematiannya sebagai perjalanan ke Bintang Akaibo. Dalam kisah ini, dia berjanji bahawa dia akan kembali kepadanya semasa musim hujan, dan tinggal hanya sampai titisan hujan terakhir. Sebagai kisah cinta, kisah antara keluarga dan ibu dan anak lelaki, Ima Ai ni Yukimasu adalah sebuah drama yang mengeksplorasi lingkaran kehidupan.

13. 1 Litre of Tears (2005)

Setelah air mata ditumpahkan, hari baru bermula … Diadaptasi dari novel berjudul yang sama, 1 Liter of Tears berdasarkan kisah benar tentang seorang gadis yang melawan penyakit yang tidak dapat diubati. Koleksi diari hariannya, mencatat pengalamannya dan semangat serta ketekunannya untuk hidup, telah diterbitkan pada tahun 1986, dan buku itu segera menjadi buku terlaris.

Kisahnya yang penuh inspirasi ini telah diadaptasi ke dalam sebuah siri TV hit yang dibintangi oleh Sawajiri Erika dan sebuah filem yang diarahkan oleh Okamura Riki. Ikeuchi Aya yang berusia 15 tahun adalah seorang gadis biasa, anak perempuan kepada keluarga yang bekerja di sebuah kedai tauhu.

Namun, sesuatu yang pelik telah berlaku pada Aya. Dia sering jatuh dan berjalan pelik. Ibunya, Shioka, membawa Aya berjumpa doktor, dan dia memberitahu Shioka bahawa Aya mengalami ‘degenerasi spinocerebellar’ – penyakit yang mengerikan di mana otak secara beransur-ansur merosot hingga ketahap di mana mangsa tidak dapat berjalan, bercakap, menulis, atau makan. Ini adalah kisah yang menyedihkan tetapi memilukan dan semestinya menitiskan air mata.

Sumber: Mydramalist, AsianWiki, Asian Fanatic, Wikipidia, Kakimuvee

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Zulaikha

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

“The Veil” Umum Spin-Off 2 Episod Yang Memberi Fokus Pada Watak Park Ha Sun

Zulaikha

Leave a Comment