Filem bencana / ‘disaster’ seringkali menceritakan tentang bagaimana umat manusia berhadapan dengan malapetaka, sama ada berskala kecil atau berskala besar sehingga memusnahkan dunia. Bencananya pula tidak terhad pada kejadian alam, ada juga yang disebabkan kerakusan dan kesilapan manusia sendiri.
Dengan visual yang memukau, dan kemusnahan yang sangat hebat dan dalam masa yang sama, menakutkan, kami yakin ramai pembaca disini sangat meminat genre ‘disaster’. Untuk artikel kali ini, kami kongsikan senarai 13 filem bencana yang menarik untuk ditonton, dan boleh distrim di beberapa perkhidmatan streaming yang sah (link pada tajuk).
13. Geostorm (2017) – HBO GO
Alat yang sepatutnya digunakan untuk mengawal cuaca global tetapi bertukar menjadi senjata pemusnah yang sangat merbahaya. Geostorm membuktikan hari kiamat manusia tidak hanya disebabkan oleh alam semula jadi atau objek dari angkasa lepas, tetapi juga dari alat yang dicipta oleh manusia sendiri. Ahli teori konspirasi suka dengan filem ini kerana bagi mereka, wujud senjata yang mengawal cuaca.
12. 2012 (2009) – Netflix
Roland Emmerich menjadi Raja Bencana Hollywood pada era 90an – terima kasih kepada filem bencana yang bertema makhluk asing dan raksasa seperti Independence Day dan Godzilla. Filem tahun 2009 ini, yang menampilkan banyak pelakon bintang, merupakan antara filem bencana terbaiknya. Peristiwa suar solar yang jarang sekali berlaku telah menyebabkan teras Bumi menjadi sangat panas, dan bakal mengakibatkan kerak Bumi bergerak secara ganas, memuntahkan letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami besar yang mengancam kepupusan semua kehidupan.
Jika diteliti pada plot dan interaksi antara watak, anda mungkin akan berkata “filem ini tidak sehebat mana”, tetapi skala kemusnahan yang agak besar yang ditonjolkan Emmerich akan membuatkan anda melupakan semua itu. 2012 boleh distrim di Netflix.
11. Twister (1996) – Netflix
Kita jarang-jarang sekali melihat puting beliung di negara kita, jika ada pun ianya tidak begitu memberi kemusnahan yang cukup besar sepertimana yang sering dialami penduduk di negara Uncle Sam. Filem Twister arahan Jan de Bont ini memberi gambaran betapa dasyatnya malapetaka yang disebabkan puting beliung.
Filem ini tidaklah berskala besar sehingga memusnahkan seluruh Bumi, tetapi kekuatan angin telah menyebabkan hampir sebuah negeri di Amerika Syarikat musnah sama sekali. Satu pekara yang menarik perhatian tentang Twister adalah penggunaan kesan komputer terkini – yang pada waktu itu masih baru dalam dunia sinematik. Di laman-laman rating Twister tidak begitu menyerlah dan sekadar sederhana, tetapi kita masih melekat di tempat duduk jika menontonya sekali lagi.
10. Deep Impact (1998) – Netflix
Tahun 1998 adalah tahun dimana Bumi dihentam tahi bintang (bahasa pasar), tak maksud saya tahun tersebut terdapat dua filem box office yang berkisarkan tentang ancaman asteroid berskala .. kiamat, iaitu Deep Impact dan Armageddon. Berbeza dengan filem Michael Bay Armageddon, Deep Impact arahan Mimi Leder lebih menfokuskan emosi dan sensitiviti umat manusia di bumi ketika mereka menyerahkan diri pada hentaman asteroid yang sangat besar. Dengan Steven Spielberga dibelakang filem ini, kita dapat merasakan kemusnahan disebabkan asteroid adalah lebih realistik.
9. Armageddon (1998) – Disney+ Hotstar
Antara Deep Impact dan Armageddon mana yang paling anda suka? saya dapat merasakan ramai dikalangan anda lebih suka pada filem arahan Michael Bay. Ya! Bay sangat suka dengan segala benda yang meletup, Armageddon tidak ketinggalan. Walaupun tidak tepat dari segi saintifik dan tidak realistik – diakui sendiri oleh Bay, Armageddon memberikan aksi-popcorn yang sangat disukai peminat. Disebabkan pasukan Harry (Bruce Willis) berjaya mengerudi dan menyumbat bom nuklear di perut asteroid, Bumi terselamat dan kita terus disajikan dengan filem-filem bombastik Michael Bay. Jika anda melanggan Disney+ Hotstar, anda strim filem ini!.
8. The Wandering Earth (2019) – Netflix
Salah satu filem paling hit dan paling sukses dalam sejarah industri filem China. Disebalik kegilaan mengemudi Bumi ke sistem planet yang lain, terdapat ketepatan sainstifik terutamanya ketika matahari semakin mati – dimana ia membesar menjadi Red Giant yang akan menelan Bumi, dan tsunami besar disebabkan Bumi berhenti berputar. Agak gila dalam sejarah peradaban dimana semua umat manusia bersatu, membina satu enjin yang besar dan menjadikan Bumi seperti kapal angkasa gergasi, keluar dari sistem suria untuk menjadi ‘Rogue Planet’ dan mengemudinya ke sistem baru yang dikenali sebagai Alpha Century – yang jauhnya beratus tahun cahaya.
The Wandering Earth mengabungkan semua tema filem-filem bencana, dari 2012, ke kesejukan melampau seperti The Day After Tomorrow, hinggalah tamadun seperti The Mortal Engines dan penggembaraan angkasa seperti Interstellar. Anda boleh saksikan semua kegilaan ini, dalam satu filem, di Netflix.
7. The Day After Tomorrow (2004) – Disney+ Hotstar
Bumi pernah melalui zaman ais, beribu-ribu tahun dahulu, dan Roland Emmerich membawakan kepada penonton satu lagi ‘disasterpiece-nya’ menerusi filem The Day After Tomorrow. Plotnya tidak begitu besar seperti 2012, hanya mefokuskan pada sekumpulan individu, seperti Dennis Quaid yang cuba menyelamatkan anaknya, lakonan Jake Gyllenhaal, yang terperangkap di kota Manhattan. Walaupun bencana tidak begitu besar seperti filem bencana seterusnya, filem ini memperlihatkan bagaimana kerajaan, seperti naib presiden AS, yang tidak acuh dengan amaran saintis mengenai zaman ais seterusnya. Ironinya, naib presiden AS itu terpaksa melarikan diri ke Mexico kerana hampir keseluruhan negaranya telah bertukar menjadi ais.
Nak lihat betapa najisnya perangai pemerintah, pengaruh politik dan kegilaan mengejar kekayaan serta kekuasaan yang akhirnya akan membawa malapetaka besar kepada Bumi? teruskan membaca.
6. Crawl (2019) – Netflix
Filem ‘disaster’ yang fokus pada kelangsungan hidup seorang wanita muda dan ayahnya, yang terperangkap ketika taufan besar melanda Florida. Kaya Scodelario melakonkan watak seorang pelajar kolej dan perenang kejuaraan yang cuba menyelamatkan bapanya (Barry Pepper) yang keras kepala. Dengan rumah mereka dibanjiri air yang deras, terperangkap pula dengan dua ekor buaya gergasi, filem ini adalah gabungan psikdrama keluarga, seram dan bencana. Crawl sememangnya sangat menakutkan, tegang dan sesuai untuk mereka yang gemarkan sebegini.
Kaya Scodelario plays a college student and championship swimmer who tries to check in on her headstrong father (Barry Pepper) as a massive hurricane hits Florida — only to wind up stuck with him in the dark, flooded basement of their old family home, trapped by two giant alligators. It’s a family psychodrama and a killer gator flick and a disaster movie all rolled into one. Director Alexandre Aja, an expert at tight, austere horror films, builds tension with the ruthless efficiency of a sadistic engineer, but Crawl never feels cheap or opportunistic. We become unusually attached to the survival of this young woman and her dad. Practically dumped into theaters last year, this deserves greater acclaim.
5. Greenland (2020) – HO GO.
Gerard Butler mungkin boleh melawan beratus musuh, tetapi dia tidak mampu untuk menghalang kedatangan komet. Filem bencana lakonan Butler ini digambarkan sebagai kacukkan Melancholia (2012) dan The Shelter karya Rod Serling. Sebuah komet sedang menuju ke Bumi dan kemungkinan akan menyebabkan malapetaka yang boleh menghapuskan seluruh kehidupan di Bumi. Butler yang memainkan peranan seorang jurutera sedaya upaya membawa isteri dan anaknya yang sakit ke tempat yang selamat, iaitu sebuah pelindungan rahsia yang hanya dibenarkan pada orang tertentu, Butler salah seorangnya. Filem ini kurang penggunaan CGI, tetapi sangat beremosi dan penuh aksi, sepertimana mereka mencipta filem bencana pada era 90an. Filem bencana yang menarik, dah berganda lebih menarik jika anda meminati Gerard Butler.
4. Contagion (2011) – HBO GO
Ok, kita lupakan sebentar bencana yang disebabkan komet, gempa bumi dan sebagainya. Filem arahan Steven Soderbergh ini membawa kita melihat bencana yang disebabkan penyakit.. ya penyakit.. seperti yang kita lalui beberapa tahun kebelakangan ini. Soderbergh dan penulis Scott Z. Burn memperlihatkan bagaimana pandemik global memberi kesan pada semua lapisan masyarakat – sangat berbeza dari tipikal ‘disasterpiece’. Ia memberi fokus pada proses dan menolak masyarakat ketahap yang paling ekstrem. Skrip yang tajam, pengarahan dan lakonan aktor menjadi faktor penting filem ini, dan kita tidak perlu menunggu masa yang lama untuk melihat pembangunan watak, dan ianya menyelinap terus ke emosi anda.
Ingin ketahui lebih banyak filem mengenai penyakit berjangkit dan pandemik global? ANDA BOLEH BACANYA DISINI!
3. Don’t Look Up (2021) – Netflix
Tidak begitu ‘disaster’ jika hendak dibandingkan dengan filem-filem diatas, tetapi Don’t Look Up mempunyai caranya sendiri, untuk menyampaikan bahaya yang bakal menimpa dan tindakbalas dari pemerintah dan masyarakat. Filem ini lebih kepada satira komedi yang menyentuh pelbagai aspek pada masa kini, terutamanya politik, sikap tidak ambil serius orang ramai, sosial media dan kegilaan mengaut keuntungan.
Akhirnya, apabila masanya makin hampir, segalanya sudah terlambat. Kalau dalam bahasa orang-orang utara, ayat “aku dah habaq dah..komet tu nak mai hentam Bumi” adalah yang paling sesuai. Pada masa itu, umat manusia diambang kepupusan, yang terselamat, melarikan diri macam pengecut? hanyalah orang-orang kaya dan politik yang menjadi punca kepada kemusnahan Bumi – mesej yang cukup halus. Mujur mereka semua akhirnya dimakan ‘Bronterocs’
2. The Perfect Storm (2000) – Netflix
Wolfgang Petersen (yang mengarahkan filem thriller kapal selam epik Das Boot) merupakan pilihan yang ideal untuk menerajui adaptasi buku laris Sebastian Junger ini tentang tiga ribut besar yang bertembung pada tahun 1991 dan menyebabkan kerosakan teruk di seluruh Timur Laut AS. Filem ini memfokuskan pada bot nelayan komersial Andrea Gail dan krewnya yang ditakdirkan melawan ribut paling hebat pada waktu itu. Dibarisi pelakon bintangi seperti George Clooney dan Mark Wahlberg, The Perfect Storm mencetuskan ketegangan dan ketakutan melihat ombak yang cukup besar.
1. Titanic (1997) – Disney+ Hotstar
Bakat James Cameron diakui sangat hebat sehingga dia telah mencipta banyak filem bertahap karya agung, salah satunya adalah Titanic. Dia membawa kecintaannya terhadap lautan, dan kesukaannya terhadap kisah cinta dengan tragedi kehidupan untuk mencipta sebuah filem terhebat sepanjang zaman. Ini adalah kisah tentang dua orang muda yang mencari antara satu sama lain, jatuh cinta, dan kemudian dipisahkan oleh bencana yang tidak dapat dibayangkan. Kisah yang telah membuatkan anda sedih sewaktu kecil, dan tetapi sedih ketika menonton sewaktu anda sudah dewasa.