Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

13 Drama Jepun Yang Pernah Menjadi Kegilaan Ramai Suatu Ketika Dahulu


Sebelum drama-drama Korea menjadi popular pada masakini, drama dari Jepun terlebih dahulu berjaya menambat hati para peminat tempatan. Antara yang  menjadi kegilaan para remaja suatu ketika dahulu (yang kini telah menjadi mak-mak dan ayah-ayah) sudah tentunya Great Teacher Onizuka. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa drama yang popular dikalangan kita semua. Nak tahu? Dah lupa drama apa? mari lihat senarai “13 Drama Jepun Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu”

1. Gokusen Musim 1 (2002)

Kisah seorang yakuza perempuan, Yamaguchi Kumiko (Nakame Yukie) jadik cikgu sekolah dan mengajar kelas yang paling bermasalah dalam sekolah tu, iaitu Kelas 3-D.

Para pelajar kelas 3-D sentiasa berusaha membuat sesuatu agar Yamaguchi akan meninggalkan sekolah. Pelbagai insiden kelakar terjadi sewaktu mereka cuba membuatkan Yamaguchi berhenti mengajar di sekolah itu tetapi sedikit pun tidak memberi kesan kepada Yamaguchi. Namun begitu, para pelajar kelas 3-D tidak mengetahui rahsia sebenar Cikgu Yamaguchi di mana dia rupa-rupanya adalah perwaris kepada kumpulan yakuza yang bernama Ooedo.

2. Beach Boys (1997)

Mengisahkan 2 pemuda bernama Hiromi (Takashi Sorimachi) dan juga Kaito (Yutaka Takenouchi), yang secara tak sengaja telah bertembung semasa mereka ingin bercuti di tepi pantai. Hiromi merupakan bekas peserta perenang olimpik Jepun yang datang bercuti di tepi pantai selepas ditinggalkan kekasihnya.

Manakala, Kaito pula datang ke situ untuk mencari ketenangan selepas melalui kehidupan yang sibuk di tengah bandar sebagai perkerja korporat. Mereka berdua tinggal di chalet yang diuruskan oleh peluncur air yang sudah bersara iaitu Masaru dan cucunya, Makoto.


Sepanjang drama ini kita akan melihat bagaimana Hiromi yang berperwatakan happy go lucky cuba untuk berkawan dengan Kaito yang lebih serius orangnya.

3. Beautiful Life (2000)

Drama ini mengisahkan Shuji Okishima (Takuya Kimura) yang bertemu dengan Kyoko Machida (Takako Tokiwa) dalam satu kemalangan kecil. Kyoko adalah seorang yang kurang upaya yang hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda manakala Shuji adalah seorang pendandan rambut yang bekerja untuk sebuah majalah hiburan popular.

Walaupun datang dari dunia yang berbeza, tetapi cinta telah menyatukan hati mereka berdua. Namun begitu percintaan Shuji dan Kyoko telah ditentang oleh abang Kyoko disamping penyakit yang dihidapi oleh Kyoko semakin serius dan tenat.

4. My Boss My Hero (2006)

Remake dari filem Korea, My Boss My Hero (2001). Mengisahkan tentang Makio Sakaki (Tomoya Nagase), yang juga dikenali sebagai “Tornado”, gangster yakuza berusia 27 tahun, yang ingin menggantikan ayahnya sebagai ketua geng tersebut.

Walau bagaimanapun, Makio tidak begitu cerdik, maka ayahnya memutuskan untuk menghantarnya kembali ke Sekolah Menengah dan membuat perjanjian dengannya, jika dia boleh lulus dia boleh menjadi pemimpin baru kumpulan itu. Jika Makio tidak lulus, kedudukan bos akan diberikan kepada adiknya, Mikio. Terpaksalah dia sekolah balik walau dah tua dengan menyembunyikan identiti dan umur sebenarnya.

5. Nodame Cantabile (2006)

Adaptasi dari siri manga karya Tomoko Ninomiya, “Nodame Cantabile” (2001). Drama ni kelakar, heroin dia pengotor gila tapi genius sebab main piano guna pendengaran je tanpa tengok skor muzik dan obses gila dengan hero, Chiaki (Tamaki Hiroshi). Drama Korea pun ada buat remake (2014), Cantabile Tomorrow. Tapi aku tengok tak habis pun yang versi Korea tu, sebab hmmm hero dengan heroin tak ada chemistry, tak sehebat yang Jepun punya.

Mengisahkan Chiaki adalah pelajar tahun akhir jurusan piano yang memiliki bakat muzik yang luar biasa, cita-citanya adalah menjadi konduktor dari sebuah orkestra, tetapi kerana takut menaiki pesawat dan kapal laut, maka ilmu muziknya kurang berkembang, Chiaki tidak boleh belajar ke luar negara. Sedangkan Nodame adalah pelajar pelik yang mengambil jurusan piano, walaupun bermain piano entah apa-apa caranya tapi sangat enak didengar, dan banyak orang yang mengagumi permainannya, termasuk para instruktor.

Suatu hari Chiaki bertengkar dengan instruktor pembimbingnya iaitu Eto Kozo. Hal ini membuat Chiaki mendapat instruktor pembimbing yang baru, yang ternyata instruktor itu juga pembimbing Nodame (Juri Ueno). Nodame sangat gembira dapat sekelas dengan Chiaki kerana Chiaki adalah cinta pertama Nodame. Sebaliknya, Chiaki sangat tertekan dengan cara Nodame bermain piano yang selalu tak menurut skor dalam buku. Tetapi melihat Nodame yang bekerja keras untuk belajar piano, akhirnya Chiaki membantu mengajari Nodame.

6. Engine (2005)

Mengisahkan Jiro Kanzaki (Takuya Kimura) yang merupakan pelumba kereta F3000 yang menghadapi kemalangan di eropah dan menyebabkan dia terpaksa pulang ke Jepun. Selepas sembuh, pasukannya tidak mahu mengambilnya semula kerana faktor usia dan pasukannya sudah memiliki ahli yang lebih muda dan berbakat.

Walaupun kecewa, Jiro tidak mudah berputus asa dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat kembali berlumba. Jiro pulang ke rumah ayah angkatnya yang pada ketika itu sedang menguruskan rumah anak-anak yatim. Pada mulanya Jiro buat endah tak endah terhadap anak-anak yatim yang berada di rumah ayah angkatnya, tetapi lama kelamaan Jiro menjadi semakin rapat dengan mereka dan perlahan-lahan anak-anak yatim ini menjadi inspirasi kepada Jiro untuk mencapai impiannya.

7. Hanazakarino Kimitachihe (2007)

 

Berdasarkan siri shōjo manga tulisan Hisaya Nakajo. Mizuki Ashiya (Maki Horikita) adalah seorang gadis Jepun yang tinggal di Amerika Syarikat. Pada suatu hari, dia melihat seorang atlet muda Izumi Sano (Shun Oguri) dalam satu pertandingan lompat tinggi di televisyen. Mizuki pun mulai mengidolakannya. Satu hari, semasa di Amerika, Sano mengalami cedera kerana berusaha menolong Mizuki dari penjahat.

Sano berhenti menjadi atlet lompat tinggi sejak saat itu. Mizuki menyalahkan dirinya sendiri atas insiden itu dan memutuskan untuk pergi ke Jepun dan membantu Sano untuk kembali menjadi atlet lompat tinggi semula.

Sano bersekolah di sekolah kesemua lelaki, jadi Mizuki harus berpura-pura menjadi seorang lelaki untuk bertemu dengannya lagi. Sano mula mengetahui identiti Mizuki yang sebenarnya ketika kakak Mizuki datang ke Jepun. Sano menyembunyikan fakta bahawa dia tahu identiti Mizuki yang sebenarnya.

Korea (2011) dan Taiwan (2006, di adaptasi secara longgar) ada buat remake drama ni, dua-dua aku tak tengok pun.

8. Long Vacation (1996)

Minami dan Sena (Takuya Kimura) bertemu apabila rakan sepangsapuri Sena, Asakura, meninggalkan Minami pada hari perkahwinan mereka. Minami mengetahui dari Sena yang Asakura telah melarikan diri, dimana dia berada tidak diketahui. Sena membenarkan Minami masuk ke pangsapuri itu, kerana Minami tidak mempunyai wang, dia telah memberikan semua wangnya kepada Asakura, dan tidak dapat membayar sewa pangsapurinya.

Inilah permulaan percintaan antara Sena dan Minami. Minami dan Sena mengaku dan saling menghormati tentang masalah hubungan mereka dan kekurangannya dalam kehidupan.

Drama ini merupakan gambaran semasa Jepun mengalami kemelesetan ekonomi yang mendalam, ketika rakyat-rakyatnya mengalami kemunduran yang membimbangkan dari kegagalan berterusan untuk memperolehi pendapatan yang stabil.

9. Power Office Girls (1998)

Berdasarkan manga Shomuni karya Hiroyuki Yasuda. Shomuni, itulah nama umum yang diberikan kepada General Affairs Section 2, sebuah department dalam sebuah syarikat. Ada 6 wanita yang berkerja di department ini yang dikenali sebagai “the dump”. Tapi Chinatsu Tsuboi (Makiko Esumi) mengatakan bahawa nilai wanita sama sahaja dengan lelaki.

Dengan Chinatsu sebagai tumpuan, mereka menciptakan drama pejabat tentang perkerja wanita yang penuh semangat dan akan memastikan yang mereka tidak boleh dipandang rendah dalam sistem kelas sosial di dalam syarikat.

10. One Litre of Tears (2005)

Drama ini diangkat dari kisah sebenar seorang gadis bernama Aya Kito yang menderita sebuah penyakit yang tidak dapat disembuhkan saat berusia 15 tahun, namun dapat bertahan hidup hingga usia 25 tahun. Drama ini diadaptasi dari diari yang ditulis oleh Aya sehinggalah dia tidak dapat memegang pen lagi. Diari tersebut diberi judul 1 Litre no Namida dan berjaya dijual lebih dari 1.1 juta salinan di Jepun.

Aya Ikeuchi (Erika Sawajiri) adalah seorang gadis berusia 15 tahun yang hidup di dalam sebuah keluarga pembuat tauhu. Pada suatu hari, hal-hal yang tidak biasa mulai dialami Aya. Dimulai sering terjatuh dan berjalan dengan pelik. Ibunya Shioka, membawa Aya untuk menemui doktor, dan Aya di diagnosis terkena penyakit Ataksia Spinoserebelar, sebuah penyakit jarang-jarang berlaku di mana otak kecil secara bertahap menjadi semakin buruk hingga ke keadaan di mana penderita tidak dapat berjalan, berbicara, menulis atau makan lagi.

11. Love Generation (1997)

Love Generation, mengisahkan Katagiri Teppei (Takuya Kimura) dan Uesugi Riko (Takako Matsu), yang memulai hubungan mereka sebagai rakan sekerja yang selalu bertengkar sebelum jatuh cinta. Katagiri Teppei adalah pereka iklan yang berbakat dan sangat popular di kalangan wanita. Bagaimanapun Teppei, yang tidak suka mengikut peraturan, terpaksa berpindah ke department penjualan kerana tingkah lakunya yang angkuh.

Sepanjang drama, dia dipaksa untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan kerja yang baru, termasuk memotong rambutnya yang berharga untuk menciptakan penampilan lebih kemas, rapi dan lebih profesional. Semasa dia menyesuaikan diri, dia bertemu dengan Uesugi Riko. Pada awalnya dia tidak menyukainya, akhirnya dia jatuh cinta kepadanya. Teppei berjumpa kembali dengan bekas kekasih semasa zaman persekolahannya, Mizuhara Sanae, dan mengetahui bahawa bekas kekasihnya itu sekarang bertunang dengan abangnya sendiri iaitu Soichiro.

12. Hana Yori Dango (Boys Over Flower)

Terdapat 2 musim dan satu filem. Taiwan terlebih dahulu membuat live action bertajuk Meteor Garden (2001) diikuti Jepun menerusi versi drama Hana Yori Dango dan diikuti Korea dan China, iaitu Boys Over Flower (2009), dan Liu Xing Yu (2009)

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis miskin bernama Makino Tsukushi (Inoue Mao) yang mendapat biasiswa di sekolah elite Eitoku Gakuen. Sekolah tersebut dikuasai oleh empat pemuda kaya dengan gelaran Flower 4 (F4) iaitu Mimasaka Akira (Abe Tsuyoshi ), Nishikado Sojiro (Matsuda Shota), Hanazawa Rui (Oguri Shun), dan ketuanya, Domyoji Tsukasa (Matsumoto Jun).

Siapa sahaja yang menentang F4 akan mendapat notis merah dan dibuli oleh seluruh pelajar di sekolah tersebut. Makino yang pada awalnya bukan siapa-siapapun, tiba-tiba menjadi terkenal. Tapi terkenalnya bukan kerana cantik atau pintar, melainkan kerana dia dapat notis merah dari F4 gara-gara membela rakannya yang tanpa sengaja mengotori baju Domyoji.

13. Great Teacher Onizuka (1998)

Berdasarkan shōnen manga ditulis dan diilustrasi oleh Tooru Fujisawa. Asalnya dibuat siri dalam Weekly Shōnen Magazine dari Mei 1997 – April 2002.

Mengisahkan seorang guru yang bernama Onizuka Eikichi (Takashi Sorimachi) yang menjadi guru kelas kepada kelas yang bermasalah di Sekolah Gakuin. Onizuka juga sebenarnya merupakan seorang ketua kumpulan gangster motorsikal tetapi dia tidak terlalu menonjolkan kisah di sebalik tabir kehidupannya kepada para pelajar.

Walaupun para pelajar kelasnya sentiasa berusaha untuk mengusir Onizuka keluar dari sekolah, Onizuka dapat menghadapinya dengan tenang sekali malah menyebabkan ramai pelajar semakin menyukainya. Onizuka juga menggunakan kaedah pengajaran yang cukup berbeza berbanding guru-guru lain di mana Onizuka lebih mementingkan tentang pengajaran hidup yang menyebabkan para pelajarnya sayang dan lebih mempercayainya.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee