Slot AsiaTrivia

12 Filem Seram Korea Yang Mampu Buatkan Anda Merasa Takut (Part 1)

Views

Drama dan filem Korea sememangnya sangat popular dikalangan penonton di Malaysia. Walaupun terkenal dengan genre drama, komedi dan aksi, genre seram seringkali terlepas pandang. Walaupun tidak popular, Korea banyak menghasilkan filem-filem seram, dan ada diantaranya yang sukses di pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan itu, kami di Kakimuvee ingin senarai filem-filem seram Korea yang akan membuatkan anda merasa takut. 

1. A Tale of Two Sisters (2003)

Filem seram klasik Korea yang diinspirasikan dari cerita rakyat era Dinasti Joseon berjudul Janghwa Hongryeon jeon. Plot ini memfokuskan pada pesakit yang baru dibebaskan dari institusi mental yang pulang ke rumah dengan adiknya, hanya untuk menghadapi peristiwa yang menakutkan antara ibu tirinya dan hantu-hantu yang menghantui rumah mereka - semuanya berkaitan dengan masa lalu yang gelap dalam sejarah keluarga mereka. Twist yang dipaparkan dalam filem ini memerlukan penonton untuk menyaksikan filem ini beberapa kali. 

2. Gonjiam: Haunted Asylum (2018)

Filem seram Korea yang mendapat kutipan kedua tertinggi dibelakang A Tale of Two Sisters. Bertemakan "found footage", Gonjiam: Haunted Asylum berdasarkan dari tempat paling berhantu di Korea, iaitu hospital psikiatri Gonjiam. Filem ini mengisahkan kru web seram yang pergi ke Hospital Psikiatri Gonjiam yang telah ditinggalkan. Mereka menyiarkan pengalaman mereka secara langsung untuk mendapat tontonan dan publisiti tanpa mengentahui yang mereka bakal diganggu entiti misteri.

3. The Doll Master (2004)

Anak patung selalunya comel, tetapi ada juga yang menakutkan seperti yang ditunjukkan dalam filem The Doll Master. Filem ini menceritakan tentang 5 pemuda, pembuat patung yang senyap dan pembantunya yang berdedikasi, serta seorang orang tua yang dirantai dibawah rumah dan gadis misteri yang berpakaian berwarna merah... mereka semua berada di muzium patung yang sunyi ditengah hutan. Dari perjalanan yang menyeronokkan untuk menjadi model patung, segera berubah menjadi mimpi ngeri dimana tidak semua orang akan terselamat 

4. The Mimic (2017)

Sekiranya anda meminati cerita hantu klasik, The Mimic mungkin boleh menjadi tontonan anda. The Mimic menceritakan tentang sepasang suami isteri yang kehilangan anak perempuannya lima tahun yang lalu. Mereka berpindah ke luarbandar untuk melupakan apa yang terjadi. Legenda mengatakan terdapat makhluk yang boleh meniru suara manusia. Satu hari, Hee-yeon telah menemui kanak-kanak kecil yang sesat di kawasan hutan dan membawanya pulang. Apabila mendengar suara kanak-kanak itu yang merupai suara anaknya, Hee-yeon semakin rapat dengan kanak-kanak tersebut, namun dia tidak tahu gadis kecil itu bukan seperti disangka. 

5. The Piper (2015)

Korea mempunyai kemampuan untuk mengadaptasi kisah dongeng Barat ke sebuah filem seram yang sangat menakutkan. Ini yang dipaparkan dalam filem The Piper yang diadaptasikan dari kisah dongeng The Pied Piper of Hamelin. Selepas Perang Korea, Woo-Ryong dan anaknya Young-Nam berjalan kaki ke Seoul mendapatkan rawatan batuk kering yang dihidapi Young-Nam. Sepanjang perjalanan ke sana, mereka menjumpai jalan yang tidak jelas di kawasan gunung. Woo-Ryong memutuskan untuk menempuh jalan tersembunyi itu

Tidak lama kemudian, Woo-Ryong dan Young-Nam menjumpai sebuah kampung. Perkampungan itu kelihatan kaya dan damai. Penduduk diketuai oleh seorang ketua kampung. Woo-Ryong mengetahui bahawa kampung ini adalah tempat yang indah untuk didiami, kecuali kawasan itu dipenuhi tikus. Woo-Ryong memainkan paip dan nampaknya mempunyai kebolehan luar biasa. Dia membuat tawaran untuk menghalau tikus dan ketua kampung menerimanya dengan membayarnya sejumlah besar wang. Woo-Ryong juga jatuh cinta kepada dukun wanita muda di kampung. Walaupun semuanya nampak berjalan lancar, mimpi buruk Woo-Ryong akan bermula.

6. White: Melody of Death (2011)

Dunia K-pop bukanlah mudah dan tidak adil, apatah lagi untuk berjaya. Filem ini menterjemahkan bagaimananya sukarnya untuk menjadi ido. Ia mengisahkan tentang kumpulan gadis yang bergelut untuk mencapai kejayaan, dan dibayangi oleh kumpulan yang lebih popular. Setelah menjumpai pita VHS video muzik lama berjudul "White" yang belum diterbitkan, mereka mengambil lagu itu dan mempersembahkannya. Lagu itu membuatkan mereka mencapai kejayaan dengan begitu pantas, tetapi sesuatu yang menakutkan menimpa mereka. Satu demi satu anggota kumpulan itu mengalamai nasib yang mengerikan. Ada sesuatu yang menyeramkan mengenai pita itu ... dan mencuri kerja orang lain bukanlah perkara yang baik.

7. Train to Busan (2016)

Filem zombi yang membawa filem Korea ke persada antarabangsa. Filem ini mengisahkan tentang Seok-woo, seorang pengurus kewangan di Seoul. Seok-woo berpisah dari isterinya dan tinggal dengan anaknya Soo-an. Seok-Woo tidak banyak menghabiskan masa dengan anak perempuannya atau menunjukkan kasih sayang kepadanya. Pada malam sebelum hari jadi Soo-An, Soo-An berkeras mahu berjumpa ibunya sempena hari jadinya. Seok-Woo tidak mempunyai pilihan lain, tetapi terpaksa untuk membawa Soo-an ke Busan.

Pagi keesokan harinya, mereka naik kereta api laju Korea Train eXpress (KTX) ke Busan dari Stesen Seoul. Sebelum kereta api KTX meninggalkan Stesen Seoul, gadis seperti zombie melompat ke atas kereta api. Gadis itu dijangkiti virus yang dahsyat yang menyebar dengan pantas. Seok-Woo, Soo-An dan penumpang lain di kereta api KTX kini mesti berjuang demi kehidupan mereka dari virus yang akan mengakibatkan manusia menjadi zombie.

8. Killer Toon (2013)

Tajuk mungkin kedengaran komedi, tetapi ia tidak seperti disangkakan. Menggunakan konsep webtoon sebagai medium seram dengan mengabungkan komik dan kehidupan sebenar. Pelukis webtoon Kang Ji-yoon gemar meniru karya seni orang lain. Kehidupannya menjadi tunggang-langgang selepas penerbitnya ditemui mati, dan kematiannya sama seperti webtoon terbarunya. Ji-yoon tidak mempunyai alibi dan nampaknya seperti menyembunyikan sesuatu. Kemudian berlaku satu lagi pembunuhan yang mencerminkan karyanya, lalu dia menjadi suspek utama dalam dua kes pembunuhan. Adakah dia dalang dalam kes tersebut?

9. The Wailing (2016). 

The Wailing bukan sekadar filem seram biasa, ianya cukup mengganggu sehingga menyebabkan anda merasa takut. Dan, dengan 20 minit terakhir yang agak menyeramkan, serta pengakhiran yang akan membuatkan anda berfikir selama berhari-hari, The Waling menjadi salah satu filem seram Korea yang harus anda tonton. 

Wabak penyakit yang membunuh telah merebak di sebuah desa, di mana mereka akan menderita menjadi gila sebelum mati dengan cara yang mengerikan. Seorang lelaki Jepun yang misteri telah disyaki menjadi penyebab kepada wabak tersebut. Ketika anak perempuan Pegawai Jong-goo mula menunjukkan gejala penyakit, dia berusaha untuk menyelamatkannya - hanya untuk mengetahui bahawa penyebabnya mungkin dari syaitan. Filem ini tidak memaparkan hantu, hanya prospek kejahatan yang akan mengejutkan penonton serta kehebatan karakternya. Selain itu juga, filem ini  turut menyentuh sejarah hubungan Jepun-Korea yang agak tegang (tidak hairanlah mengapa penduduk kampung ini begitu cepat menyalahkan orang asing Jepun?).

10. Bloody Reunion (2006)

Jika anda menginginkan sesuatu yang berdarah tanpa melibatkan hantu, filem ganas dan 'gore' ini harus menjadi piihan anda. Bloody Reunion memaparkan penyeksaan dan adegan kematian yang akan membuatkan hati anda lemah. Mi-ja adalah pengasuh kepada Cik Park yang sudah berumur, yang merupakan bekas guru sekolahnya. Dia mengadakan perjumpaan kelas dengan bekas pelajar Cik Park. Menjadi jelas bahawa setiap pelajar membenci Ms. Park dengan alasan mereka yang tersendiri. Tidak lama lagi, seorang pembunuh bertopeng kelinci mula muncul, dan membunuh mereka seorang demi seorang.

11. The Closet (2020)

Bayangkan almari anda menyimpan sesuatu rahsia yang amat menakutkan. Itulah yang dihadapi oleh Sang-won dalam filem seram The Closet. Filem ini berkisar tentang Sang-Won, yang menjadi duda selepas isterinya meninggal dunia akibat kemalangan. Sang-Won mempunyai seorang anak perempuan Yi-Na (Heo Yool), tetapi hubungannya dengan Yi-Na menjadi canggung. Untuk memulihkan hubungannya dengan Yi-Na, mereka berpindah ke rumah baru. Sang-Won cuba berbaik dengan Yi-Na, tetapi tidak sukar. Suatu hari, Yi-Na memberitahunya bahawa dia mempunyai kawan baru. Sejak waktu itu, dia mula ketawa. Tetapi, Sang-Won mendengar bunyi aneh dari almari Yi-Na dan dia melihat tanda-tanda pelik dari Yi-Na. Sang-Won kemudiannya mengalami bermimpi pelik.

Suatu hari, Yi-Na hilang secara tiba-tiba. Ketika sedang mencari anak perempuannya, Sang-Won didatangi seorang lelaki misteri bernama Kyung-Hoon. Dia memberitahu Sang-Won bahawa dia tahu di mana Yi-Na berada dan menunjukkan kearah almari milik anak perempuannya.

12. Hansel and Gretel (2007)

 

Apabila Korea menghasilkan Hansel and Gretel, ianya cantik, tetapi lebih 'disturbing', dan menakutkan dari kisah dongeng yang diceritakan oleh Brothers Grimm. Filem ini mengisahkan tentang Eun-soo yang mengalami kemalangan kereta berhampiran hutan, di mana dia diselamatkan oleh seorang gadis kecil. Dia membawa Eun-soo pulang ke rumah keluarganya: ibu bapa dan dua adik beradiknya. Mereka kelihatan sempurna tetapi Eun-soo menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada mereka. Apabila ibu-bapa kanak-kanak itu hilang, Eun-soo mendapati dia bersendirian dengan mereka sehinggalah dia akhirnya menyedari bahawa kanak-kanak itu akan menghukum mana-mana orang dewasa yang tidak menyenangkan mereka dengan cara yang sangat mengerikan.

Senarai filem-filem lain akan dikeluarkan dalam artikel seterusnya.

Sumber: BuzzFeed, Asianwiki, IMDb, Rottentomatoes, Wikipedia

 

1 Ulasan

  • hmmmm ntah la min,,, tak berani la… saya kalau hantu orang puteh saya ok je,, tapi bab hantu from asia ni tak berani nak tgk lg2 kalau sorang2..perghh… maybe from hantu from asia terasa dkt dgn diri kita ni… haishh… citer hantu thai indon melayu jepun korea mmg saya x boleh tgk sorang :(… tp kalau hantu hollywood bak mai sini.. hahahhahahah…

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks