Trivia

12 Filem Antarabangsa Yang Gagal / Flop Pada Tahun 2019

X-Men: Dark Phoenix, Terminator: Dark Fate & Gemini Man antara yang tersenarai

Views
Sumber Gambar: Youtube IGN

Tiada satupun studio penerbitan atau pengarah yang mahu melihat filem mereka rugi atau gagal dipentas box office. Namun, pekara tersebut tidak dapat dielakkan sekirannya filem yang dihasilkan itu gagal mendapat tempat dihati peminat ataupun tidak dipromosikan dengan baik.

2019 menyaksikan beberapa filem besar telah tumbang, antaranya X-Men: Dark Phoenix, Terminator: Dark Fate dan yang terbaru, filem muzikal iaitu Cats. 

Jadi, kami di Kakimuvee ingin kongsikan senarai filem – filem blockbuster 2019 yang gagal dipentas box office. Senarai ini berdasarkan sumber dari beberapa laman antarabangsa termasuklah Box Office Mojo, dan hanya melibatkan filem-filem yang mendapat tayangan diseluruh dunia.

12. The Kid Who Would Be King

  • Modal Pembikinan: $59,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $44,664,690

Walaupun mendapat respon positif dari para pengkritik, filem arahan Joe Cornish ini gagal menarik penonton ke panggung wayang. Namun, ianya diselamatkan menerusi penjualan ‘Home Video’, siaran premium, on-demand dan platform streaming video.

11. Charlie’s Angels

  • Modal Pembikinan: $50,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $44,664,690

Satu lagi cubaan reboot yang gagal. Skrip yang bermasalah, barisan pelakon yang gagal menarik minat penonton dan kegagalan pihak studio dalam menganalisa pasaran sehingga mengganggu promosi antara punca utama Charlie’s Angel gagal dipentas box office.

10. Hellboy

  • Modal Pembikinan: $50,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $44,664,690

Peminat sebenarnya mahukan filem ketiga Hellboy dari hasil tangan Guillermo del Toro bukannya reboot dari Neil Marshall. Akibatnya, Hellboy bakan sahaja dikritik teruk para pengkritik, malah gagal untuk ‘perform’ dipentas box office seluruh dunia.

9. UglyDolls

  • Modal Pembikinan: $53,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $32,450,241

Kesilapan terbesar filem animasi ini adalah cuba mencabar filem paling laris sepanjang zaman iaitu Avengers: Endgame. Seminggu selepas Endgame ditayangkan, filem animasi ini cuba menerjah panggung wayang, tetapi gagal menyelit sehingga memberi kesan kepada kutipannya. Paling teruk, UglyDolls turut dikritik peminat dan pengulas profesional.

BACA:  Filem Korea Menarik Yang Anda Boleh Tonton Di NETFLIX

8. The Kitchen

  • Modal Pembikinan: $38,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $15,880,032

Antara contoh kenapa sesebuah filem itu perlu mengelak dari bersaing dengan filem-filem Blockbuster yang lain. Filem adaptasi komik Vertigo ini terpaksa bersaing dengan filem Hobbs & Shaw, Scary Story to tell in The Dark, Dora and the Lost City of Gold dan Good Boys. Jelas sekali filem lakonan Melissa McCarthy, Tiffany Haddish dan Elisabeth Moss ini tidak mampu untuk menyaingi populariti lawannya.

7. Gemini Man

  • Modal Pembikinan: $138,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $172,961,642

Walaupun menampilkan dua Will Smith, filem sains fiksyen arahan Ang Lee ini masih gagal untuk menyekat Joker dari menguasai pentas box office bulan Oktober. Selain itu juga, filem sains fiksyen seperti Gemini Man ini agak sukar untuk dijual walaupun filemnya diwar-warkan dengan paparan kes khas yang kompleks dan teknologi yang maju

6. Terminator: Dark Fate

  • Modal Pembikinan: $185,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $255,647,541

Walaupun kembali ke klasifikasi ‘r-rated’, filem terbaru Terminator: Dark Fate ini gagal menarik minat penonton. Agak sayang sebenarnya kerana filem ini memaparkan aksi yang cukup padat dan sepatutnya mampu mendapat lebih lagi kutipan. Mungkin kerana peminat sudah penat dengan francais Terminator, filem ini terpaksa akur dengan kegagalannya dipentas box office seluruh dunia.

5. X-Men: Dark Phoenix

  • Modal Pembikinan: $200,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $252,442,974

Kutipan melebihi modal pembikinan tidak bermakna filemnya untung, selepas dicampur-tolak dengan kos promosi dan pengedaran, ia masih dianggap rugi. Seperti Terminator: Dark Fate, Dark Phoenix turut mengalami nasib yang sama, gagal mendapat perhatian peminat francais X-Men. Pembelian studio Fox oleh Disney menjadi antara faktor utama peminat kurang teruja untuk menyaksikan Dark Phoenix. Mereka lebih berminat  untuk melihat X-Men menyertai MCU dari menyaksikan filem terakhir X-Men dibawah bumbung 20th Century Fox.

BACA:  Stay Glued to Your Seats During The Movement Restricted Order with Viu!

4. The Goldfinch

  • Modal Pembikinan: $49,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $9,932,621

Filem yang sepatutnya menjadi bagus kerana diadaptasikan dari novel popular tulisan Donna Tartt, tetapi sebaliknya berlaku. The Goldfinch dilambakkan dengan plot dan karakter sehingga mendapat kritikan teruk dari para pengkritik. Akibatnya, ulasan negatif diterima telah mempengaruhi penonton untuk tidak menyaksikan filem ini.

3. Midway

  • Modal Pembikinan: $100,000,000
  • Kutipan Seluruh Dunia: $115,090,613

Antara filem ‘independent’ mahal paling yang pernah dihasilkan. Kos pembikinan filem ini djangka mahal kerana memerlukan penggunaan kesan khas yang banyak, namun kegagalan filem ini disebabkan kurangnya promosi, sedang ia mampu untuk meraih lebih banyak kutipan tiket.

2. Cats

  • Modal Pembikinan: $100,000,000 (est.)
  • Kutipan Seluruh Dunia: $41,746,610 (masih ditayangkan)

Dihentam teruk dengan para pengkritik, dan tidak disukai peminat. Cats dianggap gagal selepas hanya mampu meraih $6.6 juta pada minggu pertama tayangannya. Pihak studio juga dijangka mengalami kerugian hampir $100 juta sebaik sahaja filem ini menamatkan tayangannya dipawagam. Semuanya gara-gara kos promosi dan pengedaran yang mahal termasuklah kos mempertingkatkan kesan visualnya. Kegagalan Cats memaksa Universal mengeluarkan filem ini dari senarai penyertaan Oscar.

1. Missing Link

  • Modal Pembikinan: $100,000,000 (est.)
  • Kutipan Seluruh Dunia: $26,249,469

Seperti The Kid Who Would be King, filem animasi stop-motion Missing Link turut gagal dengan teruk dipentas box office walaupun mendapat ulasan positif dari pengkritik. Dengan modal pembikinan hampir $100 juta dolar, kutipannya gagal untuk memberi sebarang pulangan kepada studio penerbit.

Sumber: [Box Office Mojo], [IGN], [Variety], [Deadline], [IMDb], [Entertainment Weekly]

Tinggalkan Balasan

shares