Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

11 K-Drama Menarik Yang Akan Ditayangkan Pada Bulan September Ini


Bulan September ini menyaksikan banyak drama-drama menarik yang akan ditayangkan. Berikut ada 11 K-Drama terbaru yang akan memulakan tayangannya pada bulan ini.

Crisis X (10 episod)

  • Platform: Wavve
  • Tarikh Tayangan: 2 September (setiap Jumaat)
  • Pelakon: Kwon Sang Woo, Sung Dong Il, Lee Yi Kyung

Drama komedi hiperrealistik yang menggambarkan krisis setiap generasi yang hidup pada era sekarang. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang simple, Encik A, yang tiba-tiba terpaksa bergelut untuk terus hidup selepas berdepan dengan kombo tiga peringkat, didesak untuk meletak jawatan, beralih daripada miskin kepada kaya dan menghadapi realiti penuaan.

2. Little Woman (12 episod)

  • Platform: Netflix/tvN
  • Tarikh Tayangan: 3 September (setiap Sabtu, Ahad)
  • Pelakon: Kim Go Eun, Nam Ji Hyun, Park Ji Hu, Wi Ha Joon, Uhm Ji Won, Uhm Ki Jun, Kang Hoon

Tentang 3 orang adik beradik perempuan yang rapat seperti isi dan kuku, mereka membesar dalam lingkungan kemiskinan. Kisah mereka menjadi menarik apabila mereka terlibat dalam insiden besar dan berhadapan dengan keluarga terkaya dan paling berpengaruh di Korea Selatan.

Kim Go Eun sebagai Oh In Joo, yang ingin melindungi keluarganya dengan kesenangan. Oleh kerana membesar dalam persekitaran yang miskin, impiannya cuma inginkan kehidupan yang aman, dan sederhana tanpa merisaukan masalah kewangan, tapi berlakunya insiden besar yang menghancurkan impiannya.

Nam Ji Hyun sebagai anak kedua, Oh In Kyung, wartawan berita yang tak ingin tunduk kepada duit dan sentiasa tumpu kepada berita-berita yang telus. Apabila kes misteri sewaktu zaman awalnya menjadi wartawan mula muncul, dia mula menggali mencari kebenaran.


Park Ji Hun sebagai Oh In Hye, adik bongsu yang sentiasa dilimpahi kasih sayang dari kakak-kakaknya. Walaupun dia tak pernah dapat menggunakan alat seni lukisan yang berkualiti kerana masalah kewangan keluarganya, dia tetap berjaya memasuki sekolah seni berdasarkan bakat semulajadinya. 

3. The Law Cafe (16 episod)

  • Platform: KBS 2 / Viu
  • Tarikh Tayangan: 5 September (setiap Isnin, Selasa)
  • Pelakon: Lee Seung Gi dan Lee Se Young

Mengisahkan kisah percintaan di antara pendakwaraya genius dan kacak, Kim Junho (Lee Seung Gi) dan peguam Kim Yuri (Lee Se Young) yang dulunya pernah menjadi Ratu Cantik Korea, di samping kerjayanya sebagai peguam, dia juga membuka perniagaan cafe yang dinamakan Law Cafe. 

4. Narco Saint/Suriname (6 episod)

  • Platform: Netflix
  • Tarikh Tayangan: 9 September (pelancaran semua episod)
  • Pelakon: Hwang Jung Min, Ha Jung Woo, Yoo Yeon Seok, Park Hae Soo, Jo Woo Jin

Drama arahan pengarah filem The Spy Gone North (Yoon Jong Bin), drama ini juga merupakan drama Korea pertama arahannya

Drama ini juga merupakan drama paling mahal Korea, di mana peruntukan untuk drama ini mencecah RM140 juta (40 billion won). Drama Suriname mengisahkan seorang lelaki Korea yang menjadi tokan dadah di negara Suriname di Amerika Selatan.

5. Mental Coach Jegal (16 episod)

  • Platform: tvN
  • Tarikh Tayangan: 12 September (setiap Isnin, Selasa)
  • Pelakon: Jung Woo, Lee Yoo Mi dan Kwon Yool

Jegal Gil (Jung Woo) adalah bekas ahli pasukan taekwondo kebangsaan, tetapi dia mencetuskan masalah sebelum ini yang menyebabkan dia dilarang dari menyertai pasukan kebangsaan. Kini, Jegal Gil memasuki perkampungan atlet untuk pasukan kebangsaan sebagai jurulatih kesihatan mental. Dia mula bekerja dengan para atlet, termasuk Cha Ga Eul (Lee Yoo Mi). Cha Ga Eul ialah atlet luncur laju laluan pendek.

6. Blind (16 Episod)

  • Platform: TVING, tvN, OCN
  • Tarikh Tayangan: 16 September (setiap Jumaat, Sabtu)
  • Pelakon: Taecyeon, Jung Eun Ji dan Ha Seok Jin

Ryu Sung Joon (Taecyeon), Ryu Sung Hoon (Ha Seok Jin) dan Jo Eun Ki (Jung Eun Ji) terlibat dalam kes pembunuhan bersiri yang melibatkan ahli juri sebagai mangsa. Ketiga-tiga individu ini cuba membongkar kebenaran di sebalik pembunuhan yang berlaku.

7. Love In Contract (16 Episod)

  • Platform: tvN
  • Tarikh Tayangan: 21 September (setiap Isnin, Selasa)
  • Pelakon: Park Min Young, Go Kyung Pyo, Kim Jae Young

Drama ini mengisahkan Choi Sang Eun (Park Min Young), seorang “isteri upahan” yang membantu lelaki bujang dengan diupah sebagai isteri untuk menghadiri keramaian dan majlis perjumpaan semula

Choi Sangeun adalah seorang wanita yang mempunyai semua kriteria sebagai isteri ideal. Kelebihannya digunakan untuk membantu lelaki bujang yang tidak mahu berkahwin.

8. May It Please The Court (12 episod)

  • Platform: Disney+
  • Tarikh Tayangan: 21 September (setiap Rabu, Khamis)
  • Pelakon: Lee Kyu Hyung dan Jung Ryeo Won

No Chak Hee (Jung Ryeo Won) bekerja sebagai peguam untuk sebuah firma guaman besar. Dia sanggup mengambil sebarang risiko untuk memenangi kes dan telah menjadi peguam bela di firma guaman itu. Disebabkan berlaku masalah berkenaan dengan kes yang diterimanya, dia digantung dari bertugas selama setahun.

No Chak Hee mula bekerja sebagai peguam bela awam. Dia berharap untuk kembali ke jawatannya di firma guaman tempat dia bekerja sebelum ini. Sebagai peguam bela awam, dia berkongsi pejabat dengan rakan sekerjanya iaitu peguam bela awam Jwa Shi Baek (Lee Kyu Hyung).

Jwa Shi Baek lulusan dari Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman sebagai pelajar terbaik. Dia mempunyai pilihan untuk menjadi hakim, pendakwa raya atau peguam di firma guaman besar, tetapi dia memilih untuk bekerja sebagai peguam bela awam.

No Chak Hee dan Jwa Shi Baek tidak serasi, tetapi mereka terlibat dalam kes pembunuhan bersiri. Yang menjadi mangsa adalah warga emas yang kaya raya.

9. One Dollar Lawyer/One Thousand Won Lawyer (16 Episod)

  • Platform: SBS
  • Tarikh Tayangan: 23 September (setiap Jumaat, Sabtu)
  • Pelakon: Namgoong Min, Kim Ji Eun, Lee Deok Hwa

Cheon Ji Hun (Namgoong Min) ialah seorang peguam dengan gaya yang luar biasa. Rambutnya diikalkan dengan bergaya. Dia mengenakan hanya 1,000 won (RM 3) untuk tarif perkhidmatannya, tetapi dia adalah salah seorang peguam yang terhandal. Dia melawan peguam termahal dan anak guam mereka yang kaya, yang cuba melarikan diri dari undang-undang.

Baek Ma Ri (Kim Ji Eun) bekerja sebagai pembantu pendakwa raya selepas menamatkan pengajian dari Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman. Dia berkeyakinan dan mempunyai harga diri yang tinggi. Atoknya ialah Baek Hyun Mu (Lee Deok Hwa), pengasas Firma Guaman Baek yang terkenal dan bekerja di firma guamannya sebagai peguam. Kehidupan Baek Ma Ri berjalan lancar, tetapi hidupnya berubah selepas dia bertemu dengan Cheon Ji Hun.

10. Golden Spoon (16 episod)

  • Platform: MBC
  • Tarikh Tayangan: 23 September (setiap Jumaat, Sabtu)
  • Pelakon: Yook Sung Jae, Lee Jong Won, Jung Chae Yeon

Lee Seung Cheon (Yook Sung Jae) ialah seorang pelajar sekolah menengah. Keluarganya miskin dan dia benci hidup dalam persekitaran yang miskin. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang wanita tua.

Wanita tua itu memberitahunya bahawa “Jika anda membeli sudu emas ini daripada saya, anda boleh menukar ibu bapa anda. Anda akan makan 3 kali dengan sudu emas ini di rumah seseorang yang kaya dan sebaya dengan anda dan Ibu bapa orang itu akan menjadi ibu bapa anda.”

Lee Seung Cheon membeli sudu emas daripada wanita tua itu dan makan 3 kali di rumah kawannya Hwang Tae Yong. Bapa Hwang Tae Yong mengusahakan sebuah syarikat besar. Tidak lama kemudian, kehidupan Lee Seung-Cheon berubah

11. The Empire Of Law (16 episod)

  • Platform: JTBC
  • Tarikh Tayangan: 24 September (setiap Sabtu, Ahad)
  • Pelakon: Kim Sun Ah, Ahn Jae Wook, Lee Mi Suk

Han Hye Ryool (Kim Sun Ah) dan keluarganya berasal dari latar belakang undang-undang. Dia bekerja sebagai ketua pasukan penyiasat khas di Pejabat Pendakwa Raya Daerah. Suaminya Na Geun Woo (Ahn Jae Wook) dan ibunya Ham Gwang Jeon (Lee Mi Suk) kedua-duanya bekerja sebagai profesor di Kolej undang-undang. Bapanya Han Gun Do (Song Young Chang ) bekerja sebagai peguam untuk firma guaman terbesar di Korea Selatan.

Han Hye Ryool menjalankan tugasnya sebagai pendakwa raya dengan cara yang sangat baik, tetapi orang ramai mengatanya dapat bekerja sebagai pendakwa raya kerana kabel dan latar belakang keluarganya yang berprestij. Dia mahu melepaskan diri daripada ikatan kekeluargaan dan memenuhi keinginannya sendiri. 


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee