Trivia

11 Filem Romantik Yang Mampu Membuatkan Anda Menangis

Views

Filem-filem romantik merupakan antara genre yang menjadi kegemaran penonton, terutamanya kepada pasangan yang sedang hangat bercinta ataupun yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Jadi, kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada pembaca semua, 11 filem romantis yang mampu meninggalkan kesan atau mengeratkan lagi hubungan kepada anda dan pasangan. Harus diingat, sila sediakan tisu sebelum anda menonton filem-filem yang kami senaraikan. 🙂

1. Me Before You (2016)

Me Before You merupakan filem drama romantis yang diarahkan oleh Thea Sharrock dan diadaptasi dari novel berjudul sama karya pengarang Inggeris Jojo Moyes. Dibintang Emilia Clarke, Sam Claflin, Jenna Coleman, Charles Dance, Matthew Lewis, Janet McTeer, Vanessa Kirby, Joanna Lumley, dan Steve Peacocke.

Louisa Clark (Emilia Clarke) banyak melakukan pekerjaan untuk membantu keluarganya memenuhi keperluan. Sikapnya yang ceria diuji ketika dia menjadi penjaga untuk Will Traynor (Sam Claflin), seorang lelaki muda kaya yang lumpuh kerana kemalangan dua tahun sebelumnya.

2. Love, Rosie (2014)

Diarahkan Christian Ditter dari skrip yang ditulis oleh Juliette Towhidi, berdasarkan novel 2004 Where Rainbows End oleh pengarang Ireland Cecelia Ahern. Dibintangi Lily Collins dan Sam Claflin, dengan Christian Cooke, Tamsin Egerton, Suki Waterhouse, Jamie Beamish dan Jaime Winstone.

Rosie (Lily Collins) bertemu dengan Alex (Sam Claflin) ketika mereka berusia lima tahun, dan ianya mengambil masa 25 tahun melalui persahabatan rapat mereka untuk menyedari yang mereka mencintai antara satu sama lain.

3. The Fault In Our Stars (2014)

Berdasarkan novel 2012 berjudul sama karya John Green. Dibintangi Shailene Woodley dan Ansel Elgort; serta Laura Dern, Sam Trammell, Nat Wolff, dan Willem Dafoe.

Hazel Grace Lancaster (Shailene Woodley), seorang pesakit kanser berusia 16 tahun, bertemu dan jatuh cinta dengan Gus Waters (Ansel Elgort), seorang remaja yang juga menderita dari kumpulan sokongan kansernya. Hazel merasakan bahawa Gus benar-benar memahaminya.

4. The Notebook (2004)

Filem komedi romantis 2004 arahan Nick Cassavetes dan ditulis oleh Jeremy Leven, adaptasi dari novel berjudul sama karya Jan Sardi yang diterbitkan pada tahun 1996. Dibintangi Ryan Gosling dan Rachel McAdams sebagai pasangan muda yang jatuh cinta pada tahun 1940-an.

Mengisahkan pasangan muda yang jatuh cinta pada tahun 1940-an. Kisah mereka diceritakan ke hari ini oleh seorang lelaki tua yang menceritakan kisah tersebut kepada seorang wanita tua yang merupakan penghuni rumah wargatua yang sama sepertinya.

5. The Vow (2012)

Diarahkan oleh Michael Sucsy dan ditulis oleh Abby Kohn, Marc Silverstein, dan Jason Katims; filem yang diilhamkan dari kisah sebenar Kim dan Krickitt Carpenter

Paige (Rachel McAdams) dan Leo (Channing Tatum) berkahwin dan merupakan pasangan yang bahagia, tetapi kehidupan sempurna mereka tiba-tiba hancur apabila kemalangan kereta mengakibatkan Paige koma. Apabila Paige terjaga, dia mengalami kehilangan ingatan yang teruk dan tidak mengenali Leo.

6. The Time Traveler's Wife (2009)

Perpustakawan Chicago, Henry De Tamble (Eric Bana) menderita gangguan genetik yang jarang berlaku yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal kawalan dari masa ke masa. Pada salah satu penjelajahan waktunya, dia bertemu dengan cinta hidupnya, Claire (Rachel McAdams), dan mereka berkahwin. Tetapi masalah dan kerumitan timbul apabila Henry tidak upaya untuk kekal dalam satu masa dan tempat.

7. La La Land (2016)

Sebastian (Ryan Gosling) dan Mia (Emma Stone) bersatu bersama oleh keinginan mereka untuk melakukan apa yang mereka sukai. Tetapi ketika mereka berjaya mencapai puncaknya, mereka dihadapkan kepada pelbagai keputusan yang mulai memporak perandakan cinta mereka, dan mimpi-mimpi yang mereka kejar bersama untuk mempertahankan hubungan mereka berantakan.

8. P.S I Love You (2007)

P.S. I Love You adalah filem romantis tragedi arahan oleh Richard LaGravenese, adaptasi dari novel berjudul sama karya Cecelia Ahern. Dibintangi Hilary Swank, Gerard Butler, Lisa Kudrow, Gina Gershon, James Marsters, Harry Connick Jr. dan Jeffrey Dean Morgan.

Holly dan Gerry adalah pasangan yang sudah berkahwin yang tinggal di Lower East Side of Manhattan. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain, tetapi mereka selalu bertengkar. Gerry tiba-tiba meninggal dunia kerana tumor otak, dan Holly menyedari betapa berertinya suaminya dalam hidupnya.

9. A Walk To Remember (2002)

Filem arahan Adam Shankman dan dibintangi Shane West, Mandy Moore, Peter Coyote dan Daryl Hannah

Mengisahkan Landon (Shane West) yang jatuh cinta dengan seorang gadis polos, Jamie (Mandy Moore) yang sering dicerca di sekolah. Hubungan cinta mereka berjalan lancar tetapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh Jamie kepada Landon.

10. Blue Valentine (2010)

Dean (Ryan Gosling) dan Cindy (Michelle Williams) sudah 6 tahun berkahwin dan dikurnia seorang anak perempuan. Tapi hubungan mereka tidak bahagia. Kebahagiaan hanya tertinggal sedikit. Berbeza dengan semasa mereka bercinta dulu dimana keduanya sangat mesra dan kehidupannya bagaikan dipenuhi cinta

11. Choice (2016)

Travis Shaw (Benjamin Walker) adalah seorang lelaki yang menganggap hubungan yang serius akan menjejaskan gaya hidupnya. Gabby Holland (Teresa Palmer) adalah pelajar perubatan yang sedang bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga dengan teman lelakinya (Tom Welling). Nasib membawa kedua-duanya bersama ketika Gabby berpindah di sebelah rumah Travis,

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks