Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

11 Filem Anime Yang Akan Ditayangkan Pada 2021

Kepada peminat anime, kitorang ingin kongsikan beberapa filem anime yang bakal menemui penonton pada tahun hadapan. Untuk info, tarikh yang dinyatakan dibawah merupakan tarikh tayangan rasmi di Jepun. Untuk tayangan di luar Jepun, ianya bergantung pada kejayaan filem tersebut, dan tarikhnya mungkin berbeza dari tayangan sebenar. 

Gintama 

Nampaknya kisah Gintoki dan anak buahnya masih belum selesai!. Semasa siaran langsung pada bulan Disember 2019, diumumkan bahawa filem anime Gintama animasi akan dirilis pada awal tahun 2021!

Tarikh tayangan: 8 Januari 2021

Bishoujo Senshi Sailor Moon Eternal

Sailor Moon kembali dan begitu juga Kazuko Tadano, pereka watak untuk siri asal!

Mereka mungkin kelihatan sedikit berbeza, tetapi Sailor Moon Eternal akan menjadi kesinambungan dari adaptasi Sailor Moon Crystal yang baru, dan akan menjadi yang pertama dari siri filem dua bahagian yang akan merangkumi manga Dream Arc. Toei Animation dan Studio Deen mengendalikan animasi tersebut.

Tarikh tayangan: 8 Januari 2021 (bahagian 1) & 11 Februari 2021 (bahagian 2)

Evangelion 3.0 + 1.0

Filem keempat dan terakhir dalam tetralogy Rebuild of Evangelion, berdasarkan dari siri anime Neon Genesis Evangelion. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada Jun 2020, tetapi ditunda disebabkan pandemik Covid-19. 

Tarikh tayangan: 23 Januari 2021

Detective Conan Movie 24: The Scarlet Bullet

Filem baru Case Closed kini akan dirilis pada April 2021. The Scarlet Bullet pada mulanya dijadualkan pada 17 April 2020, tetapi ditangguhkan kerana COVID-19.

Tarikh tayangan: 16 April 2021.

ARIA The CREPUSCOLO

Aria The Crepusculo menandakan ulang tahun ke-15 Aria the Animation, yang diadaptasi dari manga Amano Kozue. Bermula pada tahun 2005, ia menerima tiga musim dan dua OVA.

Tarikh tayangan: musim bunga 2021

Shoujo ☆ Kageki Revue Starlight

Selepas lama terpisah, Hikari dan Karen kembali bertemu. Mereka berdua serta “Stage Girls” yang lain akan bersaing dalam proses uji bakat misteri untuk mendapat penerimaan dalam revue.

Tarikh tayangan: 21 Mei 2021

Boku No Hero Academia Movie 3

Francais My Hero Academia akan mendapat filem anime ketiga yang akan ditayangkan pada musim panas 2021. Pencipta asal manga Kohei Horikoshi sekali lagi akan berfungsi sebagai ketua penyelia dan pereka watak asal. 

Tarikh tayangan: musim panas 2021 

Sword Art Online: Progressive

Diterbitkan oleh A-1 Pictures, Sword Art Online: Progressive – Hoshinaki Yoru no Aria dijadualkan untuk tayangan perdana di Jepun pada tahun 2021. Buat masa ini tidak dipastikan sama ada SAO Progressive adalah siri filem anime atau hanya satu filem.

Tarikh tayangan: 2021

Ryoma! Rebirth Movie The Prince of Tennis

Francais Prince of Tennis akan menerima filem baru dalam bentuk 3DCG pada tahun 2021. Pencipta manga asal, Takeshi Konomi akan menyelia filem ini.

Tarikh tayangan: 2021

Eureka Seven: Hi-Evolution 3

Filem terakhir dalam trilogi Eureka Seven. Pada awalnya, filem dijadualkan tayangan pada 2019, tetapi ditunda ke 2021. 

Tarikh tayangan: 2021. 

Yuru Camp△ Movi

Laid-Back Camp akan kembali pada tahun 2021! MAPPA akan mengendalikan animasi filem anime ini.

Tarikh tayangan: 2021

Related posts

Anime Legenda “Slam Dunk” Bakal Dapat Filem Terbaru

Kakimuvee

“Demon Slayer The Movie: Mugen Train” Catat Kutipan Paling Tinggi Di Jepun

Kakimuvee

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Kakimuvee

Saksikan Trailer “Earwig and the Witch” Dari Studio Studio Ghibli

Kakimuvee

Leave a Comment