Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia Trivia

11 Drama Korea Yang Akan Ditayangkan Februari Ini

Bulan ini menyaksikan genre misteri thriller mendominasi senarai drama-drama Korea. Sudah tentu, antara yang dinantikan adalah musim kedua The Penthouse, dan tidak di lupa beberapa drama seperti Sisyphus: The Myth, dan Vincenzo yang dijangka mampu menarik penonton.

Berikut adalah senarai 11 drama Korea yang akan ditayangkan Februari ini.

1. Love Scene Number (MBC / Oh!K)

  • Tayangan bermula 1 Februari – 22 Mac 2021 (Setiap Isnin)
  • 8 Episod
  • Romantik, Kehidupan
  • Lakonan Kim Bo Ra, Shim Eun Woo, Ryu Hwa Young, Park Jin Hee

Love Scene Number adalah drama lapan episod yang berpusat di sekitar empat watak utama wanita yang berada di titik perubahan dalam hidup mereka.

Kim Bo Ra berperanan sebagai Doo Ah, 23, pelajar universiti dalam hubungan poliamori, sementara Shim Eun Woo sebagai Ha Ram yang berusia 28 tahun, seorang guru sekolah rendah yang melarikan diri dari perkahwinannya sendiri.

Ryu Hwa Young berusia 35 tahun, Ban Ya, pengajar tambahan di sebuah universiti, dan Park Jin Hee memainkan peranan Chung Kyung, 42 tahun, yang mengetahui bahawa suaminya berselingkuh.

2. L.U.C.A.: The Beginning (tvN)

  • Tayangan bermula 1 Februari – 9 Mac 2021 (Setiap Isnin & Selasa)
  • 12 Episod
  • Thriller, Misteri, Sains Fiksyen, Supernatural
  • Lakonan Kim Rae Won, Lee Da Hee

LUCA: The Beginning adalah drama aksi thriller mengenai seorang lelaki bernama Ji Oh (Kim Rae Won), yang diburu kerana kebolehan khasnya, dan seorang detektif jenayah ganas bernama Gu Reum (Lee Da Hee), satu-satunya yang mengingatinya. Kim Sung Oh memainkan peranan sebagai Lee Son, yang merupakan ketua di antara mereka yang memburu Ji Oh dan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan khas.

3. River Where the Moon Rises (KBS / Viki)

  • Tayangan bermula 15 Februari- 20 April 2021 (Setiap Isnin & Selasa)
  • 20 Episod
  • Saeguk, Romantik, Politik
  • Lakonan Kim So Hyun, Kim Ji Soo, Lee Ji Hoon

Berdasarkan cerita rakyat Goguryeo, River Where the Moon Rises akan menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang (lakonan Kim So Hyun) dan On Dal (lakonan Ji Soo). Dalam penceritaan semula kisah terkenal ini, Pyeonggang – yang juga pahlawan berani – adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.

4. Miss Monte-Cristo (KBS2)

  • Tayangan bermula 15 Februari – 2 Julai (Setiap Isnin, Selasa & Rabu)
  • 100 Episod
  • Suspen, Romantik, Melodrama
  • Lakonan Lee So Yeon, Choi Yeo Jin, Lee Da Hae, Lee Hye Ran, Kyung Sung Hwan, Lee Sang Bo, Sunwoo Yong Nyeo, Lee Hwang Ui, Kyung Sook, 

Miss Monte-Cristo akan menceritakan kisah mendebarkan seorang wanita yang hampir mati ketika hidupnya dihancurkan oleh rakan-rakan yang sangat dia percayai. Setelah memutuskan untuk membalas dendam kepada mereka yang mengkhianatinya, dia kembali untuk menuntut kehidupan yang dicuri sepenuhnya dari dirinya.

Lee So Yeon akan berperanan sebagai Go Eun Jo, yang secara tragis kehilangan segalanya dalam momen paling bahagia dalam hidupnya, sementara Choi Yeo Jin akan berperanan sebagai Oh Ha Ra, pewaris tamak dan sombong.

5. Sisyphus: The Myth (JTBC / Netflix)

  • Tayangan bermula 17 Februari – 8 April 2021 (Setiap Rabu & Khamis)
  • 16 Episod
  • Aksi, Misteri, Sains Fiksyen, Fantasi, Penggembaran masa
  • Lakonan Park Shin Hye, Cho Seung Woo, Sung Dong Il

Sisyphus: The Myth adalah drama fantasi misteri yang memberi fokus kepada jurutera genius, Han Tae Sool (Cho Seung Woo) yang berusaha untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian abangnya, dan seorang pahlawan elit bernama Kang Seo Hae (Park Shin Hye), yang mengembara masa untuk menolongnya

Han Tae Sool adalah seorang genius yang sangat mahir dalam bidang kejuruteraan dan pengekodan, menyebabkan makhluk misteri mengejarnya. Kang Seo Hae mencari Han Tae Sool kerana dia yakin bahawa jika dia menyelamatkannya, dia dapat menyelamatkan dunia.

6. Hello, Me! (KBS2)

  • Tayangan bermula 17 Februari- 8 April 2021 (Setiap Rabu & Khamis)
  • 16/32 Episod
  • Romantik komedi, Fantasi
  • Lakonan Choi Kang Hee, Kim Young Kwang, Eum Moon Suk, Lee Re

Hello,Me! adalah drama komedi romantis fantasi mengenai seorang wanita berusia 37 tahun bernama Ban Ha Ni (Choi Kang Hee), yang menjadi tidak berminat dengan cinta, pekerjaan, dan impiannya.

Dia dikunjungi dan dihiburkan oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang sangat meminati segala-galanya dan tidak takut dengan apa pun di dunia. Kim Young Kwang berperanan sebagai chaebol generasi kedua yang bersemangat bebas Han Yoo Hyun yang tidak pernah dewasa

7. Beyond Evil (JTBC)

  • Tayangan bermula 19 Februari – 10 April 2021 (Setiap Jumaat & Sabtu)
  • 16 Episod
  • Thriller, Penyiasatan, Psikologi
  • Lakonan Shin Ha Kyun, Yeo Jin Goo

Beyond Evil adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri. 

Shin Ha Kyun memainkan peranan sebagai Lee Dong Shik, bekas detektif di divisyen jenayah berat yang diturunkan pangkat ke sarjan dan bertugas di balai polis tempatan. Dia melakukan tugas-tugas pelik di balai itu, tetapi kehidupan berubah apabila menemui semula kes pembunuhan bersiri yang pernah menggegarkan dunianya 20 tahun yang lalu. 

Yeo Jin Goo memainkan peranan sebagai detektif elit Han Joo Won. Dia tiba ke balai polis tempatan di Manyang dengan rahsia, dan dia terperangkap dalam suasana dingin ketika bertemu dengan rakan setugasnya, Lee Dong Shik, yang lebih mengerikan daripada raksasa.

8. The Penthouse (SBS)

  • Tayangan bermula 19 Februari – 27 Mac 2021 (Setiap Jumaat & Sabtu)
  • 12 Episod
  • Thriller, Balas Dendam, Kekeluargaan
  • Lakonan Lee Ji Ah, Kim So Yeon, Eugene, Uhm Ki Joon, Yoon Jong Hoon, Shin Eun Kyung, Park Eun Sook

The Penthouse ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah, dan musim pertama menampilkan tiga pelakon wanita sebagai watak utama: “ratu” penthouse Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), “prima donna” Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia masyarakat tinggi. 

9. Vincenzo (tvN / Netflix)

  • Tayangan bermula 20 Februari – 25 April 2021 (Setiap Sabtu & Ahad)
  • 16 Episod
  • Komedi, Romantik, Jenayah, Mafia
  • Lakonan Song Joong Ki, Jung Yeo Bin, Ok Taecyeon

Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. 

Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo. Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.

10. Times (OCN)

  • Tayangan bermula 20 Februari – 28 Mac 2021 (Setiap Sabtu & Ahad)
  • 12 Episod
  • Thriller, Jenayah, Politik, Fantasi
  • Lakonan Lee Seo Jin, Lee Joo Young, Kim Yeong Cheol

Times adalah drama misteri politik “time warping” yang mengisahkan Seo Jung In (Lee Joo Young), yang berhubung dengan wartawan Lee Jin Woo (Lee Seo Jin) – yang berada lima tahun di masa lampau – melalui panggilan telefon. Seo Jung In menemui kebenaran yang berbahaya ketika dia berusaha mencegah kematian ayahnya Seo Gi Tae (lakonan Kim Young Chul), yang juga merupakan presiden Korea Selatan. 

11. Dear.M (KBS 2)

  • Tayangan bermula 26 Februari – 14 Mei 2021 (Setiap Jumaat)
  • 12 Episod
  • Romantik, Persahabatan, Remaja, Pelajar Universiti
  • Lakonam Park Hye Soo, Jeong Jae Hyun, Roh Jeong Eui, Bae Hyun Sung

Spin-off dari siri drama web hit Love Playlist, Dear.M adalah drama romantik yang menceritakan kisah pencarian di seluruh kampus untuk “M”, seorang individu misteri yang disebut dalam catatan tanpa nama yang menimbulkan kekecohan di forum dalam talian Universiti Seoyeon.

Jaehyun dari NCT akan membuat penampilan sulungnya sebagai Cha Min Ho, seorang pelajar kejuruteraan yang pintar dan berimaginasi. Park Hye Soo akan berperanan sebagai pelajar perniagaan Ma Joo Ah yang ceria, sahabat baik Cha Min Ho yang tidak berteman sepanjang hidupnya.

Sumber: Soompi, Mydramalist, Facebook Kakimuvee

Related posts

Drama Hit Tahun 2006, “Goong” Akan Dihasilkan Semula

Zulaikha

Teaser Terbaru “Joseon Exorcist” Papar Konflik Yang Begitu Tegang

Zulaikha

Lihat Poster IMAX “Rurouni Kenshin: The Final” Disini

Isqandar

Rating “The Penthouse 2” Terus Meningkat, Sementara “Sisyphus: The Myth” & “Mouse” Catat Satu Lagi Penurunan

Zulaikha

Navillera: Song Kang Makes A Perfect Transformation Into A Ballerino With Big Dreams

Zulaikha

Na In Woo Akan Ganti Tempat Ji Soo Dalam “River Where The Moon Rises”

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman