Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Aktor Yang Mungkin Anda Lupa Pernah Membintangi Band Of Brothers

Siapa dikalangan peminat filem perang yang pernah menonton mini siri yang berjudul Band of Brothers. Mini siri yang diarah dan diterbitkan oleh Tom Hanks bersama beberapa individu lain ini sangat popular pada tahun 2001 sehinggakan telah menggondol beberapa anugerah penting dalam industri hiburan Hollywood.

Mini siri ini mengisahkan perjalanan skuad Easy Company dari 101st Airborne, tentera US yang ditugaskan untuk memerangi tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia kedua dan karakter-karakternya diadaptasikan dari pengalaman sebenar individu-individu dalam kompeni askar tersebut.

Tahukah anda, dalam mini siri ini, terdapat beberapa aktor terkenal masakini pernah membintangi siri mini ini semasa mereka masih muda dan baru mahu memulakan karier mereka dalam bidang lakonan. Mungkin anda pernah menonton siri ini sebelum ini, tetapi anda mungkin lupa bahawa beberapa aktor terkenal yang lihat kini pernah berlakon dalam siri Band of Brothers.

1 Michael Fassbender

Michael Fassbender membawakan watak Sgt. Burton “Pat” Christenson dalam beberapa episode siri Band of Brothers. Beliau hanya membawakan watak kecil dalam siri ini dan antara episode yang menampilkan wataknya ialah episode pertama berjudul “Currahee,” dan “Why We Fight,”

2. Tom Hardy

Tom Hardy memulakan karier lakonannya dengan berlakon dalam mini siri ini. Beliau telah muncul dalam 3 episod Band of Brothers dengan memegang watak Pvt. John Janovec. Dan selepas daripada itu, Tom Hardy dipilih untuk membintangi filem Black Hawk Down dan mula mengembangkan karier lakonannya sehingga kini

3. James McAvoy

Beliau juga pernah berlakon dalam mini siri ini dengan membawakan watak Pvt. James W. Miller. Tetapi wataknya hanya muncul dalam satu episod sahaja iaitu episode “Replacement”, bagaimanapun wataknya ditamatkan dengan kesan kecederaan dikepala (mati).

4. Ron Livingston

Ron Livingston merupakan bintang utama dalam minisiri ini dengan membawakan watak Capt. Lewis Nixon. Beliau muncul dalam setiap episode Band of Brothers dan memainkan peranan sebagai kapten dibahagian perisikan tentera.

5. Damian Lewis

Seperti Livingston, Damian Lewis juga merupakan bintang utama Band of Brothers. Membawa watak Maj. Richard D. Winters, ketua kepada Easy Company, salah satu kompeni tentera 101st Airborne.

6. David Schwimmer

Bintang siri TV Friends pula membawakan watak Captain Sobel, ketua kepada Easy Company sebelum Mejar Winter mengambil alih pasukan tentera tersebut. Boleh dianggap karakter paling dibenci oleh peminat siri ini kerana sikapnya yang pentingkan diri sendiri, tidak berlaku adil, terlampau bongkak dengan anggota bawahannya serta tidak menyukai Mejar Winter yang pada masa itu masih berpangkat Leftenan.

7. Simon Pegg

Pelakon British ini membawakan watak 1st Sgt. William Evans, orang kanan kepada Kapten Sobel. Walaupun berbangsa British, loghat American nya begitu menjadi sehinggakan peminat siri ini menyangka Simon adalah aktor berbangsa US.

8. Jimmy Fallon

Pengacara televisyen, pemuzik serta pelawak terkenal Amerika ini muncul dalam satu episode yang berdurasi kurang dari 3 minit sahaja. Beliau muncul dalam episode “Crossroads” sebagai 2nd Lt. George C. Rice, yang datang dengan menaiki jeep yang penuh dengan ammor dan senjata untuk diberikan kepada anggota tentera yang diketuai oleh Mejar Winters

9. Donnie Wahlberg

Bintang utama franchise SAW ini pernah membintangi siri ini dengan membawakan watak Sgt. C. Carwood Lipton. Beliau merupakan pelakon utama dan muncul di kesemua siri Band of Brothers.

10. Dominic Cooper

Dominic Cooper, bintang filem Dracula Untold dan Warcraft hanya muncul dalam satu episode sahaja dalam siri ini iaitu episode “Currahee”. Beliau membawakan watak Allington

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment