
Filem pertama terbitan pelakon dan penyanyi Dato’ Awie 10 Tips Tipu Bini akan membuka tirai 2021 filem tempatan pada 7 Januari ini. Filem komedi ini merupakan filem pertama yang diterbitkan syarikat produksi Rumah Produksi Merah milik Awie.
10 Tips Tipu Bini mengisahkan tiga sahabat baik, Raffi, Kay dan Jepp, yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur. Namun pada hakikatnya, mereka adalah suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.
Kehadiran tiga gadis cantik yang bekerja sebegai ‘intern’ di syarikat itu membuatkan mereka berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut. Demi melaksanakan niat mereka, masing-masing telah merancang pelbagai penipuan.
Filem komedi ini diarahkan oleh Azizi ‘Chunk’ Adnan dan dibintangi beberapa pelakon dan pelawak terkenal seperti Awie, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
10 Tips Tipu Bini akan ditayangkan di Astro First (saluran 480) bermula 7 Januari ini!