Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV Trivia

10 Sitcom Menarik & Kelakar Berdasarkan Ranker

“Situation comedy” atau sitcom atau dalam bahasa melayunya komedi situasi adalah satu genre penceritaan komedi yang terdiri dari persembahan watak-watak yang sama di satu latarbelakang yang sama sseperti di rumah atau tempat kerja. Lakonan watak-watak ini sering dilakukan dalam rakaman, baik dihadapan penonton secara langsung atau dalam suatu latar set terkawal. 

Genre ini pada awalnya berasal dari radio, namun hari ini sitcom menjadi salah satu rancangan tetap di televisyen. Sejak ia mula disiarkan di skrin kecil, banyak rancangan telah dipersembahkan kepada penonton sehingga mewujudkan peminatnya sendiri. Disini, kami ingin senaraikan 10 sitcom popular pilihan penonton berdasarkan kedudukan dilaman Ranker. 

10. The Big Bang Theory (2007-2019)

Sitcom 12 musim ini berkisarkan tentang empat sahabat genius tetapi sangat canggung dalam kehidupan sosial. Kehidupan Leonard, Sheldon, Howard dan Raj bagaimanapun berubah apabila mereka bertemu dengan seorang gadis yang cantik dan bersemangat, iaitu Penny.

Link: TheBigBangTheory

9. Modern Family (2009-2020)

Sitcom mockumentary kekeluargaan ini berpusat pada tiga keluarga moden dari California, yang berusaha untuk menangani anak-anak mereka, pasangan suami isteri dan pekerjaan dengan cara mereka sendiri yang unik, dan sering kali berada dalam situasi lucu.

Link: ModernFamily

8. The Flintstones (1960-1966)

Sitcom animasi ini berlangsung dalam suasana Zaman Batu yang romantis dan mengikuti aktiviti keluarga Flinstones dan jiran mereka, Rubbles yang mana kedua-kedua mereka tingggal di gua-gua bersebelahan. The Flintstones diilhamkan dari rancangan The Honeymooners, meyakinkan generasi kanak-kanak bahawa dinosaur dan manusia boleh hidup bersama.

7. That ’70s Show (1998-2006)

Siri ini memberi fokus kepada kehidupan enam remaja bersahabat yang tinggal di Point Place, Wisconsisn. Eric, seorang pelajar sekolah tinggi dan sekumpulan rakan remajanya yang berjuang untuk menjalani kehidupan semasa melalui fasa remaja yang penuh dengan kacau-bilau.

6. Parks and Recreation (2009-2015)

Sitcom satira politik ini dibintangi oleh Amy Poehler sebagai Leslie Knope, seorang birokrat peringkat pertengahan yang ceria di Parks Department of Pawnee, sebuah bandar fiksyen di Indiana. Dia ingin menolong jururawat tempatan, Ann, menukar tapak pembinaan yang tidak digunakan menjadi taman komuniti tetapi berurusan dengan peraturan dan jiran yang mementingkan diri sendiri.

5. The Fresh Prince of Bel-Air (1990-1996)

Siri ini dibintangi Will Smith sebagai versi fiksyen dirinya, seorang remaja pintar jalanan yang dilahirkan dan dibesarkan di Philadelphia Barat. Dia dihantar ke rumah pakcik dan makciknya yang kaya di mansion Bel Air setelah bergaduh di taman permainan di kejiranannya. Namun, gaya hidupnya sering bertentangan dengan saudara-maranya yang berada di kelas atasan. 

Link: TheFreshPrinceOfBelAir

4.  How I Met Your Mother (2005 – 2014)

Siri yang berlangsung dari tahun 2005 hingga 2014 ini mengikuti cerita watak utama, Ted Mosby dan rakanya Lily, Marshall, Robin dan Barney di Manhattan, New York City. Pada tahun 2030, Ted menceritakan kepada anaknya, Luke, dan anak perempuannya, Penny, peristiwa pada tahun 2005 hingga 2013 yang membawanya bertemu ibu mereka.

Link: HowIMetYourMother

3. Seinfeld (1989-1998)

Siri ini dibintangi pelawak pentas Jerry Seinfeld sebagai versi fiksyen dirinya. Ia banyak menumpukan cerita pada kehidupan peribadi proantagonis utama bersama rakan-rakan dan teman. Berlatarbelakangkan di sebuah pangsapuri di Manhattan, New York City, Seinfeld  digambarkan sebagai “a show about nothing” kerana sebahagian besar episodnya adalah mengenai perkara-perkara kecil dalam kehidupan seharian.

2. Friends (1994-2004)

Dengan barisan pelakon yang mantap iaitu Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer, sitcom ini berkisar pada enam sahabat berusia 20-an dan 30-an yang tinggal di Manhattan, New York City,

Link: Friends

1. The Office (2005-2013)

The Office adalah siri televisyen sitcom mockumentary yang menggambarkan kehidupan seharian pekerja pejabat di Scranton, Pennsylvania, cawangan dari syarikat fiksyen, Dunder Mifflin Paper Company. Ia memaparkan tipikal pekerja pejabat seperti konflik ego, tingkah laku yang tidak bagus dan membosankan. 

Sumber: Ranker, IMDb, Wikipedia

Related posts

Fan Poster “The Mandalorian” Gambarkan Sebastian Stan Sebagai Luke Skywalker

Kakimuvee

Siri “Hawkeye” Akan Memulakan Penggambaran Minggu Ini

Kakimuvee

AWARD-WINNING MALAYSIAN DIRECTOR BRADLEY LIEW HELMS AN EPISODE OF HBO ASIA ORIGINAL HORROR ANTHOLOGY SERIES FOLKLORE SEASON 2

Isqandar

9 Times We Had A Serious Case Of Second Lead Syndromes

Zulaikha

THE FLIGHT ATTENDANT PREMIERES EXCLUSIVELY ON HBO GO ON 26 NOVEMBER WITH 3 EPISODES

Kakimuvee

HBO Terbitkan Siri Adaptasi ‘The Last of Us”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating